Monday, March 26, 2012

Wow!! Anwar Akan Jumpa Nallakaruppan Di Mahkamah??



Akhirnya, setelah dicabar berulang kali, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Nallakarupan dan Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi hari ini.

Tindakan Anwar Ibrahim itu telah dijangka daripada awal lagi setelah bekas rakan-rakan seperjuangan Anwar Ibrahim bertekad untuk melondehkan segala kemungkaran dan kesongsangan yang dilakukan oleh bekas ketua mereka itu.

Malah tindakan tersebut dilihat sebagai prosedur undang-undang untuk menutup mulut Nallakarupan, Ummi Hafilda, Eazam Mat Noor dan yang lain-lain daripada berceramah tentang Anwar Ibrahim.

Anwar Tergamam??Kenapa??



Ancaman saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak menggentarkan Datuk S. Nallakaruppan (gambar), sebaliknya Ahli Dewan Negara itu konsisten mendakwa ketua pembangkang tersebut adalah biseksual.

Malah, beliau secara terbuka mencabar Anwar supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya seawal minggu hadapan bagi membolehkan segala bukti yang menyokong dakwaan biseksual itu dapat didedahkan di mahkamah.

Sambil mengakui beliau sangat gembira jika Anwar berani menyahut cabarannya itu, Nallakaruppan berkata, terlalu banyak bukti mengenai salah laku moral membabitkan pemimpin itu termasuk siapa lelaki dan isteri orang yang pernah ‘disimpan’ kini berada dalam tangannya.

“Saya mendapat notis daripada N. Surendran (peguam Anwar) mengarah berhenti bercakap mengenainya dan memohon maaf dalam masa 48 jam tetapi saya tidak akan endah notis ini. Saya akan terus bercakap mengenai Anwar sehingga beliau membawa saya ke mahkamah.

“Saya gembira jika Anwar boleh membawa saya ke mahkamah minggu depan, saya mahu jumpa dengannya di mahkamah dan saya akan dedah segala bukti yang menyokong dakwaan bahawa beliau seorang biseksual,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas saksi kes liwat membabitkan Anwar pada 1998, Ummi Hafilda Ali dan peguam Nallakaruppan, Hasnal Rezua Merican.

Pada sidang akhbar itu juga, Mohamad Ezam, Anuar dan Ummi Hafilda sepakat mencabar Anwar menyaman mereka sebagaimana tindakan yang mahu diambil ke atas Nallakaruppan kerana mereka juga yakin dan percaya, ketua pembangkang seorang biseksual.

Ditanya apakah bukti yang mahu didedahkan di mahkamah jika ketua pembangkang benar-benar menyaman beliau, Nallakaruppan berkata, ia terlalu banyak dan tidak menolak kemungkinan salah satu daripadanya adalah buku log yang tercatat aktiviti songsang Anwar.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan Anwar memfailkan notis tuntutan maaf dan mengugut mahu menyaman RM100 juta hanya bermotif politik iaitu demi meyakinkan penyokong pembangkang kerana tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat.

“Sudah terlalu banyak salah laku moral Anwar saya dedah sejak 2007 tetapi beliau tidak saman, kenapa baru sekarang Anwar mahu saman? Baru sekarang hantar notis undang-undang? Sebab dia mahu tutup mulut saya kerana pilihan raya sudah dekat,” katanya.

Sementara itu, Nallakaruppan menempelak Anwar kerana bertindak menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran dakwaan mengenai biseksual tetapi pada masa yang sama tidak pula mengambil tindakan serupa ke atas beberapa blog.

Katanya, Anwar sepatutnya berdepan dengannya di mahkamah kerana beliau yang bertanggungjawab membuat dakwaan berhubung biseksual dan Utusan Malaysia sekadar medium yang melaporkan perkara itu demi kepentingan orang ramai. - Utusan

Sunday, March 25, 2012

[VIDEO] Panas!! @anwaribrahim DIlondehkan Di Khalayak Ramai !!



Ummi Hafilda mendedahkan satu lagi modus operandi Anwar Ibrahim bila hendak berjumpa Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali!

Perjumpaan mereka di Tivolli Villa diuruskan oleh rakan baik Anwar Ibrahim, Nallakaruppan.

Lihat video di bawah :


SUMBER : DR MIM

MY SLIDESHARE UPLOAD