Saturday, June 16, 2012

PERGH! SEBAB TAKSUB NAK JADI PM SANGAT, @anwaribrahim DITEGUR HENTIKAN FITNAH PADA @NajibRazak !!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.

''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.

''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar enggan mematuhi arahan Anwar kerana tiada bukti yang mengaitkan Najib dalam dua isu itu.

Zahrain menambah, pembangkang mula memfitnah Najib berhubung isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.

''Sepatutnya isu-isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan kerana Perdana Menteri telah melafazkan sumpah bagi menunjukkan beliau tidak bersalah.

''Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa, pembangkang kini mengulangi permainan politik kotor itu dengan mereka cerita semata-mata untuk membohongi rakyat," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Zahrain turut membidas Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

''Bila kita tanya tentang bukti, Suaram kata tiada. Tuduhan terhadap Najib dibuat berdasarkan kepada andaian sahaja," katanya.

Dakwa Zahrain, beliau tahu siapa sebenarnya yang mendalangi Suaram dan Anwar diminta tidak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fitnah. - UTUSAN

NAH!! SYABU 14KG KANTOI!! PENGEDAR DIHUKUM MATI!! AMBIK HANG!!!


Seorang penghantar surat warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar 14.6 kilogram methamphetamine yang disembunyikan dalam bagasinya, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahmani Ali Mohammad, 30, selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau berkata, dadah itu terbukti kepunyaan tertuduh berdasarkan bagasi tersebut bukan sahaja mempunyai tag nama tertuduh, tetapi ia juga dibuka oleh lelaki itu dengan menggunakan kombinasi nombor kunci yang diketahuinya.

Katanya, jumlah dadah tersebut juga banyak dan tidak munasabah ia dibawa masuk ke negara ini untuk kegunaan sendiri selain diletakkan secara tersorok dalam bagasi tersebut.

"Perbuatan tertuduh mengambil troli walhal dia tidak membawa apa-apa barang menunjukkan dia tahu tentang kewujudan beg yang agak besar itu selain tertuduh juga kelihatan resah dan gelisah.

"Pembelaan tertuduh bahawa wujud pihak ketiga tanpa keterangan sokongan lain, tidak cukup untuk mematahkan andaian seperti dalam pertuduhan,’’ kata beliau.

Rahmani didakwa mengedar 14,654 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 4.15 petang, 6 Jun 2009. - UTUSAN

SENARAI TOP 167 RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERBARU!!

Jeng jeng jeng..

Berikut adalah top 167 ranking blog pro-kerajaan yang dikeluarkan oleh KLXPress semalam.. Hari ni saja aku pickupkan balik.. Takda keja punya pasal... Tarikh akhir kemaskini ialah pada 15/6/2012 (semalam). Halamak! Ranking aku jatuh lagi.. Maklumlah busy dengan urusan peribadi sekarang :p

Untuk senarai penuh, sila klik pada link yang diberi :

http://www.klxpress.com.my/?p=2997


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD