Monday, March 19, 2012
Cayalah... PM @NajibRazak Yakin Akan Tawan Selangor PRU-13 Nanti !!
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara terbuka mengakui keyakinan beliau yang Selangor akan kembali dirampas Barisan Nasional (BN) semakin bertambah selepas melihat fenomena gelombang biru yang ditunjukkan rakyat negeri itu. Perdana Menteri yang teruja dengan sokongan padu lebih 20,000 penduduk setiap kali beliau turun padang di Selangor berkata, jika itu gelombang yang ditunjukkan, ia bererti rakyat sudah bersedia pada bila-bila masa untuk kembali memberi kepercayaan kepada BN. “Saya lihat hari ini satu kehadiran yang sangat meriah, sangat bersemangat dan cukup menyakinkan saya sebagai Pengerusi BN Selangor. Tahap keyakinan saya kini semakin bertambah dan kalau inilah gambarannya, insya-Allah Selangor kembali ke pangkuan BN. “Sudah cukup empat tahun pembangkang tadbir Selangor. Adakan janji ditunaikan? Adakah pentadbiran mereka betul,” katanya di hadapan lebih 20,000 penduduk semasa berucap sempena program Perdana Menteri Bersama Rakyat, di sini hari ini. -utusan
BEST NI.. ANWAR DIHENTAM OLEH BEKAS PEMIMPIN PAS !!
Tolak pemimpin ada masalah moral
Awat hang hentam aku sheikh? Punggahhhh... |
Pemimpin yang mempunyai masalah moral tidak layak diberi amanah atau mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya. Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan seumpama itu juga langsung tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Justeru, kata beliau, rakyat sewajarnya berfikir dan bertindak lebih matang dengan tidak memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan masalah moral serius termasuk salah laku seks. "Takdir Allah mendedahkan akhlak pemimpin sebegini yang tidak ikhlas dalam perjuangan politik Islamnya, walhal mendakwa berjuang atas nama parti Islam. "Perkara ini didedahkan (jika benar) supaya rakyat boleh melihat dan berfikir bahawa orang seperti ini tidak layak diberi mandat atau amanah, tidak layak diangkat sebagai pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)