Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

#PRKPengkalanKubor: TIADA KELIBAT JENTERA DAP & PKR, BUKTI PAS TIDAK BERTAHLUF HIYASI DALAM PR!

 

Walaupun tempoh hari pengundian PRK Pengkalan Kubor akan berlangsung tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun saya masih tercari-cari akan kelibat pemimpin-pemimpin dan jentera DAP turun membantu PAS 'berperang' pada PRK N01 Pengkalan Kubor ini.

Ternyata PAS hanyalah pencacai kepada rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak kenang budi, iaitu parti DAP dan PKR.

Mula timbul kehairanan dalam pemikiran saya ini, Tidakkah DAP dan PKR merasa segan dengan jasa PAS membantu mereka berkempen ketika PRK Kajang dan Teluk Intan yang lalu?

MANA DAP?

Apa yang lebih menarik adalah Pemerhati Politik mendakwa bahawa puak-puak ini (DAP & PJR) tidak akan hadir ke Pengkalan Kubor disebabkan mereka tidak punya kepentingan apatah lagi keadaan PAS dalam PRK kali ini benar-benar tenat.

ADAKAH FAKTOR 'BOIKOT' INI ADALAH PUNCA PAS MAHU TAHLUF SIYASI  DIKAJI SEMULA DALAM PAKATAN RAKYAT?
PAS seharusnya sedar bahawa tahluf siyasi yang dicanangkan kepada dunia melibatan PAS , PKR dan DAP sebenarnya hanyalah satu perkataan yang digunakan untuk memancing perhatian umum sahaja.
Hakikatnya tidak pernah berlaku tahaluf siyasi dalam Pakatan Haprak dan ianya amat ketara sekali di Pengkalan Kubor.
Selama ini PAS hanya dipergunakan untuk kepentingan politik DAP dan PKR untuk menampakkan seolah-olah 3 parti tersebut kononnya sehaluan. 
Selain dari itu PAS merupakan parti yang paling terkesan akibat daripada hubungan songsang tersebut sehinggakan kempen mereka di PRK Pengkalan Kubor tidak lekang dengan pembohongan dan fitnah melampau. - BLOG MMI

VIDEO MENARIK.. PAS PLAWOK!!!

Wednesday, March 19, 2014

#PRKKajang: [VIDEOGRAFIK & INFOGRAFIK] BUKTI KUKUH MENGAPA PENGUNDI #N25Kajang PERLU TOLAK WAN AZIZAH!! #Justice4Kajang


Berikut adalah videografik 10 bukti kukuh mengapa pengundi DUN N25 Kajang perlu tolak calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada menduduki kerusi sebagai ADUN di DUN tersebut.


PILIH CHEW MEI FUN

IKRAR MEI FUN 

RATING

WAN AZIZAH CALON KITAR SEMULA

CHEW MEI FUN CALON BERKREADIBILITI

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA MEI FUN

MANIFESTO YANG GAGAL!!

KAUM CINA DIPERMAINKAN PAKATAN RAKYAT

PENIPU!!!!

Wednesday, March 12, 2014

#PRKKajang: WAN AZIZAH TAK MENGAKU AMALKAN NEPOTISME KERANA APA?? #KajangBetrayed #Kajang



Saya tertarik dengan wawancara oleh portal The Malaysian Insider bersama Datuk Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK N25 Kajang yang baru diumumkan semalam.


Seperti yang kita semua tahu, Wan Azizah adalah pengganti kepada calon asal, iaitu suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana telah gugur kelayakannya untuk menjadi calon rentetan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun (kes liwat 2) baru-baru ini. Untuk pengetahuan, sudah dua kali Wan Azizah menggantikan tempat Anwar. Sebelum ini di Permatang Pauh, kali ini di Kajang pula.


FACT: KALAU SEKALI ORANG PERCAYA LAH, KALAU DUA KALI? SIAPA NAK PERCAYA? INI NEPOTISME NAMANYA..
APA ITU NEPOTISME? 

Menurut sumber dari WIKIPEDIA, Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".  

Persoalanya ialah, kenapa perlu WARIS juga yang menjadi pengganti? Saya tahu, ramai dari PKR sendiri yang terkilan dengan keputusan ini, kerana terlalu ketara NEPOTISME yang diamalkan mereka sekeluarga.

INFO: RATING UNTUK UKURAN KELAYAKAN KEDUA-DUA CALON PRK KAJANG
Dibawah adalah wawancara tersebut:
Sumber: The Malaysian Insider 
 
The Malaysian Insider (TMI): Boleh Datuk Seri nyatakan perasaan menggantikan Datuk Seri Anwar di Kajang?
Datuk Seri Dr Wan Azizah (DSWA): Saya pada mulanya enggan untuk kembali aktif berpolitik kerana saya rasa apabila Anwar keluar dari penjara saya sudah buat apa yang saya boleh buat. Tetapi apabila ini berlaku, mereka, PR dan rakan komponen PAS dan DAP berbincang dan keluar nama saya, termasuk daripada biro politik kami (PKR).
Ia sebahagian daripada khidmat nasional saya. Apa yang akan saya tinggalkan daripada hidup saya adalah sumbangan kepada generasi muda. Saya hendak tinggalkan dengan saya ada berbuat sesuatu. Jadi cucu cicit saya tahu apa saya buat pada masa lalu.
TMI: Sebagai presiden, sudah ditentukan ini kerusi PKR dan DSWA sudah tentu mempunyai input siapa akan dipilih. Bagaimana hanya DSWA yang dipilih. Kenapa tidak orang lain?
DSWA: Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu. Saya rasa tidaklah wajar saya ada dalam mesyuarat itu. Ia secara semulajadi, saya ada persamaan dengan Anwar. Mereka lihat saya, mereka nampak Anwar. Saya mahukan itu. Mereka akan nampak kesusahan yang keluarga kami hadapi. Dari segi ketidakadilan, kami perlu berjuang.
TMI: Apa mesej DSWA ingin bawa kepada pengundi Kajang. Anwar bertanding dengan membawa mesej Langkah Kajang, DSWA bagaimana?
DSWA: Masih sama. Mereka cuba bawa Anwar ke penjara, tetapi saya masih lagi bersama parti. Ini langkah parti, sebahagian langkah PR. Kami mahu teruskan kerana fanatik agama digunakan berleluasa.
Salah satu kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia adalah keharmonian. Semua agama hidup bersama dengan agama Islam sebagai agama rasmi. Kita tidak jadikan Islm sebagai agama yang tidak mempunyai toleransi. Kalau hendak berdakwah dengan Islam perlu dengan kebijaksanaan, bil hikmah.
Selain itu, meningkatkan prestasi kerajaan Selangor. Kami mentadbir dengan baik, tetapi dengan Anwar dalam kerajaan sebagai Adun, berbanding beliau sebagai penasihat ekonomi, seringgit untuk seringgitlah. Itu masih akan diteruskan. Kalau saya ada dalam DUN, saya boleh membantu. Kajang akan membantu ke Putrjaya kerana kita ada model kerajaan yang bagus.
Saya juga akan bangkitkan isu setempat seperti pungutan sampah, peluang pekerjaan, terutamanya yang muda dan kesesakan trafik.
TMI: Perasaan kali kedua menggantikan Anwar?
DSWA: Kali kedua senang sikit. Kali pertama terkejut sikitlah. Memang bila Anwar jadi calon, saya datang, sebagai presiden parti, datang makan kenduri. Ada juga duda kahwin janda, ada saya makan kenduri. dan kami nak buat suatu kajian supaya kelicinan trafik akan diatasi.
TMI: Memang satu masalah kesesakan dalam bandar, tetapi sudah dua penggal, kenapa masih tidak selesai?
DSWA: Bila saya sudah ada dalam DUN, saya akan beri tekanan lebih lagi.
TMI: PR sukar untuk mendapatkan pengundi Melayu, dan ia dicerminkan dalam landskap politik nasional, bagaimana sokongan pengundi Melayu di Kajang?
DSWA: Apabila saya mula-mula pergi, memang mereka tidak begitu teruja menerima saya dan Anwar. Anwar pergi ke tazkirah di masjid, penerimaan begitu baik sekali.
Apabila jatuh hukum mereka nampak jelas. Itu satu ketidak adilan. Langkah Kajang memang tepat. Mereka melihat memang betul tergesa-gesa dan digunakan mahkamah untuk menjatuhkan Anwar untuk penamaan calon. Mahkamah bersidang dekat maghrib, petang Jumaat, dulu tarikh bulan April, dicepatkan kepada bulan Mac. Tiada peluang langsung.
TMI: Adakah situasi itu akan mengejutkan pengundi Melayu?
DSWA: Selepas itu lain penerimaannya, lain persepsinya. Mereka melihat memang Anwar sebagai mangsa.
TMI: Apabila jadi situasi begini, lihat DSWA nampak Anwar. Adakah PR cuba dapatkan undi simpati?
DSWA: Tidak. Jangan lupa masa Anwar dalam penjara, saya tiga kali jadi ahli Parlimen. Ketua pembangkang wanita pertama. Saya ke belakang bukan bermakna saya tidak layak.
TMI: Bagaimana dengan politik kekeluargaan?
DSWA: Yang menjadi masalah nepotisme apabila saya ingat anak saya tidaklah berjuta-juta dan paling kaya dalam dunia. Saya kira kalau Nurul Izzah bertanding di kawasan mudah menang yalah. Tetapi Nurul Izzah bertanding pada masa sukar 2008, lawan menteri, 2013, pun menteri.
Jadi saya bertanding di Permatang Pauh 2004. Saya hampir kalah, walaupun dengan seorang imam.
TMI: Apabila nampak Anwar digantikan dengan isteri, ada tanggapan gunakan nepotisme dan percubaan gunakan simpati orang, respons?
DSWA: Simpati itu saya rasa tidak digunakan, orang melihat. Orang bukan tidak nampak kezaliman yang berlaku. Sebab itu mereka rasa terpanggil membetulkan keadaan mahkamah. Sebagai isteri, saya juga presiden parti dan diterima anggota parti sejak penubuhan. Saya merasa jadi ketua pembangkang. Jangan lupa itu, iaitu pada 2008 sebelum Anwar bertanding.
TMI: DSWA ada menyebut ini tidak menggagalkan Langkah Kajang, tetapi pemimpin PR ada yang berkata supaya Anwar masuk ke Kabinet pentadbiran negeri Selangor, ada kemungkinan DSWA akan sertai Kabinet negeri?
DSWA: Adun sudah tentu. Tetapi pasukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PR dan akar umbi sebagai parti akan menjadi lebih mantap.
TMI: Tidak sertai pentadbiran negeri?
DSWA: Saya kira, saya sama-sama menaiki prestasi itu yang kita mahukan sebagai langkah ke Putrajaya.
TMI: Ada berpendapat Langkah Kajang adalah untuk meredakan pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid, bagaimana DSWA memainkan peranan?
DSWA: Saya tak tahu. Saya sering dilihat dengan pendekatan yang lembut, rekonsiliasi, bukan dengan Umno. Saya ada watak keibuan, saya rasa keluarga ada pertelingkahan, tetapi kami satu keluarga.
Berdasarkan wawancara ini, adakah pembaca tahu apa sebabnya Wan Azizah tetap mehu pertahankan kerusi Anwar itu?  Jangan jadi seperti penyokong PKR, hanya tahu membangkang, membantah dan mahu menegakkan benang yang basah, pastikan anda semua tahu hal dibawah ini:
ANWAR TETAP MAHU PEGANG JAWATAN PRESIDEN PKR
Walaupun terpaksa menarik diri daripada menjadi calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei tahun ini.
Selanjutnya di AIDC
Lagi sumber yang mengatakan bahawa mereka NEPOTISME...








Dari Permatang Pauh ke Kajang, Masa @DrWanAzizah Hanya Untuk Anwar Bukan Rakyat! #PRKKajang
Tujuan Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah adalah untuk meraih simpati politik pengundi Kajang dan perkara ini diakui oleh blogger pembangkang sendiri.
Seperti dalam dua artikel sebelum ini, saya tekankan Wan Azizah bukan orang politik, dia sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Sejarahnya jelas, Wan Azizah dikatakan berkahwin dengan Anwar Ibrahim tanpa restu keluarga.
Pernikahan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim tidak direstui keluarga kerana bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak perkenan dengan sikap radikal Anwar Ibrahim yang terlibat dengan demontrasi pelajar.
Apabila lamaran Anwar Ibrahim ditolak, dengan bantuan seorang ustaz Wan Azizah dibawa ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan Anwar Ibrahim menggunakan wali hakim.
Kak Wan sanggup engkar bapa sendiri demi Anwar Ibrahim!
Penglibatan Wan Azizah dalam politik disebabkan desakan keadaan ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan atas salah laku rasuah dengan menubuhkan ADIL pada 4 April 1999.
Sambung baca lagi di Double-Y
 
Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar Ibrahim 
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini. Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan “demi rakyat”, boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau “mayat hidup” kepada survival politik Anwar Ibrahim? 
Selanjutnya di MYKMU 



















Sunday, March 9, 2014

#PRKKajang: @AzminAli HASUT RAKYAT TURUN KE JALANAN SEBAB TERIKAT DENGAN 'JANJI'? JANJI APA?


Semua orang tahu Anwar bersalah, semua orang tahu Anwar peliwat, sedangkan penyokong Anwar sendiri tidak kisah bahawa Anwar itu peliwat. Bila Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mengikut dasar perundangan, kini mereka pula melatah? Konon nak kembalikan semangat Reformasi 1998 dulu.

Dulu tak apa lah, banyak pembohongan belum terdedah kerana masa itu belum lagi zaman berpolitik menggunakan smartphone atau internet. Kini dah jauh berbeza, ramai sudah yang sudah tahu menilai dan sudah terbuka mindanya dibandingkan zaman Reformasi 1998. Faham?
KES LIWAT II: KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN
Anwar Ibrahim Bersalah! Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II : Berita ini pastinya satu berita gembira kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyididn Yaasin, Mahathir Mohahamd, Tun Daim Zainuddin dan tidak lupa juga saf pimpinan Barisan Nasional termasuklah penyokong Barisan Nasional apabila didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat II yang diputuskan oleh keputusan 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan.
Sekaligus menghilangkan kelayakan Anwar untuk menjadi calon PRK Kajang (SEPERTI DI SINI) apatah lagi hasrat untuk menjadi menteri Besar Selangor jauh sekali (BERITANYA DI SINI) & menurut Akta Pilihanraya 1958 dengan tersabitnya dia atas kesalahan jenayah yang hukuman penjara lebih dari setahun.
Jikalau sebelum ini kes liwat II Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari sudah dibuktikan tidak bersalah (KLIK SINI), kemudiannya pendakwaraya buat rayuan…..Mungkin pendakwaraya ada alasan tersendiri atas nama pembelan terhadap Saifuk Bukhari Azlan.
Penyokong Barisan Nasional merasakan mahkamah rayuan telah membuat keputusan yang terbaik menjatuhkan hukuman kepada pesalah liwat yang “mereka kenali” di mana mendapati Anwar Ibrahim bersalahPenyokong Pakatan Rakyat & Anwar akan mengatakan tindakan keputusan mahkamah Rayuan bagi kes liwat II Anwar Ibrahim tidak adil, dan barisan panel hakim Mahkamah Rayuan semalam telah “dibeli” dan sebagainya….Apa pula kata penyokong atas pagar? Yang meneliti dan mengikuti kes ini bukan atas dasar kepartian?
Selanjutnya di SINI


