Sunday, April 13, 2014

BLUE WAVE ARMY: PASTIKAN TIADA PILIH KASIH @ahmadmaslan

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 11, 2014

#MH370: PERISIKAN RUSSIA LAPORKAN SEMUA PENUMPANG MASIH HIDUP, PESAWAT DIALIH KE PAKISTAN!!! #PrayForMH370


Banyak teori dan spekulasi yang didengari (SINI) dan segala yang saya tulis berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 (SINI), ada yang mengatakan bahawa pesawat di markas ketenteraan U.S (Diego Garcia). 

Pada pandangan saya, setelah lokasi di Diego Garcia bocor, lokasi pesawat cuba dialihkan ke Pakistan pula. Laporan terbaru adalah di Kandahar (SINI)

Seperti apa yang didedahkan oleh perisikan Russia, penumpang pesawat masih hidup dan pesawat SAH dirampas!! 239 penumpang dibahagikan kepada 7 kumpulan dan 'dijaga rapi' di sebuah pondok lumpur serta kekurangan makanan. SIAL AMERIKA!

Seperti yang dilaporkan DailyStar:
They're alive! MH370 passengers were hijacked and taken to Afghan says Russia's FSB 
 
A source in the country’s FSB secret service said the plane has been hijacked and flown close to the Pakistan border. 
The Boeing 777 has been missing since March 8 and it is thought the black box which holds the flight’s secrets may have run out of battery. 
There are 239 people on board the Malaysia Airlines plane, which was flying from Kuala Lumpur to Beijing. 
The source told a Russia newspaper: All the passengers are alive, they have been divided into seven groups and are living in mud huts with almost no food,” reported the Sun. 
The report added that 20 passengers who were Asian “specialists” have been smuggled into a bunker in Pakistan. 
Searchers looking for the missing plane have discovered new signals consistent with those emitted by black boxes in the southern Indian Ocean.  [Full Story]

DANA ASING 100JUTA SUARAM YANG DIREMBAT @tianchua & @SivarasaRasiah ADALAH HASIL SEJAK 1998?


Berkait entri sebelum ini (SINI)

Transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.


Maklumat daripada bekas anggota Suaram.
  • Dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.
  • Wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.
  • Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.
  • Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.
  • Selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi. National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi
Baca juga disini.. Dipetik dari SUMBER
10 Agen SUARAM Dalam Kerajaan 
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara. 
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. 
 
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd. 
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan. 
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

MY SLIDESHARE UPLOAD