Thursday, April 17, 2014

#RIPKarpalSingh [INFO] : LAPORAN PENUH KEMALANGAN MAUT YANG MELIBATKAN YB KARPAL SINGH (Tiger of Jelutong)


Pertama sekali.. Dengan berbesar hati saya ucapkan takziah sekali lagi diatas pemergian mendiang YB Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.


Artikel berkait: [klik SINI]

Berikut adalah laporan penuh berkait dengan kemalangan maut di KM305, Lebuhraya PLUS menghala ke utara. Kemalangan ini telah mengorbankan seorang Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, YB Karpal Singh.


RINGKASAN: 
KENDERAAN TERLIBAT: (1) MPV & (1) LORI
MANGSA: (8) ORANG

LAPORAN PENUH:

Berikut adalah laporan penuh kemalangan maut tersebut.

YB KARPAL SINGH DIBERI GELARAN "TIGER OF JELUTONG" DARI KALANGAN PENYOKONGNYA

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14

Tarikh: 17/04/2014
Masa: 0110hrs
Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
Kenderaan Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

Mangsa Terlibat:

M1: 
Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-XXXX
Umur:74thn
Alamat: XXXXX, Georgetown,
Pulau Pinang

M2: 
Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)

M3: 
Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-

M4: 
Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-XXXX
Umur: 38thn
Alamat: XXXX, City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: 
Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -


M6:

Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-XXXX
Umur: 45thn
Alamat: XXXX, Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: 
Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-XXXX
Umur: 23thn
Alamat:XXXX,  PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: 
Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-XXXX
Umur: 4thn

Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkan sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

#MH370: 'ANAK BUAH' DS ROSMAH BUAT SOLAT HAJAT DEPAN KAABAH. ALHAMDULILLAH #PermataInsan


Seramai 29 pelajar Permata Insan, iaitu sebuah program yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor telah mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi. Apa yang buatkan saya terharu adalah, mereka turut mengadakan solat hajat dihadapan Kaabah (Masjidil Haram) terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang tanpa dikesan sejak 8 MAC lepas.

Alhamdulillah, semoga hajat dan doa yang dipanjatkan makbul dan sekaligus tragedi MH370 ini menemui jalan penyelesaian secepat mungkin. Sudah terang lagi bersuluh, matlamat Permata Insan bagi melahirkan ilmuan dan golongan teknokrat Islam berjaya direalisasikan dan patut diperkembangkan lagi.


Pelajar Permata Insan solat hajat untuk MH370 di Masjidil Haram 
Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac. 
“Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan,” menurut kenyataan Permata di sini, hari ini. 
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. 
Pelajar Permata Insan itu, yang dalam lawatan belajar selama lapan hari ke Jeddah, Madinah dan Makkah, turut melawat beberapa universiti tersohor dalam bidang Sains Islam, antaranya Universiti Umm Al-Qura' di Makkah, Universiti Taibah di Madinah dan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah serta American International School di Jeddah. 
Semasa di sana, peserta program itu juga berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait iaitu menara jam tertinggi dan terbesar di dunia. 
Lawatan itu adalah projek perintis Permata Insan, yang juga satu cabang Program Permata yang ditubuh khas di USIM sejak 2010, bagi kanak-kanak seawal usia lapan tahun yang bertujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah - BH
FOTO-FOTO LAIN:



APAKAH PERMATA INSAN? 
SILA BACA!!
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN PERMATA INSAN

TAKZIAH.. KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN DI GUA TEMPURUNG...


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez

Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat. - PERAK TODAY

FOTO KEMALANGAN: 
CREDIT TO PERAK TODAY




VIDEO

MY SLIDESHARE UPLOAD