Showing posts with label SEKSYN 6B. Show all posts
Showing posts with label SEKSYN 6B. Show all posts

Saturday, February 20, 2016

WAJARKAH GANJA DIHALALKAN DI MALAYSIA? INI JAWAPANNYA!


Memang tidak dinafikan bahawa kita semua (rakyat Malaysia) terkesan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat kini. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ini (Rujuk slide dibawah)


Namun, adalah menjadi sesuatu KEGILAAN apabila individu berstatus AHLI PARLIMEN BELIA menyampaikan usul agar kerajaan mengkaji semula PENGHARAMAN GANJA (MARIJUANA) di negara kita (baca: stim ganja dapat menghilangkan stress tekanan kerja)


Patutkah Kita Benarkan Penggunaan Marijuana Dengan Sah Dalam Negara?


Dipetik dari artikel Malaysian Digest


Suatu scenario yang tidak masuk akal namun jika kita sudah bersedia, tidak mustahil untuk kita ‘menghalalkan’ marijuana di negara kita. Majoriti rakyat di Amerika Syarikat sudahpun percaya bahawa ganja perlu disahkan dan perlu dikawal selia oleh kerajaan.

Dalam bulan Disember tahun lepas, sebuah lagi negara, Uruguay telah meluluskan undang-undang perintis untuk membenarkan penggunaan marijuana, sekali gus menjadi negara pertama di dunia 'menghalalkan' pengeluaran dan penjualan dadah jenis berkenaan. 

Link: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hisap-ganja-untuk-hilangkan-tekanan-kos-sara-hidup-syed-rosli-94927

Menurut Presiden Uruguay, Jose Mujica seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, pelaksanaan tersebut akan memastikan undang-undang memberi kawalan kepada kegiatan import, perkembangan, penanaman, pengedaran serta penjualan dadah di negara tersebut.

Tambahnya, negara terpaksa membelanjakan hampir RM8 bilion untuk membanteras gejala dadah yang menular di negaranya termasuk penempatan banduan yang disabitkan dengan dadah.

Apa itu Marijuana?

Menurut Wikipedia, ganja (atau ganjika dalam Bahasa Sanskrit) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.

Ganja sativa adalah bunga tumbuhan yang kering dan salai, mengewap, atau digunakan dalam makanan untuk memasak dengan mentega.
INFOGRAFIK 
How long does Marijuana‬ stay in your system?

Biasanya, ganja berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau).

Ganja juga merupakan salah satu ratusan ubat-ubatan terlarang yang sering ditemui di Amerika Selatan malahan mula terkenal diseluruh pelosok dunia.

Kenapa Marijuana Perlu ‘Dihalalkan’?

Satu tinjauan yang dilaporkan oleh akhbar antarabangsa, Huffington Post baru-baru ini, buat pertama kalinya rakyat Amerika Syarikat (AS) lebih memilih untuk mengesahkan ganja berbanding dengan jenayah-jenayah lain yang sedang berlaku.

Kini 58 peratus daripada rakyat AS nyata berbesar hati untuk menjadikan dadah jenis tumbuhan itu dibawah seliaan undang-undang.MARIJUANA telah disahkan oleh beberapa negara Barat/Pic:npr.org

Memetik kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai berkata, pentadbirannya bersetuju untuk memberikan ‘lampu hijau’ kepada industri tersebut bagi membiayai dan menjalankan perniagaan dengan wujudnya undang-undang menjual ganja dan ianya satu langkah yang boleh memastikan industri berkembang.

Persoalanya sekarang, jika Malaysia membenarkan marijuana di jual atau diuruskan dalam negara, adakah kita mampu untuk mengawal penularan gejala dadah dan seterusnya memberi kebaikan kepada ekonomi negara?

Berdepan Risiko

Pada 2013 lalu, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berpendapat bahawa, sekiranya Malaysia bersetuju untuk membenarkan undang-undang negara meluluskan kegiatan marijuana seperti negara-negara barat sebagai salah satu sumber ekonomi, maka negara akan berdepan dengan situasi genting yang mungkin akan melibatkan banyak pihak terutamanya remaja sekolah.

“Saya faham perkara ini di luar negara, jika kita sehaluan untuk mengikut negara-negara barat, dengan ini kita akan berdepan dengan risiko agak tinggi kerana melibatkan remaja serta anak-anak sekolah.

“Cukup dengan undang-undang yang sedia ada, ianya tidak wajar dilaksanakan di Malaysia.

“Walaupun kita dapati proses pemulihan di Malaysia dilihat kurang berjaya, namun jika kerajaan ingin melaksanakan, ia akan menghancurkan negara,” katanya kepada Malaysian Digest ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, beliau tidak menolak bahawa di sesetengah negara barat lain membenarkan individu untuk membawa bersama mereka dadah, tetapi kuantitinya agak sedikit dan undang-undang di negara tersebut memang tegas.

Penguatkuasaan Longgar




Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6B, seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja ( walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Berdasarkan akta tersebut, Jeeven mengakui bahawa sejarah negara membuktikan bahawa dadah sebelum ini memang terkawal, namun ekoran keadaan penguatkuasaan kini dilihat semakin longgar, ianya telah kembali berleluasa dan semakin sukar untuk dibendung.

“Sekitar tahun 1980, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Dan ketika itu, kita perang habis-habisan sehingga negara luar memandang kita sebagai sebuah negara yang cukup tegas membanteras najis ini.

“Namun, jika dilihat sekarang, penguatkuasaan semakin longgar dimana undang-undang tidak tegas dan hukuman dilihat tidak setimpal,”katanya lagi.

Melihat senario tersebut, beliau mengambarkan hukuman yang diberikan kepada pesalah yang menjalani hukuman pemulihan sebagai tidak begitu berkesan.

“Individu yang disabitkan dengan kesalahan menagih, akan diberi hukuman selama 12 bulan sahaja walaupun dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 menetapkan pesalah perlu menjalani hukuman selama 2 tahun.

“Tambah lagi, dengan adanya Pusat Cure & Care yang hanya memberi tempoh 2 minggu kepada mereka yang mempunyai masalah dadah seakan memberi kesan positif yang boleh mendorong individu terlibat dengan dadah,” ujarnya kepada mD.

Walaubagaimanapun, Jeevan berkata, beliau tidak menolak kebaikan marijuana dalam perubatan mampu untuk meningkatkan ekonomi sekiranya ia digunakan dengan baik memandangkan ianya banyak berfungsi dalam perubatan.

Jenayah Meningkat

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim

Manakala Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim pula berkata, kebanyakkan negara di dunia beranggapan bahawa sekiranya mereka ‘menghalalkan’ marijuana, maka secara tidak langsung negara tersebut mampu menterbalikkan keadaan kearah yang lebih positif.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi“Sekiranya kita berjaya melaksanakan undang-undang untuk ‘legalise’ marijuana, kita merupakan negara kedua didunia yang berjaya merealisasikannya.

“Namun saya percaya, kadar jenayah akan meningkat kerana penagih-penagih dadah tiada punca pendapatan untuk mendapatkan bekalan, jadi tidak mustahil mereka akan mencuri atau meragut bagi membelinya”, ujarnya kepada sumber.

Penerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat juga menambah, akan timbul satu masalah sekiranya negara ingin mengikut langkah yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara barat tersebut dalam mengekang masalah dadah.

“Sekiranya kartel dadah membiayai ekonomi negara, pengedar dadah antarabangsa ini juga akan meminta hak mereka dalam pelaksanaan polisi dadah negara.

“Namun, adakah kita akan membenarkan mereka membuat dasar negara,” soalnya yang merasakan agak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia.

Mengulas mengenai gejala air ketum yang dilihat semakin berleluasa kini, beliau mengklasifikasikan bahawa marijuana lebih bahaya daripada air ketum, namun itu tidak bermakna kita harus membenarkan ianya mencemari negara.

Marijuana – Perubatan Tidak Sah

Pegawai Farmasi, Teoh Khee Wei berkata, dalam sudut perubatan Malaysia, marijuana tidak diiktiraf kegunaannya berbanding ubat-ubatan yang lain yang diiktiraf kegunaan yang dalam perubatan.

“Kerajaan Malaysia tidak menetapkan enakmen penggunaannya jika dibandingkan dengan dadah jenis lain yang diluluskan. Ini mungkin kerana kita mempunyai perspektif negatif terhadap ganja itu sendiri,” katanya.

Teoh bercakap, kegunaan marijuana dalam dunia perubatan negara juga dilihat tidak begitu meluas memandangkan system ubat ‘penganti’ lain yang lebih efisen terdapat di Malaysia.

“Sebagai ubat tahan sakit misalnya, kesan perubatannya tidak standing dengan ubat-ubatan lain.

“Justeru, bagi pandangan saya, saya merasakan untuk membenarkan marijuana dalam negara adalah tidak perlu,” jelasnya yang kini sedang berkhidmat disebuah Hospital, Pulau Pinang.

Teoh menambah, meskipun sudut perubatan kita tidak membenarkannya, namun mungkin jika dilihat dari sudut rekreasi ianya adalah lebih baik berbanding dengan alcohol dan rokok.

Ekonomi

Kebanyakkan negara yang berhasrat untuk meluluskan undang-undang terhadap marijuana dalam negara mereka adalah tidak lain tidak bukan kerana beranggapan dapat menigkatkan ekonomi negara melalui pungutan cukai.

Memetik kenyataan yang keluarkan oleh pakar ekonomi antarabangsa yang berkata, tindakan ‘menghalalkan’ marijuana mampu menyelamatkan AS sehingga USD14 bilion setahun.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cato (Contract Research Organisation) pada tahun 2010, tindakan mengesahkan ganja akan menjana USD8.7 billion dalam pendapatan cukai persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat setiap tahun.

Para penyelidik menganggap bahawa ganja disisi undang-undang akan dikenakan cukai sama seperti alcohol dan tembakau dan pendapatan yang diperolehi oleh pengeluar ini tertakluk kepada pendapatan standard dan cukai julan.

Mampukah Kita?

Penyalahgunaan dadah telah dikenal pasti banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik mahupun keselamatan.

Seperti yang telah termeterai, negara ASEAN telah diputuskan untuk bebas dadah sejak tahun 2015 lagi dan perkara tersebut tidak terkecuali kepada negara kita.

Cuba untuk berfikir sejenak, mampukah kita mencapai tahap sifar?

Jelas, ia kelihatan sedikit sukar untuk dicapai. Patut kita sahkan marijuana di negara?

- Malaysian Digest, 4 Mac 2014

MY SLIDESHARE UPLOAD