Monday, January 9, 2012

Suntikan Maut : Hospital Sahkan PKR Guna Skrip Recycle !!

Satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Dato KP di Hospital Seberang Jaya berhubung kejadian yang menimpa pengiring keselamatan DSWan Azizah. Antara intipati kenyataan akhbar adalah seperti berikut:-





- menyatakan luka calar yang terkena pada tangan mangsa akibat terkena objek tajam yg tidak diketahui.

- menyatakan mangsa hanya mengalami luka calar l/kurang 0.4cm dan bukan luka dalam




- menyatakan menurut laporan awal doktor tiada kesan morphin yg wujud didalam darah mangsa

- mengikut keterangan drp mangsa, mangsa tidak mengesyaki sesiapa di atas kejadian tersebut

- menyatakan mangsa tidak koma dan pengsan seperti yg digembar gemburkan dlm laman web

- menyatakan bahawa mangsa telah kembali stabil dan masih ditahan di wad 5 untuk rawatan susulan

- menyatakan keputusan analisa sampel darah mangsa akan diketahui pada keesokkan harinya dimana 1 pasukan pakar telah ditubuhkan untuk membuat analisa sampel darah berkenaan di mana diketuai oleh Pengarah Hospital

Sumber daripada PISAU.NET
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, January 7, 2012

Hishamuddin Rais menulis tentang DS Najib dan DS Anwar Ibrahim.

Rabu, 4 Jan 2012 - Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H.Rumsfeld telah ditanya oleh wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik ' There are known knowns … there are known unknowns… there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu… ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu…ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.Pilihanraya ke 12 – Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen.

Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu.Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit

Fasal 25 pecahan 2 – dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu.Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan tuduhan Saiful terhadap Anwar. Ini pekara diketahui oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang ramai warga buat-buat tidak tahu. Banyak juga pekara diketahui umum tetapi ada warga sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga warga yang tahu duduk perkara tetapi sengaja buat tidak tahu.Ramai yang tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah Superman Christopher Reeve.Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis. Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE. Ramai yang hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya mendapat ijazah doktor. Masih ramai pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful Bukhari.Ramai warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur.

Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit tentang kedudukan ekonomi negara dengan 5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.Ramai yang tidak mahu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes liwat Anwar Ibrahim ini ialah kes politik. Kes politik – pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu. Garis politik ini telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu dalam negara ini. Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat. Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik terutama dikalangan jenerasi muda. Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum pemodal dan kapitalis yang besar. Najib juga dibantu juga oleh para cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan peniaga-peniaga dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu sokongan kerajaan

Ini semua orang tahu.Manakala Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai atau dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar. Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.Justeru – Najib dan Anwar ini memiliki sokongan yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang dari latar belakang kelas yang berasingan. Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila membaca ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu. Selama ini mereka hanya menganalisa watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin tahu siapa yang wajib disokong.Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada hari Isnin depan. Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan Anwar Ibrahim akan didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.Ada sesiapa lagi yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib? Ini namanya perang bioloji. Kalau Najib tidak memenjarakan Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus politik perang bioloji Najib Razak. Berhenti sebentar!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TRAGEDI 901: SIAPA YANG PATUT DI BELA? ANWAR ATAU SAIFUL?

http://networkedblogs.com/sr0rS

Siapa yang sebenarnya patut dibela??? Adakah anwar layak menerima pembelaan dari rakyat Malaysia atau Saiful yang sudah terang lagi nyata memerlukan pembelaan kerana telah teraniaya dek kerana perbuatan anwar?Topik ini sebenarnya yang patut diambil perhatian oleh rakyat Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 5, 2012

MB Perak Ulas Kejadian di UPSI... Mahasiswa Jadi Alat!! @ZambryAbdKadir - REFORMASIN!

http://jendelamy.blogspot.com/2012/01/mb-perak-ulas-kejadian-di-upsi.html

Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak menjadi alat kepada kumpulan yang berkepentingan lebih besar, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Zambry yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 menyifatkan perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu, jelas mempunyai matlamat tertentu."Kita dengar...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nadi Rakyat-RISALAH PROPANGANDA MENDAHULUI KEPUTUSAN MAHKAMAH MULA DI SEBARKAN OLEH PKR

http://networkedblogs.com/smrIp

Terkini!Untuk berhadapan dengan tarikh keramat 9hb Jan 2012, pihak pembangkang terutamanya PKR telah mula berperanan untuk mengucar kacirkan dan menambahkan kekeliruan rakyat terhadapa institusi mahkamah dengan mengeluarkan satu risalah yang mendahului keputusan mahkamah.poster r
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 4, 2012

Keganasan Mahasiswa Robot Menyerang UPSI

Keganasan Mahasiswa Robot Menyerang UPSI

Demonstrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:

"Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara)."

Ada yang bertanya, "Siapa Ruwaibidhah?"

