Tuesday, June 24, 2014

LOGIK KE KISAH BENAR TENTANG ADIK FIRDAUS YANG TERSEBAR DI INTERNET TU?

Hari ini, 'kisah benar' disebalik kes remaja OKU malang, Muhammad Firdaus telah tersenar meluas dan 'viral' dimedia sosial.
Secara peribadi, saya memang tak boleh terima kisah benar ini, kerana ada orang yang lebih susah dari ibu adik firdaus ini.  Tetapi kenapa keadaan anak mereka tidak seteruk adik firdaus ketika ditemui?

Kalau tak percaya, sila search semula episod lama rancangan Bersamamu, ataupun kalau tengok pengemis ditepi jalan pun tak abaikan anak mereka sebegitu.

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

~~~~~~~

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.
Sekian,

Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

9 comments:

Anonymous said...

x benar. beli baju anak 5 ringgit x de duit. beli bulu mata palsu tudung lip lap.lip lap ada duit ber FB ada masa plak ya. org bkn bodoh la ada lagi ramai org susah ada anak oku elok aje anaknya berpakaian. dah dia sendiri yg x nk mintal bantuan jkm wpun dah diberikan cadangan . u olls pikirlah sendiri. mmg patut pun kena maki.

Unknown said...

aku pkir pun lola tu brbohong.. klu btol ksempitan hidup.. tkkn la tmpt tglkn ank kau tu lbh teruk dr kndang kucing aku.. tkkn la smpai tkde msa lngsung nk uruskn ank tu.. skurang kurngnya shari skali.. org rmai blh pkir la..

Unknown said...

aku pkir pun lola tu brbohong.. klu btol ksempitan hidup.. tkkn la tmpt tglkn ank kau tu lbh teruk dr kndang kucing aku.. tkkn la smpai tkde msa lngsung nk uruskn ank tu.. skurang kurngnya shari skali.. org rmai blh pkir la..

Unknown said...

aku pkir pun lola tu brbohong.. klu btol ksempitan hidup.. tkkn la tmpt tglkn ank kau tu lbh teruk dr kndang kucing aku.. tkkn la smpai tkde msa lngsung nk uruskn ank tu.. skurang kurngnya shari skali.. org rmai blh pkir la..

Unknown said...

tkkn la ksempitan hidup smpai nk kemas tmpt tgl ank pun tk sempat.. 24jam ke wktu krjanya.. bg la alasan yg blh buat org pkir scara logik.. klu dh terang sgt alasan nk menipu ,tu yg buat org pkir lola tu mmg lngsung tk urus anknya.. mcm2 org blh ckp...

Anonymous said...

Yela. Menyayat hati plak cramah ni/ kata jangan wat fitnah. Kata siasat dahulu/ tapi dia ni wat sisatan dlam wad/ dah siasat FB ngan blu mata palsu tudung cntik. Napa anak kedua si ibu boleh pulak pakai baju.tk goyak kenapa. Oku ni pakai baju gini/ ad lg orglb susa dripada ini. Tpi tk ad smpai bju cm ni bilik cm pelupusan sampah. Kau bole pkir k tak ni/ lain kali. Siasat luar dalam jngan ikut hati. Biar la orang berwajib yang. Siasat lgi bgus

Pn.Hjh. Bolian said...

Kumpul duit utk lola tak perlu....yg penting adik mohd firdaus...letakkan saja dibawah jagaan orgckurang upaya......Biarlah Lola hidup dgn caranya dan dgn penuh kekesalan....saya yg baca artikal meleleh air mata....bagaimana dgn lola yg biarkan anknya itu...

insan berfkr logik said...

Sungguh menyayat hati kiaah adik firdaus..dan sungguh jgk saya tidak percya puan lola tidak mampu mjg anaknya tu.sibuk mcmna sekalipun dan susah payah bgaimana sekalipun seorang ibu tidak patut biarkan anaknya terabai hingga sebegitu rupa..Kesian adik firdaus..ibunya berpakaian lengkap tap I anaknya dibiar dalam Bilik yg says kira temp at tidur Kucing says lebih bersih dan teratur.
Kenapa puan Lila tidak minta
pertolongan belas ihsan Dr jiran2 nya..saya yakin pasti ada insanyg baik hati menolong mereka.sekurang kurangnya sehelai baju dan sesuap nasi. Pengemis jgk saya rasa tidaklah seteruk itu..logik ka kemiskinan menjadi Alasan utama dlm cerita ini.ramai jgk orang miskin di temp at saya tp mrka tidaklah seperti may at hidup dan Tinggal ditempat yg teruk bgt..wallahuallam.

Anonymous said...

tak logik, buat tambah stress ada la entri ni. slalunya mak boleh jaga anak sepuluh orang sekalipun, ni first time tengok mak tak boleh jaga anak walaupun sorang tapi sorang g boleh plak dia tatang !

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive