Tuesday, July 9, 2013

EDISI RAMADHAN: FADHILAT SOLAT TARAWEH. WAJIB BACA!

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Monday, July 8, 2013

BUKTI BARU #PakatanRakyat SEMAKIN MENYIMPANG DARI ISLAM!!

Salam. Anda semua boleh baca dan nilaikan sendiri apa yang Pakatan Rakyat akan lakukan semata-mata untuk menakluk kuasa pemerintahan kerajaan pusat (BN) dan untuk merealisasikan impian Anwar Ibrahim sejak azali, iaitu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SILA BACA DAHULU APA YANG TERTULIS DI GAMBAR ITU SEBELUM MEMBUAT SERANGAN PERIBADI.

1) Melalui screen shot (gambar) iaitu sumber daripada rakan media FB saya. Dia seolah-olah menghasut supaya kita saudara sesama Islam berpecah. Selain itu Islam tidak pernah mengajar supaya bersatu dengan kafir untuk menghancurkan islam yg lain. 

Saturday, July 6, 2013

TERBAIK! TAIPING DIJADIKAN BANDAR BERSEJARAH KEDUA DI MALAYSIA!!!

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang menjadikan Taiping yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan sebagai bandar bersejarah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu bagi memastikan khazanah pelancongan di Taiping, yang kini dikenali sebagai bandar warisan, terpelihara.

"Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Mohamed Nazri mengadakan lawatan di Perak selama dua hari dan ia merupakan lawatan pertamanya ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau berkata, produk pelancongan di daerah ini termasuk Muzium Taiping akan dinaik taraf sebagai ikon pelancongan bandar Taiping.

"Saya kagum dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam muzium ini.

Sememangnya anak-anak sekolah mesti dibawa ke sini untuk melihat perkara yang sebenarnya wujud di negeri ini seperti permainan tradisional, makanan tradisi di Perak dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke muzium, beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan di tempat penyimpanan barang-barang bersejarah itu.

"Kementerian akan mengkaji semula bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan serta kos yang perlu diperuntukkan," jelasnya.

Program yang diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan pancaragam sekolah turut menempatkan 47 gerai pameran melibatkan produk pelancongan, kesihatan dan kraftangan. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD