Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

INFO PARLIMEN: RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2014 (PEMBELANJAAN PEMBANGUNAN) LULUS. #PAU2013


Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 Bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan selepas dibahaskan sejak 14 Nov lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Rang Undang-undang memperuntuk RM46.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan kepada dua jabatan dan 22 kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga antara yang menerima peruntukan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu. 

Wednesday, November 27, 2013

KUIL: KURANG AJAR!! SIVARASA DIARAH KELUAR DEWAN SEBAB CUBA NAIKKAN SENTIMEN PERKAUMAN!!


Akibat cuba membangkitkan semula isu yang sudahpun dibincangkan pada mesyuarat sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa terpaksa diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat pada petang Rabu.

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan itu setelah berkali-kali mengingatkan Sivarasa agar jangan membuang masa Dewan Rakyat dengan mengulang semula isu lama.

Sivarasa diusir keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana berkeras mahu membahaskan isu perobohan kuil di Jalan P.Ramlee di dalam Dewan.

Sebelum itu, Pandikar Amin beberapa kali menegur Sivarasa yang membangkitkan isu kuil Sri Muneswarar Kaliyaman ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, peringkat Jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, isu itu sudah dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ketika perbahasan peringkat Dasar dan tindakan Sivarasa membangkitkan semula itu hanya membuang masa perbahasan.

Thursday, March 15, 2012

Walaupun Tahu Hukum Menyokong Israel Tu Haram, @AzminAli Tetap Bermatian Pertahankan Kenyataan @anwaribrahim


Bagi penyokong tegar PR, tengoklah.. Inilah kelakuan pemimpin PKR. Secara umumnya, semua umat Islam tahu bahawa hukum menyokong hal berkaitan Israel ialah haram. Kita juga sebagai umat Islam perlu peka dan menilai sendiri kelakuan pemimpin-pemimpin PKR ini. Mereka bermati-matian mempertahankan Anwar. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan dosa besar menyokong militri zionis tersebut. 


Jangan kerana mahu sokongan tambahan, agama yang dianut sendiri tergadai.


P/S : MEMALUKAN !! INIKAH KELAKUAN SEORANG PEMIMPIN ISLAM??

MY SLIDESHARE UPLOAD