Sunday, November 25, 2012

TAHNIAH NABIL! ANDA TELAH MENJADI BAPA!

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

"Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

"Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi," katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, "saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya."

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

"Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak)," katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu. - SINAR HARIAN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRU13 GEMPAK! ULAMAK BN Bakal Ganti 'ULARMAK' PAS Di Kelantan! Pok Nik Pening?

Golongan ulama antara yang turut dicalonkan Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka terdiri daripada golongan yang berwibawa dan banyak berjasa kepada parti dan negara selain berpotensi untuk menang.

"Kita sudah mengenal pasti nama-nama mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup Program Pelancaran 1Komuniti 1Koperasi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata nama calon tersebut akan diumumkan lebih awal dari biasa untuk memberi peluang kepada rakyat menilainya.

"Biasanya, termasuk PRU ke-12, dua hari tarikh penamaan calon kita umumkan tetapi kali ini ia lebih awal dari itu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli.

Mustapa berkata manifesto Barisan Nasional (BN) juga akan turut diedarkan lebih awal supaya setiap rakyat Kelantan dapat meneliti dan membuat pertimbangan.

Katanya manifesto itu, sedang dirangka yang menjurus ke arah perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani yang sebelum ini sebahagiannya telah diumumkan seperti pembinaan jalan lebuh raya antara Kota Baharu-Kuala Krai.

Beliau berkata, keseluruhannya ia memberi masa depan yang lebih terjamin kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang memerintah negeri itu.

Mustapa berkata rakyat Kelantan perlu percaya dan yakin setiap yang terdapat dalam manifesto itu kelak, ia pasti akan ditunaikan sesuai dengan slogan 'Janji Ditepati'.

Pada majlis itu, beliau menerima sumbangan lebih RM3,000 dari Umno Bahagian Pasir Puteh untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel. - BERNAMA



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MIC Tangguh AGM Demi Persediaan #PRU13 ..

Sayap Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera MIC mengambil keputusan menangguhkan mesyuarat agung tahunan masing-masing untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata keempat-empat sayap itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung mereka pada 2 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seminggu sebelum mesyuarat agung tahunan kebangsaan parti itu pada 9 Dis.

"Kami rasa memang wajar menangguhkannya kerana kami mahu memberi fokus kepada usaha mengukuhkan parti dan meningkatkan kemajuan masyarakat India dalam pelbagai sektor bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohan berkata walaupun mesyuarat berkenaan ditangguh, 35 anggota perwakilan Pemuda parti itu masih mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan mereka kerana mereka akan menyertai mesyuarat agung tahunan kebangsaan MIC.

Sementara itu, setiausaha agung MIC Datuk S.Murugesan berkata mesyuarat agung tahunan ke-66 parti itu akan berlangsung selama sehari sahaja untuk menjimatkan masa dan kos kerana MIC memerlukan lebih RM1 juta jika ia diadakan selama dua hari.

Mesyuarat agung tahunan MIC yang akan diadakan di PWTC pada 9 Dis akan dihadiri 1,500 anggota perwakilan dan 2,000 pemerhati, katanya. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD