Saturday, March 17, 2012

[VIDEO] Bukti @anwaribrahim Dipayung Hebat Oleh Israel Laknatullah!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini. 

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar Ibrahim.

SUMBER SAH : AAKJ

@NajibRazak - Usah Gadai Masa Depan Negara Dengan Memilih Pembangkang.



BERUAS: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana sudah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.
Perdana Menteri berkata, BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.
“Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya ketika berucap pada program “Sepagi Bersama Perdana Menteri” di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, hari ini.
Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, kerajaan juga sudah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.
“Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat,” katanya.
SUMBER SAH - PERAK TODAY

Dari Runtuhan AL-AQSA... @anwaribrahim Akan Tawan PUTRAJAYA!!


Masjidil Al-Aqsa akan dirobohkan oleh mereka semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman. Sebenarnya di situ dipercayai tertanam begitu banyak kitab-kitab sihir kuno Mesir yang dikatakan mampu untuk menyeru Dewa atau Nabi yang terakhir mereka yang nanti-nantikan untuk menjadi Raja dan pemimpin mereka, tentu anda tahu siapa  sudah pastilah Dajjal Al-Masih. 


P/S : TEPUK DADA TANYA IMAN.......


SUMBER : PENA KSJ 

MY SLIDESHARE UPLOAD