Sumber Minaq Jinggo

Lokasi : Bangunan Mat Saman, Kg Sekamat, Kajang, Selangor
Acara : Majlis perasmian bilek Gerakan Utama Keadilan, PRK N25 Kajang
Tarikh : 7/3/2014
Azmin Ali telah menyeru atau dalam erti kata lain ialah MENGHASUT supaya rakyat Malaysia pro-pembangkang untuk turun berdemonstrasi dijalanan sebagai simbolik bantahan mereka  kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati bahawa Anwar Ibrahim bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dalam rayuan kes liwat II yang berkait dengan Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari.
Dalam ucapan Azmin, dia berjanji tidak akan mengizinkan Anwar dipenjarakan walau sehari pun. Ini kita semua tahu hanya retorik sahaja. Manakan mungkin dia menunaikan janji tersebut.
Seterusnya

P/S: Seronok betul tengok monyet melompat-lompat sebab tak sabar nak turun beraksi di jalan raya. Hehehehe!

Wednesday, February 19, 2014

MUSIM KEMARAU: PENCACAI PAS KATA "INI SEMUA SALAH UMNO!!"


Nampaknya kebodohan puak PAS ini semakin menjadi-jadi!! Kenapa sampai sanggup kata begini?

Takkan sampai disebabkan kesan musim panas dan menyebabkan rekahan tanah, pencacai PAKATAN kata ini semua disebabkan pemimpin UMNO/BN tak dapat selesaikan?

FYI, ini sedikit pun tidaka ada kena mengena dengan politik!!

Untuk lebih menarik lagi, boleh rujuk blog Medan Tempur Kedah & Kedah Ke KL

Saturday, February 8, 2014

[Analisis] KLOUT SCORE PEMIMPIN BN VS PR.. SIAPA LEBIH #SyokSendiri?


Setelah meneliti dan membuat perbandingan Klout Score pemimpin Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat, ternyata pemimpin BN GAGAL dan SYOK SENDIRI. Bukan niat saya mahu balun pemimpin BN, tapi demi kebaikan parti. Kalau tak diketuk, tak bergerak mereka ini. Kenapa saya cakap mereka SYOK SENDIRI? Baca dibawah:
SUMBER: 
Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut. 
Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :- 
  • 1. tidak berminat
  • 2. pandang remeh
  • 3. terlalu sibuk dengan perkara lain
  • 4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau
  • 5. SYOK SENDIRI
Bagaimana pula dengan analisis Hashtag melalui Hashtracking? Tiada langsung muka pemimpin BN dilaman Twitter, sedangkan Pilihanraya N.25 Kajang bakal berlangsung tak lama lagi. Ingin saya katakan sekali lagi disini, PEMIMPIN BN GAGAL DALAM MEDIA SOSIAL
Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.

Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.
Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 
Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN
Now, saya akan tunjukkan perbandingan Klout Score untuk Pemimpin BN VS Pakatan Pula: 

Ketua Penerangan UMNO - BOLEH TAHAN

Pengerusi Biro Media Sosial Pergerakan Pemuda UMNO - NYARIS 

Ketua Pemuda UMNO/Menteri KBS - AGAK BAIK

Menteri SKMM- NYARIS

Bagaimana pula dengan pemimpin pembangkang? Dikalangan semua pemimpin BN VS PR, Tian Chua mendapat tempat tertinggi, dengan 79 points. Hurm Kenapa ya Klout Score mereka lebih tinggi? Adakah kerana MEDIA SOSIAL TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN BN? Maka, ambil lah langkah inisiatif cepat untuk menangani masalah ini. So, siapa lebih Syok Sendiri?





Jangan pula pergi bercuti dimasa semua berpenat lelah mempertahankan hak (melayu) berkaitan isu video Malai Sii Teresa Kok. 

TERBAIK LAH YOU!!

Thursday, April 11, 2013

#PRU13: PEMBANGKANG HACKED BLOG #UMB UNTUK POST ARTIKEL KONTROVERSI.. #TolakPR #BlahLaWeii


Nampak sangat pembangkang terdesak sebab terpaksa gunakan laman rasmi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMB) yang lama (telah digodam oleh Sang Gampang) bertujuan mengelirukan rakyat dengan penipuan bodoh mereka.

Rakyat jangan tertipu. Laman web yang mereka gunakan ini secara rasminya sudah tidak digunakan lagi. Buktinya, blogger-blogger UMB semuanya telah listkan link blog baru dan telah membuang link daripada laman rasmi UMB yang telah digodam itu. Seriously, PAKATAN MEMANG BODOH!


YY:

Penipu Rakyat nampaknya begitu terdesak untuk meraih kepercayaan pengguna media baru yang majoritinya pengundi muda sehingga sanggup menggunakan taktik kotor iaitu menggunakan laman blog mirip Unit Media Baru Pemuda UMNO.


Blog palsu - http://umb-ppum.blogspot.com mengeluarkan satu artikel iaitu senarai nama calon BN yang digugurkan dan tindakan ini sekaligus memberikan persepsi kononnya laporan tersebut dikeluarkan oleh sebuah entiti Pemuda UMNO.

Nampaknya percubaan pembangkang hampir berjaya kerana ramai di antara pembaca malah pemimpin BN juga menganggap blog di atas adalah blog rasmi milik UMB.

Sebenarnya blog rasmi milik UMB menggunakan url http://umbppum.blogspot.com sebagaimana di bawah :

Tindakan ini dilihat satu percubaan untuk menghakis kepercayaan jentera-jentera parti kepada UMB selain menyebarkan dakyah songsang pembangkang secara perlahan-lahan.

Mana mungkin blog UMB tidak menyiarkan cerita mengenai manifesto?

Cuba lihat tajuk-tajuk artikel di laman - umb-ppum.blogspot.com 21 Januari menyiarkan cerita mengenai RCI yang ditulis oleh saya sendiri. Selepas itu blog tersebut menyepi sebelum menyiarkan semula artikel mengenai pemuda jatuh bangunan pada 11 April. Seterusnya..

Tuesday, April 9, 2013

#PRU13: DEDAH!! BUKTI BERTULIS #PR MAHU PORAK-PERANDAKAN MALAYSIA!!!!! #TolakPR

Nampaknya dengan bukti surat ini.. Memang ternyatalah Pakatan memang betul-betul nekad untuk memporak-perandakan Malaysia semasa PRU-13 ini berlangsung. Anda lihat dan bacalah sendiri...


Ini adalah satu sebab besar mengapa kita harus TOLAK PR. Sememangnya mereka mengamalkan dasar 'CHAOS' dalam perjuangan mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu huru-hara. Kita mahukan kesejahteraan dan kestabilan. 

JANGAN UNDI PR!!!!

Friday, April 5, 2013

#PRU13: SAH!! WAN AZIZAH TIDAK AKAN BERTANDING!! #GE13


Nampaknya kali ini Wan Azizah tidak akan mengambil tempat untuk bertanding dalam pilihanraya penting, PRU-13 kali ini. Hal ini mungkin telah lama dirancang ataupun satu strategi murahan mereka. Anaknya Si Nurul Izzah menafikan hal ini. Hok aloh... takpayah lah merumitkan keadaan. Anda boleh rujuk artikel daripada NST dibawah:

Azmin, Nurul at loggerhead over Wan Azizah's position
Parti Keadilan Rakyat (PKR) election director Azmin Ali said today that party president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail will not contest in the 13th General Election. 
Speaking to reporters at a press conference at the PKR headquarters today, Azmin said this when asked to confirm a statement by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim during an Al-Jazeera interview on Wednesday that his wife Wan Azizah would not be contesting. 
Meanwhile, Bernama reported today that Wan Azizah's daughter Nurul Izzah who is also the party's vice-president saying the news of her mother not contesting in GE13 is not true.

Thursday, March 7, 2013

#Dedah [BUKTI] : Kenapa Wan Azizah Jealous Dengan Lelaki Yang Rapat Dengan Anwar Ibrahim?



PANAS!! Terkejut jugak tadi lepas baca pendedahan dari portal RPK, Malaysia TodayRPK mendedahkan surat daripada Saudara Mohd Fareez Kamal Intidzam (KPT: 890625-10-5273), iaitu Setiausaha Politik YB Mak Lampir (Zuraida Kamaruddin). Surat ini telah ditujukan khas kepada Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 04/03/2013. Dibawah saya akan senaraikan secara ringkas intipati surat tersebut.

Saudara Fareez telah menyatakan bahawa:

  • Punyai hubungan yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim.
  • Bekerja sebagai Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) kepada Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.
  • Isteri Anwar Ibrahim, Si Wan Azizah dan Anak Anwar Ibrahim, Si Nurul Izzah amat mencemburui hubungan baik Fareez dan Anwar.
  • Wan Azizah dan Nurul Izzah akan menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar.(termasuk Fareez)
  • Meminta Pak Hadi mendesak supaya Wan Azizah undurkan diri daripada jawatan Presiden KEADILAN sebelum PRU-13.
  • Wan Azizah tidak layak menjawat jawatan Presiden KEADILAN dan akan memalukan Pakatan Rakyat kerana beliau tidak boleh bertanding di kerusi Parlimen.
  • Mencadangkan Azmin Ali menggantikan tempat Wan Azizah kerana Azmin adalah pemimpin yang 'lengkap' dan sangat berbeza kreadibilitinya jika dibandingkan dengan Wan Azizah.
Lampiran surat dari Fareez kepada Hadi Awang:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/54912-is-azmin-ali-making-his-move-or-is-this-sodomy-3

Screenshot dari artikel RPK:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/54912-is-azmin-ali-making-his-move-or-is-this-sodomy-3

Secara asasnya, memang betul kenyataan pertama Saudara Fareez itu, iaitu Wan Azizah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Presiden KEADILAN. Menurut sumber lain, Wan Azizah berpolitik adalah kerana didesak untuk berpolitik oleh penyokong suaminya, Anwar Ibrahim Al-Tarturk. Tak guna berpolitik dan memegang jawatan setinggi everest jika ianya hanyalah kerana perasaan cemburu itu dan tak guna jadi keldai. Selain itu, sumber juga berpendapat bahawa Wan Azizah adalah seorang yang HIPOKRIT kerana kaum ibu ditimbakan dengan air mata beliau dan pelbagai penipuan telah dibuat Wan Azizah dengan pengubahan teks ucapan supaya dapat menaikkan kemarahan rakyat kepada pihak kerajaan:

Bukti screenshot emel:



Ketiga Kak Wan menghina wanita bertudung kerana kerap kali mempertahankan konon suaminya tidak terlibat dalam kegiatan seks di luar tabie. 
Jika benar Anwar Ibrahim bukan jenis lelaki yang menyukai lelaki jambu kenapa Kak Wan cemburu luar biasa kepada lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar? 
Dia sanggup menipu berjuta wanita di Malaysia dengan imej warak, tudung, sopan, lembut puii!, walhal di dalam dirinya penuh dengan kejahatan sehingga ahli PKR sendiri melihat dia tak layak menjawat jawatan no.1 dalam parti. 
Double-Y

Banyak persoalan yang terungkap daripada surat yang ditulis saudara Fareez ini. Salah satu yang paling melekat lekit dalam akal fikiran ni adalah "Kenapa Wan Azizah Cemburu Dengan Lelaki Yang Rapat Dengan Anwar Ibrahim?" Nasib baik persoalan pertama dah terjawab. Hahaha!

P/S: So, maknanya hubungan sulit Anwar dan Shamsidar tu kak Jijah tak cemburu lah yer? 

MY SLIDESHARE UPLOAD