Showing posts with label hacked. Show all posts
Showing posts with label hacked. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

ALAMAK!! WEBSITE MAYBANK2U KENA HACKED??


Jika anda membuka Facebook dan membaca Whatsapp di telefon anda, pasti terlihat mesej berbunyi:

“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”

Hari ini dalam kenyataannya, Malayan Banking Bhd atau Maybank menafikan laman web perbankan, Maybank2u,com.my menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan dalam laman sosial semalam.

Menurut kenyataan Maybank, ia memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari dan digunakan pelanggan.

Meskipun begitu, pengguna perlu berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.

Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:
  • Tidak mendedahkan kata laluan. 
  • Kerap menukar kata laluan. 
  • Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer. 
  • Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah. 
  • Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web. 
  • Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank. 
  • Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet. 
  • Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web. 
  • Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini. 
  • Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online. 
  • Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.

Monday, March 4, 2013

#PrayForSabah : BOOM! Website Rasmi Kerajaan Sulu Dihacked!! Perang Siber Telah Tercetus!!


Laporan dari sumber [KLIK SINI!] mendakwa laman rasmi diraja Sulu beralamat www.royalsulu.com telah kecundang akibat terkena serangan DDOS!

dibawah adalah screenshot yang sempat diambil:


Selain dari laman Royal Sulu, beberapa laman milik kerajaan Filipina juga mendapat nasib yang sama selepas salah satu laman rasmi kerajaan malaysia (malaysia.gov.my) diserang dengan serangan DDOS juga.


Sejurus kejadian terbabit, penggodam-penggodam Filipina telah memberi amaran kepada kumpulan penggodam tempatan khasnya dari kalangan bertopi hitam (black hat) supaya tidak menganggu dunia cyber mereka atau Penggodam Malaysia khasnya menerima padah seperti yang cuba dilakukan sekumpulan penggodam China.

Bukti gambar lain:

Wednesday, February 20, 2013

PENGGODAM WEBSITE KERAJAAN KANTOI!!


Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'. - MyMetro

MY SLIDESHARE UPLOAD