Tuesday, February 28, 2012

DEDAHAN DOKUMEN SULIT YANG DICURI DARI LYNAS !!! BUKTI LYNAS ADALAH SELAMAT !!





Adakah LYNAS benar-benar selamat ? Adakah benar apa yang diperkatakan oleh MP dari PAS tu benar ?


Mula-mula sekali aku nak minta maaf ! Sorry ye LYNAS !


Sepatutnya aku dedahkan maklumat penting ini hujung tahun lepas sebaik aku terima semua dokumen ni, tapi masa tu kes ni pun dah senyap.


Aku akan mengupas tentang perihal sebenar yang LYNAS sembunyikan. Atau lebih tepat lagi mungkin maklumat tidak sampai kepada rakyat.


LYNAS ADALAH TELUS


Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yangBERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

* persoalan, adakah Fuziah Toron berkelayakan ? Adakah Anwar Israel berkelayakan ? Adakah Gaun Eng NENEN berkelayakan ?

Seterusnya.... Sila klik sini 

Monday, February 27, 2012

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hubungan Israel & Malaysia???


Di bawah adalah kenyataan Tun M mengenai usaha pembangkang yang cuba mengaitkan negara in dengan Israel. Seperti yang diketahui, parti pembangkang cuba mengalihkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Tetapi mereka gagal dan rakyat tidak akan lupa!



Di antara kenyataan Tun Dr Mahathir :

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.



Untuk selanjutnya sila klik sini

#Lynas : 25 fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia





1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. 

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah. 

MY SLIDESHARE UPLOAD