Saturday, September 14, 2013

#MEB: APA LAGI MELAYU MAHU? AYUH DENGAR SUARA PEMUDA! @AzwanBro #OneBro4NKP


Terima kasih PM diatas inisiatif khas yang diumumkan sebentar tadi semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MEB). Jika sebelum ini DS Najib dikatakan 'bias' dengan orang melayu kerana memperkasakan nasib kaum cina, dan hari Najib berjaya buktikan bahawa tohmahan itu salah. 

Bagi saya, dasar MEB ialah sebuah dasar ekonomi yang boleh menjamin nasib orang melayu dari segi penambahan pendapatan dan berpotensi dalam penambahbaikan seisi rumah. 

Untuk ulasan lebih arif dan matang, kita baca entri daripada Khairul Azwan Harun (Azwan Bro), Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia:



Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, diatas ucap tama beliau semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Jelas sekali, Perdana Menreri kita telah membuat pendirian yang tegas, untuk membantu menaiktaraf ekonomi bumiputera, terutamanya kaum Melayu. 

Walaupun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada beliau, tetapi atas dasar prinsipal untuk meneruskan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, beliau gagahkan juga, semata-mata untuk memastikan masa depan, dan halatuju kita di bumi tanah tumpah darah kita ini, terjamin dan terpelihara. 

Pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan dalam 5 fokus pemerkasaan yang telah dinyatakan secara terperinci sebentar tadi. Antaranya adalah program re-skilling untuk membantu graduan-graduan bumiputera yang masih belum mendapat pekerjaan. 

Suntikan pelaburan 10 bilion unit saham ke dalam Amanah Saham Bumiputera 2 di lancarkan bagi memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.  

Penambahan RM300 juta ke dalam Amanah Iktiar Malaysia, dan RM700 juta kepada TEKUN Nasional membuktikan Perdana Menteri memandang serius untuk memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera. Untuk membantu memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan pula, sejumlah RM1 bilion telah disuntik bagi menubuhkan dana pendidikan MARA. Saya yakin, dengan pelbagai inisiatif yang telah disampaikan tadi, jelas dapat kita lihat bahawa, beliau telah memfokuskan perjuangan beliau untuk membela nasib dan survival Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Sesungguhnya saya menyifatkan dasar ini adalah satu dasar yang  fair, right and equitable.


PENGURANGAN #SubsidiBahanApi: APA KESANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA? APA KOMEN @ahmadmaslan

Visual data dilaman Bloomberg - http://www.bloomberg.com/visual-data/gas-prices/ 

Ini mungkin isu yang kehangatannya sudah makin reda, tetapi masih lagi tidak henti-henti didengari keluhannya dari ramai orang, terutamanya dari golongan pertengahan dan rendah. Sememangnya tak dinafikan bahawa impak daripada hal ini (Subsidi Bahan Api) telah menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Adakah kita sudah tahu dan ambil tahu tentang jumlah harga yang dibelanjakan oleh kerajaan semata-semata SUBSIDI BAHAN API SAHAJA?

Dato Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia mampu beri subsidi minyak yg tinggi RM24.8 billion setahun atau RM2 billion sebulan demi bantu rakyat. Kita patut berterima kasih dan jangan hanya tahu melompat dan bertindak melulu kerana termakan dengan percakapan orang. Belajar berjimat, jangan enjoy. Kerajaan takkan bodoh untuk membuat keputusan sebegini jika tiada jalan altenatif lain yang boleh menstabilkan ekonomi semula. tengok perbandingan dibawah:


"Ikut kajian Bloomberg utk 60 negara pilihan, Msia no 8 minyak termurah dlm dunia. Msia hanya keluarkan 626 ribu tong sehari dibanding Arab Saudi 11.7juta tong sehari. Msia negara ke 27 pengeluar minyak & masih beri subsidi minyak yg tinggi RM24.8 billion setahun atau RM2billion sebulan demi bantu Rakyat." - Dato Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) 

Adakah kita sanggup menanggung dan hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan kesan daripada kejatuhan ekonomi? 

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN:
Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).  
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.
 
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen).
 
Purata 1.17 liter sehari
Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.
 
Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.
Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.
 
Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus. 
Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus. 
Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus. 
Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus. 
Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus. 
Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu. 
Kerja sehari setengah 
Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol. 
Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS. 
Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.
Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

MY SLIDESHARE UPLOAD