Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, filem tersebut sepatutnya dijadikan sebagai rujukan sejarah dan pengajaran kepada penonton.
Menurutnya, tiada kerajaan negeri yang pernah bertindak menyekat sesuatu filem daripada ditayangkan selepas filem berkenaan dibenarkan tayangannya oleh Kementerian Dalam Negeri serta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
"Ini menggambarkan mereka ingin memulakan budaya sekatan dan tapisan melebihi tahap sepatutnya.
"Apakah suatu masa nanti banyak lagi perkara lain yang akan timbul daripada soal ini.
''Ini satu perkara baharu yang perlu dilihat. Satu ketika dahulu, Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharamkan lambang-lambang 1Malaysia di negeri itu," katanya di sini hari ini.
''Saya berharap perkara ini tidak menjadi budaya baharu dan akan menjadikan alasan sekiranya ada pihak ingin menyekat kebebasan dari segi ekspresi seni, filem, lukisan, sajak, lagu sampai ke peringkat yang tidak boleh diterima akal dan sekali gus mengembang dalam fikiran rakyat di negara ini," katanya. - GPB