Friday, February 17, 2012

INFO : JAWATAN KOSONGTERKINI !!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Disini TM mahu kongsikan info jawatan kosong.

Jawatan kosong KL Airports Services (KLAS). Lokasi kerja ialah di KLIA/LCCT. Bagi yg berkelayakan, anda dialu-alukan untuk memohon. Sila klik link yg diberi untuk maklumat lebih lanjut :

http://www.klas.com.my/jobs.html

Terima kasih..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 14, 2012

ANWAR IBRAHIM PERLU SAMAN WSJ !!!



Alahai kesiannya TM dengan Nik Aziz ni, setelah berpenat lelah mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akhirnya akur dengan kenyataan sebenar dan telah membuat 'suprise' iaitu buat pertama kalinya telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim, beliau telah diberi dua pilihan, iaitu :

1) Menarik balik kenyataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".
2) Menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Pada pendapat TM, TM sarankan sekeras-kerasnya supaya Anwar Ibrahim menyaman WSJ !!! Ini kerana Anwar Ibrahim telah menuduh WSJ memutar belit fakta. Jika betul WSJ tu sudah 'spin'kan fakta, apa lagi, saman la!



Bila difikirkan dari segi logik akal, jika benarlah WSJ telah memutarkan fakta itu, sudah tentu Anwar Ibrahim tidak akan teragak-agak untuk menyaman WSJ dari awal lagi seperti mana beliau telah menyaman Utusan Malaysia baru-baru ini.

Disamping itu, firasat hati TM mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya (sila rujuk diatas). Ini kerana beliau sesekali pun tidak akan merumitkan 'tugasannya' dengan bertindak 'mencuci kain putih yang dipenuhi sumur' itu.

Antara kemungkinan yang akan berlaku ialah Anwar Ibrahim akan terus mempertahankan kenyataannya dan tidak mustahil beliau akan menggunakan cara apa sekalipun semata-mata mahu 'menegakkan benang yang basah' ini. Maklumlah, semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim ini ialah seorang hamba Allah yang berhati kering. Agak-agak apa tindakan dia ya? Kita tunggu dan lihat saja apa pula scene selepas ini.....

P/S : Menyokong Israel ialah haram disisi Islam !! Anwar Ibrahim harus bertaubat :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 13, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah : Buku Jinggay Dilempar Dalam Bakul Sampah !!

'' INILAH RUPA BUKU JINGGAY KEBANGGAN PEMIMPIN PR''

Seperti yang tidak dijangkakan..

Hari ini (13 Februari 2012), Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah membuat suatu kejutan besar, iaitu beliau telah memasukkan Buku jinggay (gambar diatas) ke dalam bakul sampah!!

Hahaha! kalau TM bukan setakat buang dalam tong sampah saja, malah TM akan bakar!, Anda tahu kenapa?, sebab tidak satu pun dalam buku tersebut yang mampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti mereka memerintah.

Banyak isi kandungan yang juga merupakan menifesto PR yang di lancarkan pada konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang langsung tidak dapat diterima akal fikiran untuk dipertimbangkan.

Tambahan pula, apabila Pakatan Rakyat menyatakan bahawa menifesto mereka hanya akan dibuat dan dibentangkan di kalangan pengundi apabila PRU13 kelak.

Kalau tahun ni ada konvensyen lagi mesti akan ditukar sekali lagi menifesto PR ni kan?? Hehehe

Sudah-sudah lah cubaan menipu pengundi ni wahai Mr. PR, tak ada faedah pun.


Tentera Maya says : Rasanya lepas ni buku warna apa pulak akan keluar ye? Muehehehe :P

SUMBER DARI RAKAN SEPERJUANGAN : www.sangkakalajari9.blogspot.com

MY SLIDESHARE UPLOAD