Saturday, January 28, 2012

ROADSHOW DR HASAN ALI : ''BERSATULAH UMATKU''.. KALI INI DI TAIPING PULA !!

USTAZ FATHUL BARI
DR HASSAN ALI

CERAMAH UMUM

TAJUK : ''BERSATULAH UMATKU''
TARIKH : 29 JANUARI 2012 (AHAD)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN BUKIT GANTANG, TAIPING, PERAK.
PENCERAMAH : YB DATUK RR. HAJI HASAN ALI (ADUN GOMBAK SETIA)
                              YG BHG USTAZ FATHUL BARI MAT JAHAYA (SEKETRIAT ULAMA MUDA)

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR !!!!!!!!

Thursday, January 26, 2012

DEBAT RAKYAT : "Seksualiti Merdeka Ancaman Ummah."

"Seksualiti Merdeka Ancaman Ummah."

Tarikh: 27 Januari 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Tadika Seri Bakti Kampong Baru 2, Jalan Kebun.
Tetamu Jemputan : YB Zahrain dan Ustaz Roslan Kassim.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Kehadiran anda semua dialu-alukan.

P/S : Semoga majlis berjalan lancar nanti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MELAYU PASTI TERPINGGIR JIKA DAP MEMERINTAH. BAK KATA PEPATAH ''SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'' !!!!





Semua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu.

Justeru, beliau berkata, tiada sebab orang Melayu berharap untuk terus mendapat perlindungan serta keistimewaan kerana jelas sebelum diberi mandat untuk memerintah, parti berkenaan sudah menunjukkan keberanian mencabar kedudukan serta hak kaum majoriti itu.

"DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini. Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mahu DAP mendedahkan bilangan ahlinya yang berbangsa Melayu dan pada masa sama menyenaraikan rancangannya untuk pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Dalam hal ini, Rosnah memberi contoh nasib orang Melayu di Pulau Pinang selepas DAP diberi mandat memerintah negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Orang Melayu di negeri itu dianak-tirikan. Janji-janji semasa pilihan raya kononnya orang Melayu akan dibangunkan hanya tinggal janji," ujarnya.
Malah, beliau berkata, Exco Melayu dalam pentadbiran DAP umpama boneka yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa keputusan sekalipun membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurutnya, begitu juga nasib orang Melayu di Singapura apabila parti PAP yang asalnya DAP tidak mengambil kira sumbangan mereka selain turut mempersoalkan kesetiaan kaum itu.
"Melayu di Singapura tidak mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan orang Melayu dianak-tirikan di republik itu," katanya.

Rosnah berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu membuat penilaian tentang kedudukan kaum itu jika DAP memerintah negara ini.

"Pilihlah yang mana intan dan yang mana kaca. Kami yakin rakyat bijak menilai pihak mana yang terbaik dan yang mampu membela nasib rakyat," katanya lagi.

P/S : DAP ANTI ISLAM, KITA SEBAGAI ORANG MELAYU WAJIB TENTANG !!

SUMBER : UTUSAN ONLINE

MY SLIDESHARE UPLOAD