Showing posts with label Fuziah Salleh. Show all posts
Showing posts with label Fuziah Salleh. Show all posts

Friday, March 16, 2012

@Fuziah99 tak benarkan #Lynas Beroperasi? Dia Pakar Nuklear Ker?




Lynas merancang untuk melupuskan sisa radioaktifnya, mendeklasifikasikan sisa buangannya dari dilabel radioaktif supaya ia dapat dibuang sebagai bahan buangan komersial. Namun, sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika ini tetap diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa Malaysia.
AELB merupakan satu-satunya pengawal selia LAMP pada tahun 2008 ketika itu. Kemudian sebelum lawatan IAEA pada bulan Mei 2011, MOSTI dan MITI pula turut serta. Untuk mengaitkan semula Kementerian-kementerian yang bertanggungjawab untuk Lynas, ada empat Kementerian yang terlibat. Rujuk kenyataan sepakat empat Kementerian tersebut pada 22hb Febuari 2012. Ini akhirnya menyedarkan pentadbiran Najib bahawa bahaya LAMP meliputi pelbagai aspek persekitaran dan untuk menangani isu Lamp ini, ianya memerlukan banyak penglibatan displin.
Walau bagaimanapun, kehadiran pelbagai Menteri dan Kementerian gagal meningkatkan kecekapan dalam menguruskan LAMP, malah menambah lebih banyak komplikasi dan penyanggahan, kes lazim yang sering terjadi di Malaysia apabila melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi. Kini jelas tiada peneraju dari mana-mana  agensi untuk memantau kes Lynas. Atau mungkin AELB  adalah agensi peneraju utama, namun terbukti sama gagal untuk mengawal selia Lynas.
Hari demi hari orang awam disuapkan dengan kenyataan-kenyataan cemas dan
bercanggah berkenaan keselamatan LAMP. Walau pelbagai Menteri serta badan kawal selia, AELB masih gagal mencapai kata sepakat di atas isi kandungan mahupun keradioaktifan sisa Lynas. Mereka jatuh ke perangkap Lynas dan melabel sisa Lynas sebagai ‘bahan buangan’daripada ‘sisa radioaktif yang merbahaya’.

MY SLIDESHARE UPLOAD