Saturday, December 7, 2013

SEBARKAN!! KEMPEN BANTU MANGSA BANJIR ANJURAN MAHASISWA: #Donate4PantaiTimur

Sila sebarkan!! Mari kita beramal, bersedekah dan bantu kepada mereka yang memerlukan!! Rujuk poster dibawah untuk maklumat lanjut.


#PAU2013: TAHNIAH @DrNovandri KERANA DIANUGERAHKAN ANUGERAH KHAS PEMUDA!! CALON TERBAIK GANTI PENGERUSI #BMB NI!!

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan khususnya melibatkan hal ehwal kesihatan rakyat menerusi program Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO yang diwujudkan 12 tahun lalu.

Komitmen yang diberikan dalam kerja sukarelawan dan kemasyarakatan membuatkan beliau kini dikenali sebagai 'Doktor Pemuda UMNO' dalam kalangan masyarakat yang pernah menerima khidmatnya.

Selain itu, Dr. Novandri yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor turut menyalurkan sumbangan dalam program kemanusiaan di peringkat antarabangsa menerusi Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia.

Meskipun terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dua jarinya putus pada April lalu, beliau masih meneruskan peranannya dalam memberi sumbangan kesihatan kepada rakyat sehingga kini.


Sukarelawan dan aktivis masyarakat, Dr. Novandri Hassan Basri, 45, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pergerakan Pemuda UMNO 2013 sempena perhimpunan agung pergerakan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Megat Firdaus Megat Junid turut menerima Anugerah Setia Bakti 2013 daripada Pemuda UMNO atas sumbangan aktif beliau dalam politik tanah air, UMNO dan pergerakan itu sendiri.

Megat Firdaus memulakan karier politik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang pada 1995 hingga 1998, Ketua Pemuda UMNO Subang (2000 hingga 2004) dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang sehingga pemilihan parti pada Oktober lalu.- UTUSAN

* Ini pula dari sahabat baik Dr Novandri, iaitu Tun Faisal telah berkongsi pengalamannya sepanjang perkenalannya dengan Dr Novandri. - SINI

TRAGIS! NGERI! 'ADIK' TAIKO BOTAK CHIN KONGSIKAN AZAB TERIMA HUKUMAN 104 SEBATAN!!


Diharap cerita ini dapat dijadikan panduan kepada semua. Memang ngeri dan tak dapat dibayangkan bagaimana peritnya jika kita berada di tempat Botak Chop. Baca kisah dibawah:

AZAB 104 ROTAN

“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”



Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.


BADAN Botak Chop penuh bertatu.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

SETERUSNYA

BOTAK CHOP BERTEMU JODOH

“Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.

“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.

Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.

Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.

“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.

Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.

Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya. - METRO

MY SLIDESHARE UPLOAD