Friday, February 7, 2014

PKR CAKAP: @PDRMsia SIASAT VIDEO @teresakok TU BAZIRKAN WANG RAKYAT. HOW ABOUT #PRKKajang?

PKR Gesa Hentikan Siasatan Teresa Kok Kerana Bazir Wang Rakyat?

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N Surendran hari ini menggesa agar pihak polis untuk menghentikan siasatan terhadap video yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Surendran memberi alasan bahawa tindakan itu membazirkan wang dan sumber dari rakyat dan mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh Teresa adalah tidak salah sama sekali mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Tuntutan kami (PR)adalah segera menghentikan penyiasatan ke atas video yang dibuat oleh Teresa Kok kerana tiada sebarang kesalahan yang dibuat.

"Semua laporan polis yang dilakukan hendaklah segera di digugurkan," katanya.

N Surendran berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pemerintah sepatutnya mengambil kira perkara dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum melaksanakan sebarang tindakan terhadap individu.

"Apa yang dibuat oleh Teresa Kok dalam videonya adalah mengikut haknya dalam fasal 10 Perlembagaan Persekutuan, jadi apa yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, PDRM, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beberapa NGO yang membuat laporan polis adalah bercanggah dengan apa yang termaktub.

"Jadi, pihak yang sebenarnya telah melanggar undang-undang adalah mereka yang seperti disebut tadi kerana mereka dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut menyokong penuh hujah dan tuntutan yang diminta oleh N Surendran berkenaan video Teresa Kok yang dianggap telah dipolitikkan.

"Apa yang disebutkan tadi adalah benar, semua itu hanyalah sindiran politik dan Teresa Kok adalah ahli politik, jadi kalau Barisan Nasional tak boleh terima, jangan masuk dalam arena politik lah.

"Jadi, jangan gunakan Teresa sebagai seorang wanita dan mengambil kesempatan itu untuk membuli beliau," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 6, 2014

Panduan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
Individu berpendapatan bawah RM 3,000
Menetap dikawasan bandar
Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
Golongan tidak bekerja
Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih


Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat

3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja
Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014
Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014

Definisi Ekasih
Merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 5, 2014

DEAR @teresakok: JANGAN SALAHKAN UMNO.. KAUM YOU SENDIRI PUN TAK SUKA!!

Rasanya daripada gambar tersebut sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Teresa Kok ni kaki putar belit.

Saya difahamkan Teresa menyalahi UMNO, NGO, blogger UMNO dan mana-mana pihak yang berkaitan UMNO kerana kononnya dia menghina Melayu dan 'menganjing' berkaitan konflik Lahad Datu dalam klip video 'Onederful Malaysia CNY'.

Kenapa perlu salahkan UMNO sedangkan komuniti cina sendiri memarahi serta tidak setuju dengannya. Baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA (kaum cina) sendiri telah memberi kata dua "jika Teresa tidak suka Malaysia, dia boleh tinggal di Singapura". Tidakkah ini sudah jelas? Ini bukan soal politik lagi, tetapi soal perpaduan kaum.

Pada pandangan saya, kaum melayu ada hak untuk menentang dan membuat laporan Polis kerana dialog "Malai Sii" dalam video tersebut telah menyentuh 'privacy' dan 'maruah' melayu.

Mudah sungguh melayu ditindas oleh bangsat ini. Jangan berdiam diri lagi. Walau apa-apa pun, Teresa perlu dikenakan tindakan tegas! Jangan lagi beri muka padanya. Cukuplah kaum melayu ditindas..

P/S: Melayu tidak semestinya UMNO! Mereka tetap melayu walaupun berbeza ideologi politik!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone