Showing posts with label ge13. Show all posts
Showing posts with label ge13. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

#PRU13: AMANAT DS @NajibRazak UNTUK RAKYAT SEMPENA 05052013 !!! #GE13


Berikut adalah mandat oleh Pengerusi Barisan Nasional, DS  Najib Tun Razak kepada semua rakyat Malaysia sempena tarikh keramat hari ini.. 5 Mei 2013... iaitu hari penentu masa depan negara...

Dari segi personal, saya sangat-sangat menyarankan supaya rakyat jelata di Malaysia ini 'PANGKAH BN' pada PRU-13 ini supaya negara kita dapat melancarkan dan menyambung semula perjalanan kearah Malaysia Baru. Malaysia Baru adalah satu 'Projek Khas' yang diperkenalkan DS Najib untuk membentuk negara yang maju dan mempunyai ekonomi yang kukuh. Untuk pengetahuan umum, sekarang ini Malaysia semakin digeruni negara-negara 'kabel besar' sejak pemerintahan yang dipelopori oleh Najib Tun Razak.

VOTE BN FOR BETTERNATION

AMANAT DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK KEPADA RAKYAT MALAYSIA:
"Yakinilah… Berikanlah Mandat Kepada Barisan Nasional 
Rakyat Malaysia dikasihi, 
Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. 
Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.. 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua. 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. 
Dalam keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita. 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. 
Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya. 
PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan. 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita. 
Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah Malaysia."

Yang ikhlas, 
Najib Razak
Pengerusi Barisan Nasional

 

MY SLIDESHARE UPLOAD