Showing posts with label hutang negara. Show all posts
Showing posts with label hutang negara. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

SIAPA KATA HUTANG NEGARA TINGGI? SAMPAI BILA NAK KENA KENCING DENGAN PEMBANGKANG?


Pembangkang sering mendakwa bahawa negara kita sedang dibebani hutang yang tinggi. Hakikatnya, tidak sama sekal. Ternyata itu cumalah tohmahan semata-mata kerana mahu menampakkan bahawa kepimpinan Barisan Nasional dipenuhi ketirisan.


laman country economy telah mengeluarkan senarai 'Ganeral government gross debt' ataupun 'Hutang Negara' dalam erti kata mudah. Ianya meliputi keseluruhan negara didunia.

Mari kita baca ulasan dari artikel yang saya petik dari Blog Tun Faisal:

Heboh mengenai hutang negara. Apa cerita sebenarnya... Di atas adalah senarai negara-negara dan hutang negara dalam USD dan % berbanding GDP. Didapati Jepun dan Amerika Syarikat merupakan di antara negara dengan jumlah hutang tertinggi. Hutang Jepun berbanding GDP jauh lebih tinggi daripada AS, iaitu 237.4 % walaupun jumlah hutangnya lebih rendah, iaitu USD 14 trilion berbanding AS, USD 17 trilion. 
Hutang Jerman 78.06 %, USD 2.8 trilion, Perancis 90.2 %, USD 2.3 trilion dan Singapura, 107.88 %, USD 308 bilion tidak disentuh dan dibandingkan oleh pembangkang kerana tiada dividen politik. Lebih populis untuk mempersalahkan kerajaan walaupun hutang kerajaan tidak setinggi negara-negara yang disebutkan tadi.
Finland 53.6 %, USD 132.5 bilion

Malaysia, 55.98%, USD 170 bilion. 

Singapura, 107.88 %, USD 308 bilion

Dari segi trend, hutang kebanyakan negara meningkat sejak 2007

Apa yang rakyat tidak sedar, Hutang Luaran negara hanya pada kadar 13%, Hutang Domestik adalah penyumbang yang lebih besar.

Boleh dikatakan Hutang Luaran negara masih di tahap yang rendah berbanding negara-negara serantau.


Bagaimanapun akibat krisis kewangan global, Hutang Domestik meningkat secara signifikan. Selain daripada disebabkan oleh institusi, sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah, baik untuk kediaman dan bukan kediaman, pembelian kenderaan dan hutang peribadi.


Tentulah pembangkang tidak mahu menceritakan hal ini kerana tidak boleh menangguk di air keruh. Mereka tidak boleh menyalahkan rakyat, sebaliknya perlu mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan.


Pembangkang juga tidak mahu bercerita sepenuhnya tentang hutang negara melalui aspek Agensi Penarafan. Salah satu sebab yang menjadi punca penarafan menjadi lebih rendah adalah kerana kebergantungan kepada subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Jika mereka menyarankan agar subsidi ini dipotong/dikurangkan agar rating Malaysia menjadi lebih baik, bermaksud mereka bersetuju dengan langkah merasionalisasikan subsidi yang mengakibatkan harga RON95 dan gula meningkat. Mencadangkan penurunan subsidi bukan advokasi yang popular, sebaliknya menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga barangan adalah lebih bersifat populis.
P/S: HEBAT! TAK SANGKA BETUL, RUPANYA MALAYSIA TIDAK DIBEBANI HUTANG NEGARA YANG TINGGI SEPERTI DAKWAAN PEMBANGKANG & RAKYAT SIAP DAPAT MANFAAT LAGI DARIPADA KERAJAAN SEPERTI BR1M, BB1M, etc. KALAU NEGARA LAIN, BELUM TENTU LAGI DAPAT BANTUAN MACAM TU.

MY SLIDESHARE UPLOAD