Sunday, August 24, 2014

#Throwback: GAMBAR SEDIH SEKITAR HARI PERKABUNGAN NEGARA #MalaysiaBerkabung #MalaysiaMourning



Setelah lebih sebulan tragedi MH17 berlalu, akhirnya hari ini seramai 20 jenazah yang merupakan korban tragedi tersebut dibawa pulang ke tanah air. Hari ini juga diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara dan sebagai tanda penghormatan terakhir satu istiadat telah diadakan pagi tadi. Berikut merupakan himpunan gambar sekitar istiadat tersebut yang dapat kami himpunkan.

Askar membawa keranda dengan mayat mangsa Malaysia penerbangan MH17 pada majlis di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 22 Ogos 2014.


A konvoi hearses memasuki Kompleks Bunga Raya di KLIA


Ahli-ahli media menunggu ketibaan mayat mangsa penerbangan MH17 di Kompleks Bunga Raya di KLIA


Atendan penerbangan MAS sebelum ketibaan pesawat khas yang mengandungi mayat mangsa Malaysia penerbangan MH17.



Anak lelaki kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 8 bulan didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya.






[Sumber gambar dari Wanista]

IBU BAPA CUAI YANG SEBABKAN KEMATIAN ANAK AKAN DIPENJARA?


Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak.. Sedar atau tidak, sekarang banyak kes kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa sendiri.

Namun begitu, satu tindakan undang-undang wajar dilaksanakan bagi memastikan pihak ibu bapa lebih berhati-hati dan peka dengan masalah ini.

Ikuti kupasan berikut..
Ibubapa cuai hingga sebabkan kematian anak perlu didakwa
Oleh: The Ant Daily 
Kematian anak merupakan pengalaman pahit yang mampu memberi trauma kepada mana-mana ibubapa yang melaluinya, lebih-lebih lagi jika mereka yang menyebabkan perkara itu berlaku. 
Penyesalan dan rasa bersalah mungkin tidak tertanggung dek ibubapa tersebut, malah masyarakat mungkin merasakan tidak perlulah mereka dipertanggungjawabkan kerana ajal yang telah menimpa. 
Bagaimanapun, pengerusi kumpulan perlindungan kanak-kanak Voice of the Children (VoC) Sharmila Sekaran berpendapat ibubapa sebegitu perlu dihadapkan ke mahkamah jika didapati cuai hingga menyebabkan kematian anak mereka. 
Sharmila merujuk kejadian di mana Muhammad Aqil Arfan Adnan, kanak-kanak berusia 4 tahun, yang meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta sementara bapanya sedang bekerja. 
“Saya sedar ada yang berkata ibubapa sedang merana dan bakal merasa bersalah sepanjang hidup mereka. Namun, apabila pendakwaan dibuat, anda perlu melalui proses undang-undang dan sewajarnya ia mendapat liputan media nasional dalam segala bentuk. 
“Saya amat bersimpati tetapi seharusnya ada pihak yang didakwa dan menggalas tanggungjawab,” ujarnya yang dipetik dari laman Theantdaily.com. 
Pada 20 Ogos, Muhammad Aqil dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Padang Durian, Pendang Kedah dengan kedua ibubapanya Adnan Salleh dan Asiah Abu pada jam 6.45 pagi. 
Bapanya, seorang guru agama, menghantar si ibu ke sekolah di mana dia mengajar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat dia sendiri bekerja. Bapa itu bagaimanapun terlupa menghantar Aqil ke pusat jagaan kanak-kanak. 
Apabila dia pulang semula ke kereta pada pukul 4 petang, dia mendapati Muhammad Aqil tidak sedarkan diri.

Malangnya, Aqil telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 
Sekiranya ada pendakwaan, ujar Sharmila, media akan menumpukan perhatian dan orang-ramai akan berbincang tentangnya. Dengan itu, kesedaran dapat ditanam. 
“Kanak-kanak ini mati. Kita perlu mengambil perkara ini secara serius. Apabila kematian disebabkan pihak lain, kita perlu memburu pembunuhnya bagi mendapatkan keadilan. Apa bezanya di sini? Jika suami atau isteri membunuh pasangan mereka, mereka ditahan dan didakwa, bukan? 
“Kita perlu sedar kanak-kanak bukannya hak kita. Kanak-kanak punyai nyawa sendiri dan boleh membina hidupnya sendiri,” ujarnya lagi. 
“Walaupun undang-undang ada, ia selalunya tidak dilaksanakan ke atas ibubapa kerana dasar simpati.”, keluh Sharmila. 
Beliau berkata selalunya alasan yang diberi ialah tugasan menghantar anak ke pusat jagaan tidak dilakukan mereka, sehingga mereka terlupa anak ditinggalkan di dalam kenderaan. 
Sharmila bertegas bahawa terdapat banyak cara bagi ibubapa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak ada di kerusi belakang kenderaan. 
“Kita sentiasa sedar apabila telepon tertinggal di dalam kereta, tetapi tidak ingat tentang anak-anak. Jadi tinggalkan telepon dengan anak-anak di belakang kenderaan. Anda tentu akan berpatah balik dan sedar bahawa anak-anak juga ada di situ.” 
“Anda juga perlu letak beg pakaian atau mainan anak-anak di kerusi hadapan. Terdapat banyak cara mengingatkan diri sendiri bahawa anak kita berada dalam kereta,” tegasnya. 
Ini bukan kali pertama mahupun kali terakhir, kanak-kanak ditinggalkan di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kematian. 
Pada 18 Julai 2013, Nawal Iris Samsuddin, 3 tahun, meninggal dunia akibat bahang kepanasan selepas ditinggal ibunya di dalam kereta selama enam jam. Ibunya terlupa menghantar Nawal ke pusat jagaan kanak-kanak. 
Ibubapa sememangnya merana dan dihambat perasaan bersalah akibat kecuaian mereka, tetapi pendapat Sharmila ada benarnya. 
Sekiranya didakwa dan perbicaraan mendapat liputan, insiden sebegitu tidak akan dilupakan dengan mudah olek kita semua. 
Contohnya di dalam kes peguam Datuk VK Lingam. 
Walaupun tidak seperti kes kematian kanak-kanak, perbicaraannya mendapat liputan dan diingati kerana frasa “correct, correct, correct”. 
Sebaliknya, sekiranya ibubapa ini tidak diheret ke muka pengadilan, kita semua akan melupakan kes ini. Itulah yang berlaku di dunia ini.
Walaupun dianggap kemalangan, ia tetap satu jenayah. 
“Hukuman boleh dipertimbangkan tetapi proses undang-undang perlu ditegakkan.”, tegas Sharmila.
P/S: Tindakan undang-undang patut dikenakan agar perkara sebegini tidak berulang lagi.



Thursday, August 21, 2014

HUKUM BERTAFFAKUR & BERKABUNG MENGIKUT ISLAM

Sumber: FatwaMalaysia

Akidah

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.

MY SLIDESHARE UPLOAD