Thursday, January 30, 2014

KANTOI!! PAGE FB PPUM ONLINE @ibdil DIDELETE LEPAS KANTOI BELI 46,435 LIKES!! @Khairykj

Page Facebook PPUM Online berjaya mencapai 46,435 Likes dalam masa 3 hari!! Wah, hebat betul penangan Biro Media Baru yang dipengerusikan oleh Sdr Ibdillah Ishak kerana berjaya merealisasikan perkara yang mustahil ini!! Kalau ya pun, janganlah beli LIKE!! Ini page rasmi, bukan page personal...


HAHAHA!! Kalau terdesak nak beli likes sekalipun, biarlah logik sikit.. Takkan 3 hari dah boleh capai 45,000 Likes? Adoi!! Malu la dengan cybertroopers pembangkang...

Oleh itu, saya juga berasa tertarik untuk klik LIKE pada page tersebut dan didapati bahawa:


IANYA HILANG DARI CARIAN??? TAKKAN DAH DELETE?? HAHA!!

Sebelum ini, ada bloggers yang telah dedahkan kebodohan mereka ini, baca dibawah:

Aku sebenarnya tak tahu siapa yang operate page ni tapi kalau ikut media mungkin +Ibdilillah Ishak si Presiden Biro Media Baru PPUM kot.

Menarik tapi aku pelik dan teruja bagaimana kehebatan +Ibdilillah Ishak begitu teserlah dengan berjaya mendapat jumlah like sebanyak 46,435 itu tak sampai sebulan..(sebenarnya 3 hari) tapi takpe kita bersangka baik kita bagi la sebulan.. Lihat gambar di bawah..


Tapi ada yang lagi menarik daripada itu.. Setelah beberapa bulan berlalu akhirnya Presiden Biro Media Baru PPUM telah berjaya membina Website mereka sendiri dan ini adalah satu pencapaian yang amat-amat boleh dibanggakan oleh YB Khairy KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Lihat gambar di atas dan anda akan tahu bagaimana untuk pergi ke website tersebut. Klik saja pada link itu dan anda akan dibawa terus ke website Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seperti gambar di bawah..
Yaaaa.. itu dia website PPUM Online!! hebat semuanya hitam dan ada tulisan kecik Coming soon. Thank you.
Mungkin diorang belum cukup duit nak buat... yang page tu mungkin diorang beli like pakai duit sukarelawan "tong-tong" hahahaa..
Aku sampai hari ini menanti tingkah-laku, perbuatan, tindakan +Ibdilillah Ishak mengotakan janjinya entang penjimatan Maha Hebat dalam PPUM.
YB Khairy KH kalau nak nampak bodoh sangat teruskanlah "TERNAK" budak +Ibdilillah Ishak tu..
**Lupa nak cakap plak... 46,435 Likers takan posting korang ada 2-3 like je? takde share ke grafik hebat korang tu?.. atau mexican, indian, african, american, filipino tak faham apa korang tulis?...

Wednesday, January 29, 2014

TUN DAIM BIAYAI BLOGGERS UNTUK 'Rebel Againts PM' @NajibRazak?

THE PUPPET SHOW BEGIN?
Pengarah bagi filem yang menjadi lakonan beberapa orang penulis laman blog terkemuka rupanya adalah orang yang berpengaruh juga dan berstatus jutawan.

Seperti gambar diatas, saya pasti ramai yang mengenali mereka dan ianya diarahkan oleh Tun Daim dalam usaha untuk menjatuhkan pemerintahan Najib Razak.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Profesor James Chin bahawa ada 'PAYMASTER' yang membiayai penulis penulis blog ini nampak gayanya adalah benar.

Tapi walaupun begitu, penulis laman blog berbahasa inggeris Datuk Rockybru pula ada pendekatan yang berbeza dengan mengatakan bahawa tidak ada lagi calon yang sesuai untuk menggantikan Najib Razak didalam penulisan beliau.

  • Kenapa Tun Daim yang dulunya merupakan penyokong tegar UMNO dan pernah menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan hari ini sanggup untuk mengepalai tentera maya yang mahu menjatuhkan Najib?
Saya masih ingat lagi, kalau dulu andaian Tun Daim dalam keputusan pilihanraya boleh digunapakai hampir 90% namun dalam pilihanraya umum lepas, ianya meleset jauh dimana kalau tidak silap, Tun Daim ada mengatakan bahawa Selangor akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional namun ternyata ianya tidak benar sama sekali.

Semua orang tahu betapa akrabnya Tun Daim dengan Tun Mahathir malah Tun Mahathir pernah meletakkan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan satu masa dulu ekoran kepakaran beliau dalam bidang ekonomi.

Tapi kini nampaknya Tun Daim sengaja menggunapakai kelebihan tersebut untuk memperlihatkan bahawa permainan untuk menjatuhkan Najib ini didalangi oleh Tun Mahathir sedangkan, Menteri Besar Kedah yang merupakan anak kepada Tun Mahathir sendiri mengatakan bahawa beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Ini sebenarnya mesej jelas yang diberikan oleh Mukhriz yang mungkin tidak mahu terlibat sama dengan konspirasi untuk menjatuhkan Najib Razak ini.
Berbeza dengan zaman mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak masih mahu mendengar nasihat serta pendapat yang diberikan oleh Tun Mahathir sedangkan di zaman Pak Lah dulu ianya tidak berlaku.

Tun Daim sendiri perlu melihat bagaimana kepimpinan yang dibawa oleh Najib pada kali ini dan ada beberapa perkara yang Sangkalala rasa tidak tepat tentang Najib yang dikeluarkan oleh blogger blogger upahan Tun Daim seperti Kadir Jasin dan APANAMA.

Sudah sudahlah Tun, tak payahlah beriya iya mencatur kepimpinan, kalau dah semua nampak salah, baik Tun Daim bertanding sebagai peresiden dan itu rasanya lebuh baik daripada menghabiskan duit (walaupun takkan habis) kepada blogger blogger pak turut ni.

Macam kata rakan saya,  baik Tun Daim bela blogger Kedah untuk memastikan Kedah kekal milik Barisan Nasional daripada membayar blogger blogger yang diupah oleh beliau untuk memburukkan Najib.

Source: BLOG SANGKAKALA














Tuesday, January 28, 2014

#PRKKajang: TERKINI! @YuktesVijay BAKAL LAWAN @anwaribrahim!!

Tidak sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang,, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.

Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.

"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat," katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bossnya dahulu.

"Jika saya kalah pun tidak mengapa, itu memang sudah dijangka tetapi jika Anwar menang tetapi majoritinya menyusut walaupun hanya dengan satu undi, itu adalah sesuatu yang paling memalukan beliau," katanya lagi.

Bersandarkan manifesto yang ringkas iaitu 'Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13', Yuktes akan mula berkempen dengan pergi ke kawasan-kawasan bermasalah di DUN Kajang.

Katanya, pelbagai janji yang telah ditabur semasa PRU-PRU yang lepas namum Kajang masih dibelenggu oleh pelbagai masalah antaranya jalanraya berlubang serta tiada pembelaan terhadap pemilik-pemilik gerai makanan yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

DUN Kajang sebelum ini diwakili oleh Lee Chin Cheh yang memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru. - Malaysiagazette
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD