Wednesday, January 11, 2012

Peluang Keemasan Bagi Yang Tidak Berpeluang Ke IPTA/IPTS !!

PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (JKMRM-MBM) mempelawa para belia yang tidak berpeluang ke IPTA/IPTS untuk mendapatkan latihan vokasional yang ditawarkan untuk Sesi Januari 2012. Senarai kursus seperti dibawah.

Berminat? Taip NAMA, ALAMAT, NO.TEL, EMAIL dan SMS ke 0128916767 (Rizan Hassan)

1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK
(1)
H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior

1B1K002-KOSMETOLOGI
(2)
MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik

(3)
N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis


1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN
(4)
K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan


1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN
(5)
HT-023-3 Pemandu Pelancong

(6)
HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman

(7)
L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan

(8)
L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri

(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti


1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR
(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor


1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)
(11)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die

(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik


1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER
(13)
IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer


1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI
(14)
E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan


1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)
(15)
FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran

GOOD LUCK !!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 9, 2012

BREAKING NEWS 901 : Anwar Ibrahim Dibebaskan.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar. 



Psst: Terlepas didunia tak semestinya akan terlepas di akhirat kelak. PEACE!!

BREAKING NEWS 901 : Verdict akan bermula

Pada ketika ini, tertuduh Anwar Ibrahim sudahpun memasuki kamar perbicaraan. 


Harap keputusan hari ini akan mengembirakan semua pihak. Pertahanankan keputusan mahkamah walaupun pahit.





MY SLIDESHARE UPLOAD