Sunday, June 16, 2013

@PDRMsia JALANKAN KAWALAN KETAT TERHADAP MESIN ATM.

Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk WiraAyub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikalakan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan disetiap daerah.

"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawatpremis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari disemua daerah di seluruh negara.

"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.

Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadapsebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya iaberlaku dalam tempoh rondaan mereka.

Dalam perkembangan lain, Ayub berkata cadangan bagi mengasingkan laluanpejalan kaki dan motosikal sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadarjenayah jalanan masih di peringkat perbincangan.

Beliau berkata cadangan itu perlu dibincangkan dan maklumbalas daripadaorang ramai juga diperlukan.

"Kita sudah mendapat respon daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)namun untuk laksanakan perkara itu kita kena lihat keadaan sekeliling dankesannya kepada masyarakat," katanya.

Ayub berkata berdasarkan statistik, jenayah membabitkan motosikal menyumbang50 peratus daripada indeks jenayah negara dan cadangan itu dilihat mampu mengurangkan jenayah jalanan.

"Sebagai contoh, kejadian curi motosikal merupakan penyumbang utama indeks jenayah di negara ini.

"Jadi kalau kita zonkan motosikal di kawasan-kawasan tertentu mungkin jenayah yang melibatkan motosikal dapat dikawal," katanya. -  BERNAMA

Friday, June 14, 2013

JOM DAPATKAN SMARTPHONE #TheRedWarriors EDISI TERHAD!! #TRW #GomoKelateGomo

Maxis Berhad melalui jenama Hotlink, mensasarkan kira-kira 30,000 unit telefon pintar eksklusif edisi The Red Warriors, dijual pada tahun ini bagi pasaran Kelantan.

Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis Berhad, Mazlan Mokhtar berkata syarikat  bekerjasama dengan Ninetology Marketing Sdn Bhd bagi menghasilkan telefon itu dan yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat pasukan bola sepak Kelantan yang lebih dikenali The Red Warriors.

"Pelanggan mempunyai dua pilihan bagi telefon itu iaitu Palette i5300 dan  Black Pearl II i9400 dan bagi yang berumur di bawah 30 tahun, boleh mendapatkannya melalui skim Pakej Komunikasi Belia dengan rebat sebanyak RM200.

"Dengan rebat itu, pelanggan hanya perlu membayar RM99 bagi model Palette i5300, manakala RM299 bagi model Black  Pearl II i9400," katanya kepada pemberita selepas pelancaran telefon pintar tersebut oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing Sdn Bhd Sean Ng dan beberapa pemain Kelantan, antaranya Indra Putra Mahyuddin, Obinna Nwaneri, Farisham Ismail, Nor Farhan Mohammad dan Zairol Fitree Ishak.

Mazlan berkata telefon pintar itu yang beroperasi menggunakan sistem operasi Android 4.0, turut ditawarkan bersama kad sim Hotlink yang dipramuat dengan kredit bernilai RM30 dan beberapa kandungan eksklusif The Red Warriors.

"Selain itu, pengguna yang menambah nilai RM30, akan turut menerima rebat kredit bernilai RM30 berserta pas data 300mb secara percuma dan sah untuk digunakan selama 30 hari. Bagaimanapun, pakej tersebut hanya boleh digunakan untuk negeri ini sahaja," katanya.

Sementara itu, Sean berkata kerjasama tersebut akan mengubah landskap penggunaan teknologi di kalangan belia di  kawasan pantai timur, terutama Kelantan. - AWANI

Thursday, June 13, 2013

SUSPEK HINA AGONG KECUT PERUT.. AKAN SERAH DIRI SABTU INI!!

Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan. - awani

MY SLIDESHARE UPLOAD