Friday, May 8, 2015

MANSUHKAN #GST KAD PRABAYAR!! @SKMM_MCMC JANGAN LEMBIK! TELCO JANGAN DEGIL! @shaberyc


8 MEI 2015 - Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran supaya mewujudkan satu mekanisme baru yang merangkumi aspek penilaian mutu perkhidmatan serta kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di Malaysia.

Saranan ini telah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Patriot Negara (YPN) ekoran tindakan pihak TELCO yang dilihat "ketegaq" dan masih mahu mengenakan cukai GST ke atas kad tambah nilai prabayar (Topup).



Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan yang mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil SKMM kelmarin telah mengetengahkan beberapa isu berbangkit hasil membabitkan syarikat TELCO hasil dari aduan yang dibuat oleh pengguna.

Antara aduan yang diterima adalah:

Pengguna dikenakan kadar caj terhadap pesanan suara (voicemail) sedangkan tidak ramai yang dari pengguna TELCO yang menggunakan perkhidmatan tersebut.



Bagi memastikan hak pengguna/rakyat diadili, pihak kerajaan diminta bertindak tegas bagi memastikan syarikat TELCO tidak terus mengaut keuntungan di atas ketidaksedaran pengguna di Malaysia.

Saturday, April 25, 2015

SINDIKET PENIPUAN: APA KAITAN NEGRO NI DENGAN #PPIM?


Tidak sangka bahawa sudah berdekad tahun 'Sindiket Penipuan' telah  bertapak di negara kita.  Sindiket yang telah 'mengorbankan' belasan ribu mangsa ini kebanyakannya didalangi oleh warga Afrika atau lebih dikenali sebagai Negro.

Walaupun sudah kebanyakan dari mereka telah diberkas, namun usaha melumpuhkan sindiket itu masih menemui jalan buntu hingga kini.

Antara salah satu kejayaan terbaru adalah dari pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dibantu oleh pihak berkuasa PDRM di hadapan PWTC, kelmarin.


Bertindak dari aduan yang diterima, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama aktivis PPIM yang lain telah melakukan penyamaran setelah usaha mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit di PWTC dipersetujui.

Hasil dari perancangan awal tersebut, akhirnya warga asing itu berjaya diberkas yang turut dibantu anggota polis. Tahniah PPIM! Satu lagi 'perosak' dapat diberkas!

Saya memuji pendekatan yang diamalkan pihak PPIM, iaitu 'universal', dimana mereka tidak hanya fokus kepada kepada isu pengguna sahaja. Ini secara tidak langsung dapat membaiki semangat kerjasama sesama aktivis, malah dapat menurunkan kadar jenayah yang semakin meruncing di Malaysia.

UNTUK KEMUKAKAN SEBARANG ADUAN DAN UPDATE TERKINI TENTANG PPIM SILA KE BLOG RASMI PPIM (Klik Sini)


Friday, April 10, 2015

[VIDEO] : SIAPA BUNUH ALTANTUYA?

Baca --> 'TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB PM @NajibRazak BERSAMA @TV3Malaysia - (KLIK)

Sumber Blog BN Masjid Tanah (klik) : 
Betullah kata-kata hikmah dari mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr. Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Atau pun ada dikalangan kita yang buat-buat lupa...??? 
Mutakhir ini gegak gempita dengan isu yang hangat diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir mengajukan beberapa soalan kepada YAB Datuk Sri Perdana Menteri. Ada yang kata soalan soalan Tun Dr M bersifat soalan panas dan tak kurang juga ada yang menklasifikasikan ianya sebagai soalan soalan CEPUMAS!!! 
Merujuk kepada soalan "Siapa Arah Bunuh Altantuya...???". Maka jawapannya ada dibawah ini, saksikanlah video klip berdurasi 00;01:43 minit ini. Selamat menonton!

MY SLIDESHARE UPLOAD