Showing posts with label PUTRAJAYA HOLDINGS. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA HOLDINGS. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!

Datuk Azlan Bin Abdul Karim
CEO of Putrajaya Holding
Pendedahan oleh bloggers The Bebalians yang menceritakan CEO Putrajaya Holdings, Datuk Azlan bin Abdul Karim dikesan mtelah makan rasuah untuk membangunkan pusat komnersial baru yang dikenali sebagai Parcel F:

Beberapa tahun lalu, satu pendedahan telah dibuat oleh Malaysia Today tentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH), pemaju Putrajaya. Ia berkenaan kakitangan PJH disingkirkan semasa kemasukan pemegang-pemegang saham baru dari KLCC. Perkara pelik ialah PJH dan KLCC Holdings adalah anak-anak syarikat PETRONAS dan dikhabarkan ialah perstrukturan semula korporat.

Kini perkara aneh itu berlaku lagi dan melibatkan amalan mendiskriminasi kontraks untuk pembangunan kawasan komersial dikenali sebagai Parcel F yang terletak bersebelahan dengan Jambatan Gemilang di Putrajaya.

Nilai pembangunan yang dirancang untuk Parcel F adalah RM1.6 bilion. Parcel F telah dibahagikan kepada empat seksyen yang membolehkan setiap pemaju memperolehi RM400 juta setiap seksyen. Lapan syarikat telah terbabit dalam tender. Proses pemilihan dijalankan secara merit. Bermakna, tidak ada isu langsung membabitkan empat syarikat Melayu dan empat syarikat bukan Melayu.

Empat Seksyen dan lapan syarikat terlibat. Secara teorinya, empat daripada lapan syarikat berkenaan akan diberikan tender membina Parcel F.

Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH, Azlan Abdul Karim. Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.

Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.

SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona). Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON.

WCT Berhad adalah syarikat kejuruteraan berkaitan air dan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat ini adalah Dato’ Kapten (B) Ahmad Sufian.

Dalam kenyataan pada 18 Mac, WCT mengumumkan, syarikat itu telah menerima kontrak bernilai RM315 juta daripada PJH untuk membina dua blok bangunan komersial mengandungi podium pejabat setinggi tujuh tingkat dan dan menara setinggi 14 tingkat serta dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

Syarikat-syarikat lain yang terbabit dalam tender Parcel F adalah KUB Malaysia Berhad menerusi syarikat pembinaan mereka, Hatimuda, Juruteras dan Perembun Sdn. Bhd. Berbanding enam syarikat lain yang terlibat dalam tender pembinaan Parcel F, KUB Builders dan Perembun Sdn. Bhd lebih berkelayakan dalam semua aspek.

Dalam dokumen tender, secara jelas menyatakan, lobi tidak dibenarkan tetapi WCT, Pesona (SUNCON) dan Mitrajaya telah pun melakukan hobi. Oleh itu, ketiga-tiga syarikat itu sepatutnya sudah hilang kelayakan.

MY SLIDESHARE UPLOAD