Showing posts with label pemuda umno malaysia. Show all posts
Showing posts with label pemuda umno malaysia. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

#PemilihanUMNO: PENGALAMAN @AzwanBro DIPERLUKAN UNTUK KEKUATAN PEMUDA! #OneBro4NKP @onebro4NKP


Imej keberanian yang dibawa Pemuda sangat penting dalam era politik sekarang. Sejak negara mencapai kemerdekaan lagi, imej keberanian ditekankan demi memperjuangkan nilai sebuah kemerdekaan dan ketuanan melayu. Justeru, ia selaras dengan teras perjuangan UMNO dan 'Transformasi' yang diperkenalkan Presiden. Bagi memastikan ianya terlaksana, barisan pemuda mestilah diketuai oleh individu yang kuat! Tambahan, banyak yang perlu ditangani dalam perubahan landskap politik ketika ini.

Pada pencalonan Naib Ketua Pemuda kali ini, seramai 3 orang akan 'masuk gelanggang', iaitu Jamawi Jaafar, Lokman Adam dan Khairul Azwan Harun (Azwan Bro). 

Pada pendapat peribadi saya, Azwan Bro (Ketua Pemuda Negeri Perak) adalah calon yang sesuai untuk diberi peluang mengisi tempat kosong Naib Ketua Pemuda. Salah satu daripada faktornya adalah, dia berpengalaman mengetuai saf kepimpinan perhubungan UMNO negeri. Sekali gus, melalui pengalaman yang ada, ianya boleh diteruskan pada peringkat nasional bagi memastikan visi dan misi pemuda tercapai. 


Ingat, tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda bukanlah suatu yang remeh-temeh, ianya sangat penting bagi memastikan kekuatan jentera pemuda tidak lemah dan cacat. 

Boleh juga baca ulasan tentang kepimpinan Azwan Bro yang dilihat mampu membawa perjuangan pemuda selaras dengan peredaran zaman di blog sahabat saya. DIBAWAH:

Pendapat Azwan Bro tentang kesesuaian perjuangan UMNO mengikut peredaran zaman.
DOUBLE-Y
Sejak negara mencapai kemerdekaan, pendekatan yang digunakan oleh pemuda sentiasa digeruni dan dihormati oleh lawan. Sayap UMNO yang dikenali dengan imej perjuangan yang lantang, berani dalam memperjuangkan isu serta mempertahankan hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara kini telah melalui pelbagai proses kematangan. 
Keberanian pemuda bukan saja ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara, malah ketika keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan negara sehingga membawa kepada darurat, pemuda memainkan peranan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai konsep sebuah negara Merdeka. 
Kini setelah melalui pelbagai proses serta memastikan UMNO terus relevan, pemuda UMNO perlu bijak menyesuaikan perjuangan mereka selari dengan perubahan landskap politik negara. Tanggungjawab besar bukan sahaja di bahu ketua pemuda sebaliknya ia turut dipikul pembantunya iaitu naib ketua. 
Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda UMNO harus selari dengan Ketua Pemuda bagi memastikan visi dan misi pergerakan pemuda berjaya dicapai. Di antara tiga calon, Azwanbro dilihat lebih mampu membawa perjuangan pemuda selari dengan peredaran zaman.





FOLLOW TWITTER @onebro4NKP UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TENTANG AZWAN BRO ~ADIOS~

Tuesday, August 27, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KE-64 SAYAP PEMUDA UMNO!!

Usia kematangan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebagai salah satu sayap utama parti UMNO di dalam mengharungi juga meniti titian masa selaku pemimpin anak muda bagi pembela serta memacu kemajuan nusa dan bangsa dapat disaksikan setiap tahun.

Hari ini 26 Ogos 2013, sayap Pergerakan Pemuda UMNO telah mencapai usia 64 tahun. Bermula dari era Kapten Hussein Onn, kini legasi sayap Pergerakan Pemuda UMNO diteruskan pula oleh YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Telah banyak perubahan dan barisan kepimpinan yang lahir dari sayap Pergerakan Pemuda UMNO.

Kita tidak pernah leka dan sentiasa berdiri teguh di barisan hadapan bagi menempuh dan menangkis serangan rangkaian pembangkang yang sentiasa menunggu peluang ke atas setiap langkah yang sumbang mahupun perancangan yang kurang sempurna. Disamping itu, saya yakin kita tidak akan berganjak barang seinci pun di dalam istiqamahnya menunaikan janji dan harapan membela nasib anak-anak bangsa dan watan buat kemakmuran seluruhnya.

Kita kini berada di medan perbatasan yang menuntut kepekaan kita untuk menangani hambatan arus cabaran dalam persaingan politik semasa. Arus persaingan politik masa kini bukan sahaja mencakupi batas pertempuran kita dengan pihak pembangkang bahkan tuntutan pengisian zaman.

Doa dan harapan saya biarlah Pemuda UMNO zaman kita dikenali sebagai pemuda yang memimpin, pemuda yang mengasihi rakyat dan pemuda yang menjadi denyut nadi perjuangan agama, bangsa dan negara. Untuk itu, pelbagai program dan aktiviti Pemuda UMNO harus terus dirancang dan dilaksanakan dengan perencanaan berorientasikan mesra rakyat dan penuh inklusif seperti program BN Pilihan Orang Muda dan banyak lagi. Pemuda UMNO harus sentiasa prihatin dengan nasib dan perihal rakyat dan perlu menjuarai sesuatu isu. Inilah peranan dan fungsi pengisian Pemuda UMNO yang kita ingin suburkan di dalam jiwa dan roh perjuangan ahli kita semua. Dalam pada Pemuda UMNO mendepani isu-isu yang melibatkan kepentingan semua. - BLOG AZWAN BRO

MY SLIDESHARE UPLOAD