Wednesday, July 15, 2015

#Lowyat: PANAS!! 'GENGSTER CINA' TAK PUAS HATI DENGAN KELANTANGAN #PPIM? @PDRMsia SILA TANGKAP SEGERA!


BACA LAH SENDIRI BETAPA BIADAPNYA CINA INI! 

Nampaknya kelantangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan mempertahankan hak pengguna (isu penipuan jual beli smartphone) dan keadilan mangsa pukul di Low Yat kelmarin telah mengundang 'keharamjadahan' individu tertentu.


Selain itu, beliau juga ada menyarankan supaya unsur gengsterisme (kongsi gelap) disiasat.


"Yang bersalah tetap bersalah, tetapi jangan kita tutup mata dengan gangsterism di Plaza Low Yat.

Jika suspek mencuri didakwa, bagaimana dengan tindakan undang-undang ke atas kumpulan lelaki yang memukul suspek? Perbuatan itu juga salah..."

MUNGKIN KAH STANLEY CHEONG INI ADALAH SALAH SEORANG GENGSTER YANG DIMAKSUDKAN? 

Saya harap PDRM dapat buktikan ketangkasan mereka seperti mana yang dilakukan semasa insiden #Lowyat kelmarin, kalau boleh, sila tahan lelaki ini sebelum pukul 6 petang ini. 

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya perolehi dari halaman fb individu kurang ajar ini:

Wajah terkini:



Alamat pejabat:

Stone-Mache Sdn Bhd
L-1-02, Pusat Perdagangan Kuchai,
No. 2, 1/127, Off Jalan, Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur,
Malaysia

No tel pejabat: +60379826688



Monday, July 6, 2015

PANAS!! SINDIKET PENIPUAN GUNA ILMU PUKAU DITUMPASKAN! @PPIM4U


'Ops Gores dan Menang' yang dibuat hasil kerjasama Biro Unit Tindakan Khas PPIM dan krew rakaman 999 berjaya melumpuhkan sindiket yang menanggung nilai kerugian lebih RM200, 000.

Ini ekoran serbuan yang dilakukan ke sebuah premis di Taman Jati, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya pada jam 3.15 petang.


Ketua Biro UTK PPIM, Encik Yusuf Azmi berkata, serbuan ini diadakan kerana PPIM menerima terlalu banyak aduan dan yang sindiket penipuan ini sangat licik hingga sanggup menggunakan ilmu pukau untuk memperdaya mangsa.

Saturday, July 4, 2015

KONTROVERSI #PATRIOT1: KENYATAAN RASMI YAYASAN PATRIOT NEGARA

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) bukan kroni UMNO, Malaysiakini didakwa putar belit fakta!!


Kekeliruan dan kontroversi plat PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih parah apabila dipolitikkan oleh Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming.

Namun kenyataan mereka yang disiarkan melalui laman Malaysiakini mengandungi fakta tidak tepat dan telah di putar belit sekaligus mewujudkan persepsi negatif ke atas Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Plat PATRIOT merupakan inisiatif YPNM bertujuan untuk mempromosi semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik.


Hasil penjualan plat tersebut akan dimanfaat untuk melaksanakan program dan aktiviti patriotisme secara menyeluruh membabitkan pelbagai agensi di seluruh Negara.

Berikut adalah penjelasan bagi setiap dakwaan yang telah ditimbulkan.

Dakwaan 1:
Projek RM10 juta, JPJ hanya diberi RM1 juta.

Fakta:
Kenyataan ini tidak tepat. Nilai RM10 juta adalah SASARAN jualan plat PATRIOT bukannya KEUNTUNGAN atau nilai projek yang dianugerahkan secara terus kepada YPNM.

Pembayaran RM1 juta kepada JPJ adalah syarat asas selepas kelulusan plat siri khas tanpa mengira keuntungan atau kerugian yang dihadapi oleh YPNM. Justeru, sebarang risiko ditanggung sepenuhnya YPNM tanpa melibatkan pihak kerajaan.

Dakwaan 2:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganugerahkan kelulusan plat PATRIOT kepada YPNM melalui rundingan langsung.

Fakta:
Dakwaan bahawa YPNM mendapat kelulusan dari rundingan langsung dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan pemangku Menteri Pengangkutan (ketika itu) adalah tidak benar.

YPNM membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2013 dan mendapat kelulusan selepas 2 tahun permohonan dibuat iaitu pada awal tahun 2015. Selain plat PATRIOT, terdapat lebih 25 plat siri khas yang telah diluluskan sebelum ini.

Dakwaan 3:
Pendapatan JPJ adalah wang rakyat, hasil penjualan plat PATRIOT juga adalah wang rakyat. Ini adalah kerugian kepada Negara.

Fakta:
Plat PATRIOT merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia sepenuhnya, JPJ tidak pernah ada perancangan untuk mengeluarkan plat khas siri PATRIOT. YPNM tidak menggunakan sebarang peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan atau wang rakyat.

Justeru, tuduhan pihak JPJ mengalami kerugian adalah tidak benar kerana agensi berkenaan tetap menerima bayaran RM1 juta sama ada YPNM berjaya atau gagal menjual plat tersebut. Bermakna JPJ, rakyat dan negara tidak mengalami sebarang kerugian seperti yang didakwa.

Dakwaan 4:
YPNM berkait dengan kroni UMNO.

Fakta:
Brigadier Jeneral Dato’ Husainay Bin Hashim (B) memegang jawatan Pengerusi YPNM berdasarkan latar belakang beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Idea penubuhan YPNM tercetus selepas insiden Lahad Datu dimana beliau bimbang dengan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia kerana perbezaan ideologi politik.

Beliau bukanlah kroni UMNO, perlantikan sebagai Setiausaha Kerja UMNO dari tahun 2004 hingga 2008 atas pelawaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. YPNM ditubuhkan bermatlamat untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Ahli Jawatan Kuasa dan sukarelawan YPNM terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum.

Dakwaan 5:
YPNM mewakili JPJ untuk melelong plat PATRIOT.

Fakta:
Dakwaan YPNM mewakili JPJ untuk “melelong” plat PATRIOT adalah tidak benar. Sebaliknya YPNM diberi kelulusan menjual plat PATRIOT 1 sehingga PATRIOT 9999 di mana terpulang kepada YPNM untuk melaksanakan kaedah penjualan yang dirasakan sesuai.

Soalan:
Siapakah yang menguruskan hasil penjualan plat PATRIOT dan bagaimana ia dibelanjakan?

Jawapan:
Semua pendapatan yang bakal diperolehi hasil penjualan plat PATRIOT disalurkan ke akaun amanah milik YPNM bagi membiayai setiap aktiviti dan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Bagi maklumat lanjut program yang dirancang oleh YPNM boleh dirujuk di laman website rasmi Patriot.

Sebagai sebuah yayasan, YPNM bersikap terbuka di mana kami mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan, dan teguran namun ianya harus berasas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat YPNM di talian: 019-4475555

Diterima melalui e-mail dari Nazim Johor dengan tajuk KENYATAAN BALAS ISU PLAT PATRIOT

SUMBER

MY SLIDESHARE UPLOAD