Showing posts with label MAHKAMAH RAYUAN. Show all posts
Showing posts with label MAHKAMAH RAYUAN. Show all posts

Friday, April 25, 2014

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BUATKAN PEMBANGKANG BEBAS BERDEMONSTRASI SELEPAS IN!!


Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Pada 17 Mei tahun lalu, Nik Nazmi, 31, didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program ‘Blackout 505′ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Nik Nazmi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pagi ini, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Sumber: KeldaianDaily

MAKNANYA SELEPAS INI, PEMBANGKANG AKAN BERPESTA UNTUK ADAKAN DEMOSTRASI.. BACA APA YANG DIKATAKAN LATHEEFA KOYA:


RUPANYA, SETELAH DISIASAT... 
Hakim Mahkamah Rayuan Merupakan Bekas Calon PAS.

MAKLUMAT HAKIM:
  • Nama: Mohd Arif Mohd Yusof
  • Jawatan Politik: Bekas Calon PAS PRU 11 2004 bagi Dun N.39 Kota Damansara.
  • Keputusan PRU11: Pertandingan 2 Penjuru bagi kerusi Dun N.39 Kota Damansara. Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN Dato Mohd Mokhtar Dahlan dengan majoriti yang banyak.
NOTA:
  • Mohd Arif Mohd Yusof mengumumkan bersara politik dan kembali aktif dalam kerjaya pengamal perundangan.
  • Beliau dilantik sebagai salah seorang hakim Mahkamah Rayuan.
  • Banyak kes yang dikendalikan nya yang melibat pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR
Begitulah hakikat dalam negara kini. Jadi apa guna undang-undang digubal dan di luluskan di parlimen? Ini adil ke? Kalau keputusan mahakamah tidak menyebelahi mereka, mereka senang-senang mengatakan bahawa institusi kehakiman negara tidak adil. Batalkanlah jelajah Reformasi 2.0 kalau macam tu!

Bukanlah niat untuk mempertikaikan keputusan hakim, jauh sekali menidakkan institusi kehakiman. Tapi bolehkah jika sebagai seorang rakyat marhein, saya mahu memandang kes ini dari sudut manusia yang mana hakim juga adalah manusia biasa seperti kita. Betul atau tidak?

Jangan kaitkan dendam lama atau kekecewaan yang ditempuh untuk membuat keputusan mahkamah.

Peguam Negara melihat kembali soal kredibiliti dan sejarah karier seseorang dalam sistem perundangan negara lebih lebih lagi sebagai seorang pemutus hukuman kerana kesannya pada masyarakat dan rakyat adalah sangat besar.

Jangan jadi kayu macam peguam negara sebelum ini!!

Tuesday, September 10, 2013

[FOTO] #KalimahAllah: UPDATE!! TERKINI DARI #MahkamahRayuan

Sekitar perkarangan mahkamah rayuan putrajaya. Keadaan hingga jam 1120HRS.Dihadiri hampir 200++ orang. Mujur hari bekerja, kalau tak confirm sesak jalan.

#KalimahAllah: DEMI "ALIF, LAM, LAM, HA", AYUH KE PALACE OF JUSTICE PAGI INI!!!



Saudara-Saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian:





" Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya esok 10.9.2013 dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt. "






Contoh apa akan jadi jika Kalimah Allah 'DILELONG'

Beringatlah: 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)
Selanjutnya di KRKB

SILA KLIK GAMBAR UNTUK INFO LEBIH MENDALAM MENGENAI POLEMIK KALIMAH ALLAH INI.
KENYATAAN BADAN KERAJAAN:

 


ISU KALIMAH ALLAH DAN KAITANNYA DENGAN PLURALISMEhttp://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Isu_Kalimah_Allah_Dan_Kaitan_Dengan_Pluralisme.pdf








MY SLIDESHARE UPLOAD