Tuesday, September 17, 2013

ABU MAYAT CHIN PENG TUDAK DIBENARKAN DIBAWA KE MALAYSIA KERANA DIA KOMUNIS!!!!


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan terbabit sama sekali dalam urusan pengebumian Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok, pagi tadi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan juga percaya urusan pengebumian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu akan dilakukan di Thailand.

“Kerajaan tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta ahli keluarga mendiang. - BH

Monday, September 16, 2013

ARTIKEL KHAS SEMPENA #HariMalaysia50: "MELAYU PERLU BIJAK PERTAHANKAN KETUANANNYA" -@AzwanBro #OneBro4NKP


Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Cabaran masa depan Melayu yang semakin kompleks memperlihatkan betapa bangsa Melayu perlu bijak dalam mempertahankan ketuanannya. Bermula dengan institusi raja-raja, diikuti dengan kekuatan politik, ekonomi serta tahap intelektualnya. Jika kita berpadu dalam semua aspek ini, barulah kedaulatan dan ketuanan itu dapat terpelihara selamanya. Namun, apakah generasi muda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang secukupnya dalam semua aspek ini? Inilah persoalan yang amat membimbangkan kerana orang Melayu sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima keadaan seandainya ketuanan mereka hilang sama ada secara langsung atau sebaliknya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” -3:103

Oleh yang demikian, kita tidak boleh lagi menyingkap punca perpecahan dan perbalahan Melayu itu sendiri. Sebaliknya kita sebagai anak muda Melayu yang masih punya kuasa perlu menyusun strategi dan bertindak segera memperbaiki keadaan. Jika kita terpaksa berkorban demi perpaduan Melayu, maka pengorbanan itu mesti dilakukan. Melayu di Malaysia perlu melihat sedalam-dalamnya rumpun Melayu di negara sekelilingnya.

Namun begitu, kita seharusnya ingat bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana usaha yang dilaksanakan pimpinan negara dari dulu lagi yang bertindak atas dasar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum serta berlandaskan gagasan 1Malaysia.- AzwanBro.Com

MY SLIDESHARE UPLOAD