Showing posts with label timbalan presiden. Show all posts
Showing posts with label timbalan presiden. Show all posts

Monday, April 7, 2014

SUARAM SANGGUP LABUR DUIT UNTUK TIAN CHUA CABAR AZMIN ALI? TEKA-TEKI ATAU UNSUR NEPOTISME?


Tak sangka Pemilihan PKR kali ini sangat hebat kerana dapat melihat 'keanehan' yang menakjubkan. Pertama ialah pasangan suami isteri bersaing untuk jawatan Presideen PKR. Manakala, bagi jawatan Timbalan Presiden pula, kita bakal melihat pertandingan 3 beradik/3 penjuru yang terdiri daripada Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Tian Chua pada saat-saat akhir.


Persaingan bagi 3 beradik tersebut adalah paling 'gempak' kerana salah seorang daripada mereka, iaitu Tian Chua bertanding secara 'atas angin' kerana dikatakan dibiayai oleh SUARAM bagi mencabar Azmin Ali.


Kenapa SUARAM pilih TIAN CHUA?

Ini adalah kerana Tian Chua adalah merupakan jentera kuat SUARAM yang paling 'cemerlang'. 


Cemerlang dari sudut apa? 

Sambung baca dibawah...





Memetik semula penulisan dari blog Double-Y:
SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.

Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene. 
 
Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014. 
Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros. 
Selanjutnya
DAH LAMA BUAT KERJA NI KER?

Untuk pengetahuan anda, menurut sumber dalaman PKR, salah satu 'tugasan' Tian Chua sebelum ini adalah Isu Lahad Datu. 

Menurut My Massa dalam artikelnya bertajuk 'Video Kronologi Penglibatan Pembangkang Dalam Insiden Lahad Datu?' :
"Pada 7 Mac 2013, bekas pengasas PKR mendedahkan bahawa insiden di Lahad Datu dibiayai oleh Suaram" [...]


P/S: Nampaknya, karier politik Azmin Ali bakal terkubur...

Saturday, March 29, 2014

#PemilihanPKR: KESIAN.. @AzminAli BAKAL AKHIRI KARIER POLITIKNYA SEBAB KENA GAME DENGAN 'NEW ANWAR LEGACY'


Beberapa jam lagi sebelum proses pencalonan untuk pemilihan PKR ditutup, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berada dalam keadaan ‘tersepit’ sama ada mahu mempertahankan kedudukannya ataupun mahu bertanding untuk jawatan tertinggi parti.

Ini selepas kem penyokong Azmin mendapat tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakan borang pencalonan masing-masing untuk Presiden parti.

Ini berlaku walaupun Anwar mungkin hilang kelayakan jika beliau menang ekoran sabitannya dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan liwat.

Karpal Singh sebaliknya hari ini meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan mahkamah selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan didenda RM4,000.

Di bawah Seksyen 9A (1) ( b ) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman kepada penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Wakil Anwar menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Seorang pembantu rapat Azmin memberitahu Malaysiakini bahawa ahli Parlimen Gombak itu tidak menyokong Wan Azizah kekal sebagai presiden parti tetapi sentiasa menyokong Anwar untuk mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi apabila Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat.

Jika Anwar bertanding jawatan presiden, ia membuatkan Azmin berasa bersalah untuk bertanding jawatan tersebut.

“Azmin tak mahu lawan Anwar kerana selepas puluhan tahun kesetiaan, habislah,” kata pembantunya itu.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan kem penyokong Azmin ialah sekiranya Anwar menarik diri (memandangkan kelayakannya diragui) bagi membuka jalan kepada Wan Azizah kekal sebagai presiden jika Azmin memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

“Macam ada rancangan nak sekat Azmin,” katanya sambil menambah sekiranya Azmin bertanding (melawan Anwar), “beliau mesti kena tekanan untuk tarik diri”.

Azmin dilaporkan mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan Wan Azizah yang dilihat lebih memihak kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pertikaian dalaman parti di negeri itu.

Jika Azmin mempertahankan jawatan timbalan presiden, beliau akan berdepan dengan Khalid dan penyandang naib presiden PKR Tian Chua yang telah menyerahkan borang pencalonan mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution juga dikhabarkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.Suara.TV


RUJUKAN ALTERNATIF, OLEH aidc: Anwar Tetap Mahu Jadi Presiden PKR

Wednesday, December 4, 2013

#PAU2013: "SAYAP UMNO JANGAN 'GOYANG' BAWA PERJUANGAN PARTI" - TIMBALAN PRESIDEN


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan lebih besar, lantang dan berani dalam membawa perjuangan parti serta terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO parti tempat mereka bernaung.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketiga-tiga sayap itu yang merupakan tonggak kekuatan parti, memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

Bagaimanapun, katanya, mereka mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO yang berjuang bukan sahaja untuk parti tetapi demi orang Melayu dan Bumiputera.

“Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka.

“Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil, ” katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perhimpunan kali ini yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

“Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati,” katanya yang juga mahu ketiga-tiga sayap parti itu untuk berusaha menangani kempen membenci UMNO dengan segera.

Lebih penting, menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, ketiga-tiga sayap parti perlu menterjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik.

“Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita,” katanya yang menambah UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Beliau berkata sebagai pewaris perjuangan UMNO yang memahami aspirasi golongan muda, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bijak mendekati generasi itu dan mengajak mereka menyertai perjuangan UMNO.

“Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Mereka juga wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda.

“Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat,” katanya.

Sementara Pergerakan Wanita sebagai obor perjuangan parti perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita, katanya.

“Kalau Wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting Wanita mampu menyahut apa jua cabaran,” kata Muhyiddin yang turut mengiktiraf sumbangan pergerakan itu yang disifatkan sebagai tulang belakang parti. - MediaUMNO

MY SLIDESHARE UPLOAD