Sejak dari petang lagi, Taiping telah dibanjiri dengan beribu-ribu rakyat. Pada jangkaannya, hanya 15ribu orang sahaja akan hadir, tetapi alhamdulillah.. Sambutan diluar jangkaan.
Makanan yang enak-enak belaka telah dihidangkan buat santapan rakyat. Terima kasih RM Katering!! Tetamu yang hadir boleh menjamu selera tanpa had disana.
Sebanyak lebih daripada 100 biji bas dari setiap pelusuk Perak Utara turut serta membanjiri majlis semalam. Semua Adun dan Ketua Bahagian juga turut serta.
Majlis diiringi dengan bacaan doa, ucapan PM dan MB Perak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis telah tamat jam 11.00 malam semalam.
No comments:
Post a Comment