Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, November 11, 2013

PELAWAK PI MAI PI MAI TANG TU MENINGGAL.. AL-FATIHAH


Alfatihah... baru terbaca status di FB MHI berita kematian pelakon komedi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ahmad Busu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang akibat penyakit strok selepas magrib.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. - MTK

Friday, October 11, 2013

2 ORANG DISAHKAN MENINGGAL DALAM TRAGEDI PESAWAT MASWings TERHEMPAS.

Malaysia Airlines (Mas) mengesahkan dua  mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat hari ini. 

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96. 
Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah. 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad
Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera. 

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew. 

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang
berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang. 

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang
akhbar di sini malam ini. Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat. 

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk
meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa. BERNAMA

Tuesday, March 20, 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 Dah Dibuka !!



Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang disebut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan Jun 2012 dibuka pada 22 Mac 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidsA2Su48bYB68qBOSiZq9EHgj5gy83dtG6QQEVjNiQdkW1Q-iuCE-hOhDi50kVinPcjM1zyw7P_bYqY4NQVuq37_j95iXOmZ99rQowd25OWfNbOimxHT6mJ1D3c62f6lzqHmesIxsDck/s1600/LOGO+IPG+2010.jpg
cara-cara memohon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP)ambilan jun 2012 :
1) beli no.pin di bank-bank simpanan nasional yang berdekatan pada 22 Mac 2012 dengan bayaran sebanyak RM6.00
2) bila dah beli no.pin, bolehlah melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) untuk mendaftar secara online juga pada tarikh yang sama iaitu 22 Mac 2012.
3) pastikan syarat-syarat memohon program ijazah sarjana muda (PISMP) dengan kepujian dipatuhi semasa mengisi borang tersebut.
syarat-syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda (PISMP) ambilan Jun 2012 :
syarat KPLSPM (PISMP) ambilan Jun 2012
tarikh tutup permohonan adalah pada : 5 April 2012
p/s : jadi, isi cepat-cepat lah bila keputusan SPM 2011 dah diumumkan pada 21 Mac nanti..

Monday, March 19, 2012

Terowong SMART ditutup pada 21 dan 22 Mac ini

Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai jam 11 malam Rabu hingga jam 6 pagi Khamis. Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu adalah bagi kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.


Pengguna boleh menghubungi SMART Helpline di talian 1-300-88-7188 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - berita harian

Al-fatihah! Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut P. Pinang meninggal dunia...


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) petang ini dipercayai akibat mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, allahyarham yang berumur 54 tahun tiba-tiba terjatuh selepas bermain badminton bersama beberapa rakannya di gelanggang badminton, Jalan Datuk Keramat di sini.

"Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, allahyarham dikatakan berhenti rehat selepas bermain badminton sebelum mengalami sesak nafas dan rebah. Beliau kemudiannya dikejarkan ke HPP dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.
Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan esok. - utusan

Sunday, March 18, 2012

ANAK ROZITA CHE WAN HILANG !! #PrayForAniqEzra

Kesahihan berita ini belum dapat lagi dipastikan, namun perkara ini sudah menjadi trending rakyat Malaysia di twitter dengan sekelip mata, klik >> #PrayForAniqEzra 
Anak lelaki Rozita Che Wan yang berumur 14 tahun ini dilaporkan hilang sejak pukul 4 petang tadi, dan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12.


Khabar yang masih kabur dan tidak sahih ini dikatakan menjadi trending kedua rakyat Malaysia atau mungkin perkara yang benar, pihak kami masih tidak ada bukti yang kukuh. Namun sumber dari pihak yang boleh dipercayai mengatakan, Rozita Che Wan sendiri meminta orang ramai supaya sesiapa yang ternampak adik Aniq Ezra segera melaporkan ke balai polis yang berdekatan.

Dan ada juga khabar yang mengatakan adik Aniq Ezra telah ditemui semula, Wallahualam. Apa yang kami harapkan, jika berita ini benar, diminta Rozita Che Wan bersabar dan banyakkan beristigfar di atas musibah yang melanda.

SUMBER - AAKJ DAN TIMELINES TWITTER

MY SLIDESHARE UPLOAD