Showing posts with label mp muar. Show all posts
Showing posts with label mp muar. Show all posts

Monday, November 18, 2013

#TeamPemuda: @AzminAli DIKANTOIKAN @RazaliIbrahim TIPU ISU HONORARIUM!! KAH KAH KAH

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Muar, iaitu Datuk Razali Ibrahim (DRI) diatas kejayaannya menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO semasa Pemilihan UMNO baru-baru ini. 

TEAM PEMUDA FOR MT

Bukan niat saya sengaja nak lari dari tajuk entri ini, tetapi cuma mahy pesan kepada muka-muka lama yang tak mahu undur diri (walaupun telah disenaraikan sebagai ulat UMNO) buka mata terhadap impak TEAM PEMUDA FOR MT yang diperkenalkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ketika membuat 'endorsement' calon-calon NKPUM dan MT yang bakal bertanding untuk Pemilihan UMNO baru-baru ini.

Berbalik semula kepada tajuk asal...

Sewaktu sidang Parlimen yang berlangsung semalam, Dewan Rakyat kecoh dengan sorakan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang bangun melontar hujah masing-masing terperangkap dengan hujah sendiri dan 'Check Mate' dikerjakan oleh MP BN. 

Salah seorang darinya (MP BN) ialah MP Muar (Datuk Razali Ibrahim, DRI)

DRI bangun menjawab soalan dan menggulung hujah menolak usul pembangkang supaya gaji penasihat-penasihat Perdana Menteri dan para utusan khas ke luar negara bertaraf menteri dipotong. Untuk pengetahuan, soalan ini telah ditanya oleh 9 orang MP Pembangkang di Dewan Rakyat. Namun begitu, dengan tenang, DRI menyelesaikan penggulungan hujahnya dengan penuh ekstrim dan professional. Hebat

Antara pemimpin BN lain yang turut bangun ialah MP Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempertikaikan kenaikan cukai dan kenaikan kuantiti rumah urut secara mendadak di Selangor. "Kalau nak mengurut, tak payah masuk Golok, pergi Selangor je..".... Ini adalah secebis dialog yang dikeluarkannya ketika bersidang.

Fuziah Salleh (MP Kuantan) telah bangun mempertikaikan krediabiliti Datuk Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas Kewanitaan Perdana Menteri dan yang lawaknya ialah Fuziah turut mempertikaikan kenapa perwakilan masih pilih Kak Jat Sebagai Ketua Wanita, Tidakkah ini sudah jauh tergelincir daripada apa yang mahu dibahaskan?

Dibawah adalah rakaman penuh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim 

TUN FAISAL DOT COM: 
Jawapan yang baik dan bernas dari Ahli Parlimen Muda. KSU, pegawai kementerian dan pegawai Menteri dan Timbalan Menteri kena ambil perhatian, barulah bahan-bahan yang nak disediakan untuk Menteri dan Timbalan Menteri jawab menjawab persoalan dan menggagalkan usaha pembangkang untuk menjadikannya sebagai satu isu. Apa cerita dan prestasi researcher BN di Parlimen yang ramai tu?

MY SLIDESHARE UPLOAD