Showing posts with label laporan. Show all posts
Showing posts with label laporan. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

#PRKKajang : LAPORAN PENUH HINGGA JAM 11.20 PAGI


BERMULA DARI JAM 7.30 PAGI (BAWAH SEKALI)


11.20 pg – Calon BN Chew Mei Fun tiba di PDM Kajang, SMK Convent dengan disambut laungan penyokong BN “Hidup Che Mei Fun, 1 Malaysia!”


11.04 pg – Petugas PKR menyediakan cecair pencuci dan berusaha untuk mencuci jari pengundi untuk menghilangkan dakwat kekal di PDM Sg. Chua 1 dan 2.


11.00 pg – PDM Taman Kajang Baharu menjadi semakin panas apabila penyokong PKR menawarkan RM1 kepada penyokokng BN. Dua orang penyokong PKR kaum India duduk di atas jalan melakonkan aksi Bomoh Bubu dengan membawa kangkung.

10.57 pg – Suasana PDM Bandar Kajang kelihatan semakin rancak. BN memberi sorakan “Sokong BN”, “Kunyit Bang Non”, “Masuk Hospital Kerajaan Tapi Sokong Pakatan” dan “Main Belakang”. Penyokong PKR pula melaungkan “Kangkung”, “Sokong BN Barang Naik”, “UMNO LEMBU” sambil membawa sepanduk “Dari Kajang Ke Putrajaya.” Dari segi moral kelihatan penyokong BN lebih bersemangat.

10.51 pg – PDM Taman Kajang Baharu melaporkan lalulintas semakin sesak. Penyokong BN melaungkan lagu ‘Inilah Barisan Kita.’ Setiap kali laungan reformasi kedengaran, penyokong BN disambut dengan ‘sudah mati’ menyebabkan suasana semakin gamat.

10.50 pg – Jumlah keluar mengundi tidak rasmi pada jam 10.00 pg adalah sebanyak 10,093 @ 26.52%

10.47 pg – FRU mula campur tangan di PDM Sg Chua 4. Di PDM Bandar Kajang pula penyokong BN kelihatan lebih ramai berbanding PKR. 70% yang turun membuang undi terdiri daripada bangsa Cina. Terbaru, seramai hampir 30 sekumpulan India tiba dengan laungan ‘reformasi!’

10.34 pg – Zuraida Kamaruddin mengadu kepada pihak polis yang berkawal bahawa ada pihak tertentu yang cuba merayu undi. Namun apabila disiasat, mereka yang dikatakan merayu undi adalah enumerator kajian sikap.


10.29 pg – Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga.

10.27 pg – Penyokong PR melakonkan bomoh dan memakai baju 1 Malaysia sambil membawa kelapa sebagai provokasi kepada penyokong BN.


10.15 pg – Penyokong PAS dari Kedah kelihatan menunaikan solat hajat memohon kemenangan & keselamatan PR di PDM Taman Mesra.


10.10 pg – Khalid Ibrahim kelihatan bermesra dengan penyokong dan jentera BN di PDM Sg. Chua Empat.


10.05 pg – Provokasi melampau di PDM Sg Kantan dengan menayangkan duit RM1 simbolik kepada BR1M yang dikatakan merasuah rakyat.

10.01 pg – Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan Khalid Ibrahim ditemui di PDM Taman Kota Cheras. Manakala Shafei Apdal ditemui di PDM Taman Mesra.


10.00 pg – Pengundi warga emas dibantu oleh petugas BN untuk menunaikan kewajipan membuang undi. Jarak antara sekatan dan pusat pembuangan undi dikatakan terlalu jauh oleh warga emas ini.

9.55 pg - Provokasi melampau di PDM Sg Chua Empat apabila penyokong PKR membawa kangkung itu mengatakan harga kangkungnya mahal kerana harga kangkung Najib murah untuk makan babi.

9.52 pg – Jumlah mengundi terkini adalah 5,273 pengundi dengan peratus keluar mengundi 13.86%.

9.50 pg - Jumlah keluar mengundi terkini! Taman Kota Cheras – 361/3,147, Sungai Sekamat 520/4,708, Saujana Impian 285/2,014, Taman Mesra 206/1,289, Sungai Kantan 430/2,487, Taman Kajang Baharu 627/3,782, Kajang 280/2,181, Sg Chua Satu 582/4,736, Sg Chua Dua 291/2,600, Sg. Chua Tiga 88/684, Sg Chua Empat 114/805, Sg Chua Lima 235/1,830, Taman Delima 186/1,689, Kantan Permai 470/3,308, Bandar Kajang 225/1,221, Batu 10 Cheras 197/1,574.

9.42 pg – Wan Azizah kelihatan di PDM Bandar Kajang dan disambut dengan laungan reformasi.


9.37 pg – Penyokong PR di PDM Sungai Chua melakukan provokasi dengan membawa kangkung.

9.36 pg – Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Ho dijumpai melawat PDM Kajang.

9.29 pg – Calon BN Chew Mei Fun kelihatan keluar daripada PDM Sungai Chua 3 dan Sungai Chua 4.

9.27 pg - PDM Taman Kota Cheras jumlah keluar mengundi sebanyak 361 orang dengan peratusan 11.47%.

9.25 pg – Jumlah yang telah keluar terkini adalah 3,794 orang dengan peratusan keluar mengundi 9.97%.

9.05 pg - PDM Sungai Chua 4 Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengundi setempat. Calon BN Chew Mei Fun memasuki ke Pusat Mengundi.

8.45 pg - PDM Sungai Chua 4 Terdapat seorang petugas jentera PKR membuat bising di sekitar kawasan pengundian kerana di dakwa penyokong BN duduk di kawasan larangan SPR.

7.30 pg – PDM Kajang di dalam keadaan baik. Polis sedang melakukan taklimat dan ramai wartawan sudah tiba menunggu.

SUMBER: KLXPRESS

IKUTI LIVE UPDATES DARI KLXPRESS

FAKTA KAJANG

Kajang 1: PRK N.25 Kajang diadakan ekoran perletakan jawanan YB Lee Chin Cheh, ADUN Kajang/ Bendahari AMK PKR pd 27 Januari 2014 lalu. SPR tetapkan 08 Feb 14 – Hari Penamaan Calon & 23 Mac 14 – Hari Pembuangan Undi.

Kajang 2: Pengundi berdaftar n.25 Kajang semasa PRU 13, 2013 seramai 38,965 pengundi berdaftar. Pecahan: Melayu – 48%, Cina – 41%, India – 10%.

Kajang 3: 6 PENJURU. PRU 13, 2013 lalu, N.25 Kajang berkesudahan; Lee Chin Cheh – 19,571, Lee Ban Seng – 12,747, Mohamad Ismail – 1,014, Mohd Iwan Jefry Abd Majid – 249, Ong Yan Foo – 85, Mohd Khalid Kassim – 83.

Kajang 4: AWAL DAN AKHIR. Stadium Mpkj, Pesiaran Pekeliling, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor sbg Pusat Penamaan Calon pd 8 Mac dan Pusat Penjumlahan Undi pd 23 Mac ini.

Kajang 5: DUN KAJANG – 16 Daerah Mengundi (DM). 84 saluran berbanding 65 semasa PRU 13 lalu. Pusat Pengundian dibuka di 15 pusat pembuangan undi sekitar DUN tersebut.

MY SLIDESHARE UPLOAD