Rasulullah menjawab, "Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat." [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]

-Ulama Muda UMNO (ILMU)

http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html

Tidak kira kalian di pihak mana, demonstrasi jalanan tetap haram, haram, haram. Bukan akhlak Islam, tapi akhlak khawarij!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 3, 2012

KRONOLOGI SEGEROMBOLAN HANJING BERTUKAR BABI DIKETUAI SEEKOR BABI DARI UPSI !!!

http://networkedblogs.com/sgUP5

Kronologi Siswa Upahan Pakatan Merusuh Di Depan UPSITerlalu banyak provokasi dilakukan oleh para pelajar ini,mereka dilatih untuk mencetuskan suasana tidak aman. Sebenarnya AUKU untuk menghalang semua ini. Tindakan mereka membuat demo seperti ini ternyata mengubah AUKU adalah sat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 2, 2012

Panas!! Pengakuan Eksklusif: @AdamAdli Meroyan Sebab Putus Cinta??

http://jendelamy.blogspot.com/2012/01/panas-pengakuan-eksklusif-adamadli.html

Ilham Jamil Khir, Jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia"Dari perspektif saya, Mahasiswa ini aset kepada negara dan punya nilai yang tersendiri. Berkenaan dengan tindakan kurang bijak berdemonstrasi atas perjuangan kebebasan akademik seperti itu melambangkan betapa rapuhnya jatidiri mahasiswa amnya dan anak Melayu khususnya. Saya pasti ramai yang terusik dengan pandangan kerdil saya namun saya merasakan tidak patut mereka berbuat demikian kerana tidak lama lagi AUKU itu akan dipinda.Bercakap tentang politik...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PETIKAN POSTING DARI PELAJAR UPSI YG ADA DI TEMPAT KEJADIAN.

Sila klik link ini untuk artikel selanjutnya :

http://networkedblogs.com/sfP1X

Sumber : Nadi Rakyat

Berikut adalah petikan daripada kenyataan awal mahasiswi UPSI yang ada di tempat kejadian. Kami alu alukan kepada mana2 mahasiswa atau mahasiswi yang berada di tempat kejadian untuk ke hadapan memberikan keterangan yang sebenar tentang apa yang berlaku kpd pendemo di hadapan UPSI
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kronologi Perhimpunan UPSI 01.01.2012

Berikut adalah Kronologi peristiwa Perhimpunan Haram Kumpulan Mahasiswa Jalanan seperti yang berlaku di depan UPSI. Kronologi ini dipetik dari kenyataan DR JUNAIDY ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM.

"Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm, kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan SUKSIS. Pihak Polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force).

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan "we love UPSI".

Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar.

Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.

Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada di kalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereka terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat di depan simpang Klinik Shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran Polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti Mesir dan Tunisia.

Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang-undang UM (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan "Buka Pintu" dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya "membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO". Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka, ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan Polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar SUKSIS UPSI, serta  pemimpin pelajar yang berada dalam kampus.

Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka  tidak mengindahkan arahan Polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak Polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas  untuk dapatkan rawatan.

Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel.

Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas Polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, Polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab Polis kerana di luar kawasan UPSI dan Tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada di dalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat."

Psst : kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TUDIAA!! Cerita Menarik Mengenai Mahfuz Omar!!

http://networkedblogs.com/sfv2c

Siapa tak kenal dengan Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena dan juga Naib Presiden Pas. Walaupun dalam akademiknya si Mahfuz ni agak kurang. Memang kurang teruk la.. bukan kurang sikit. Tapi lagaknya, gayanya dan caranya yang membuatkan pengikut Pas menganggap Mahfuz ni umpama h
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nik Nazmi Menangis Kerana RPK Kata Anwar Tak Layak Jadi PM!!

http://umb-ppum.blogspot.com/2012/01/nik-nazmi-menangis-kerana-rpk-kata.html

Hari ini kita menyaksikan Nik Nazmi menangis hanya kerana Raja Petra Kamarudin (RPK) membuat kejutan dengan mengkritik Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral."Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh" kenyataan pedas RPK.Oleh kerana tidak tahan memendam perasaan pilu yang menusuk kalbu......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KELAB UMNO KAHERAH MESIR

http://kelabumnokaherah.blogspot.com/

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 1, 2012

Pelajar UPSI Sendiri Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!

Betol atau tidak, wallahualam.. mana satu cerita yang benar kita tak tau...

http://mynewshub.my/2012/01/01/pelajar-upsi-sendiri-mengaku-adam-adli-dan-geng-ganas/

Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UPDATE! GEROMBOLAN MAHASISWA BANGANG AKAN SERANG UPSI LAGI SEKALI MALAM INI!

http://networkedblogs.com/seHis

Aku dapat maklumat bahawa gerombolan pelajar-pelajar universiti yang perasan mereka bagus sangat akan melanggar sekali lagi UPSI malam ini selepas gagal berbuat demikian subuh tadi. Lagipun, tragedi yang diharapkan akan bertukar menjadi simpati kepada Anwar Ibrahim tidak berjaya !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pembangkang Takkan Menang PRU! – RPK

http://mynewshub.my/2012/01/01/pembangkang-takkan-menang-pru-ini-fakta-rpk/

KUALA LUMPUR- Raja Petra Kamaruddin (RPK) menegaskan yang pembangkang tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum.
Menurutnya, ini kerana pembangkang dilihat sukar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak sedangkan ia penting untuk menubuhkan kerajaan seperti mana yang diharapkan.
Kata RPK, pembangkang perlu ke sana yang mempunyai 57 kerusi namun pada PRU lalu mereka hanya memenangi dua daripadanya.
" Secara ideal kita (pembangkang) perlu mendapat 10 atau 15 majoriti kerusi, ini bermakna...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Senarai Rangking Top Blogger Malaysia 2011

http://www.ceritamamat.com/senarai-rangking-top-blogger-malaysia-2011

http://www.ceritamamat.com/senarai-rangking-top-blogger-malaysia-2011

Senarai Rangking Top Blogger 2011 Malaysia, Top Blogger 2011 Malaysia,rangking Top Blogger 2011 Malaysia,rekod Top Blogger 2011 Malaysia,kedudukan Top Blogger 2011 Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD