Tuesday, June 25, 2013

#Black505: MENGAPA @PDRMsia BEBASKAN HUSAM MUSA AWAL? SAMPAI BILA NAK SIMPAN TARING??? #BlackOut505 #PdgMerbok622

Berikut adalah gambar yang dihantar oleh Jeming Hasan pada pagi 24 Jun melalui akaun Instagram miliknya. Semalam penulis masih ingat PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa Husam Musa ditahan dan permohonan reman akan dibuat sebagaimana dilaporkan Harakan pada 23 Jun. Bermakna pada pagi 24 Jun baru permohonan reman akan dibuat oleh PDRM.

BACA DIBAWAH:

Permohonan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang sebelum ini akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 9.00 pagi bertukar ke IPD Kota Bharu. Sebelum ini, Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu. Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan.“Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks,” ujarnya. Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya.Peguambela itu juga mengakui Husam tidak begitu sihat kerana demam. Malam tadi Husam ditahan di lokap IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD kira-kira jam 11.00 malam. Hadir sama isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman serta keluarga terdekat. Husam tiba di IPD Kota Bharu kira-kira jam 1.30 pagi dengan diiringi tidak kurang 13 buah kenderaan dari Balai Polis Ampang. Beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok petang semalam.

Tapi hari semalam 24 Jun belum pun mendapatkan reman, Husam Musa dilaporkan telah dibebaskan. Adakah pihak polis tunduk dengan desakan mereka yang berdemo di hadapan balai pengakalan chepa? Jika begini, penulis tidak hairan kenapa pembangkang tidak hormati undang-undang!

-TUKAR KELATE

P/S: SEWAJARNYA PDRM TIDAK PATUT BAGI MUKA KEPADA PEMBANGKANG. INI AKAN MENAMBAH BURUKKAN LAGI IMEJ PDRM DIMATA RAKYAT...

Monday, June 24, 2013

#MyHaze UPDATE: AWAS!! JEREBU MEREBAK KE KELANTAN PULA!!

Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Bharu dan Tanah Merah mula dilanda jerebu sejak pagi ini.

Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Bharu menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada pukul 11 pagi, berbanding 108 pada pukul 7 pagi.

Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat pukul 11 pagi, berbanding 90 pada pukul 7 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baharu mendapati keadaan jerebu tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian orang ramai. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD