Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

PANAS! ULAMAK DILABEL SEBAGAI MANUSIA BODOH!


Saya tertarik dengan artikel yang diterbitkan di laman blog PPIM yang menceritakan bahawa pihak PPIM telah menerima kiriman surat oleh pengirim misteri. 

Pengirim itu dikatakan mengirimkan surat tersebut kerana berang dengan kenyataan yang dimanipulasi oleh akhbar The Malay Mail yang dilihat sengaja untuk membangkitkan kemarahan kaum cina. 


Oleh itu, Pengirim itu telah melabelkan Islam sebagai agama yang ekstrim, hukum hudud dihina serta ulamak dari parti PAS juga turut dikaitkan dan dilabel bodoh.

UNTUK PERINCIAN LEBIH LANJUT, BACA DIBAWAH:
DARI MEJA PENGARANG : PENGIRIM SURAT MISTERI DIMINTA TAMPIL DAN MENGULANGI PENGHINAAN ISLAM SEBAGAI AGAMA EKSTREM!

Kenyataan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berhubung laporan akhbar The Malay Mail bertajuk 'Swindling is part of Chinese trading culture, Muslim group claims' pada 15 Julai 2015 terus menjadi bahan dan diputar belit oleh pihak berkepentingan bagi membangkitkan sentimen perkauman. 
Difahamkan terdapat beberapa laporan dibuat ke atas Datuk Nadzim Johan, namun sehingga ke hari ini pihak PDRM belum memanggil Ketua Aktivis PPIM untuk rakaman percakapan. Malah perkara ini turut dijelaskan pada hari yang sama di mana pihak admin Facebook PPIM membuat penafian terhadap kenyataan yang dilaporkan oleh The Malay Mail. 

 
Ironinya, segala penafian yang dibuat oleh PPIM seperti tidak diterima pakai oleh sekelompok kaum Cina di mana beberapa portal difahamkan mengulangi kenyataan tersebut bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap PPIM. 
Pihak PPIM tidak gentar untuk berkata benar, malah Datuk Nadzim Johan sendiri menyatakan kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan The Malay Mail di mana beliau turut membuat penjelasan selepas perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan. 
Namun minggu lepas, pihak PPIM menerima sepucuk surat dari pengirim misteri yang meluahkan perasaan marah kepada Datuk Nadzim Johan. 
Malangnya, tindakan pengirim tersebut hanya menunjukkan terdapat sekelompok kaum cina yang memang rasis dan biadap serta bersikap anti Islam. 
Rujuk surat yang dikirimkan kepada Datuk Nadzim Johan : 
 
Pengirim bukan sahaja menyifatkan Islam sebagai agama yang ekstrim malah turut menghina Hukum Hudud di mana menyifatkan ahli dan ulamak dalam parti PAS sebagai manusia bodoh dan hanya tahu berbicara soal Hudud. 
Justeru, kami di pihak PPIM ingin mempelawa pengirim surat agar bertemu dengan kami dan mengulangi pendirian sebagaimana dinyatakan dalam surat tertera. 
Cabaran kepada agama Islam semakin besar, kami di PPIM tidak akan membiarkan kesucian agama terus dihina oleh puak pelampau yang terbukti rasis dan bersifat anti Islam. 
 SUMBER

Wednesday, October 8, 2014

OKTOBERFEST SELANGOR: BUKTI PERJUANGAN ISLAM ADALAH RETORIK PAS SEMATA-MATA!


Saya pun pelik mengapa tiada langsung suara dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam membantah pesta arak anjuran Carlsberg - Oktoberfest yang telah bermula 24 September lalu di Shah Alam, Selangor.

Amat mendukacitakan kerana suara yang keluar dari parti itu adalah suara yang menyokong. Masih tidak dengar lagi suara bantahan. PAS dah pupus ke?

Baca kenyataan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung pesta arak ini:

image1-721382

Pesta Arak Oktoberfest bermula 24 September baru-baru ini dianjurkan oleh Syarikat Carlsberg di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel. 
Kemuncak pesta dijadualkan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya. 
Mengikut kenyataan Ahli Parlimen Pas Shah Alam YB Khalid Samad, Pesta Arak Oktoberfest TIDAK BOLEH DIHALANG dengan mengambil kira Malaysia adalah sebuah negara majmuk.  
Apabila terkena batang hidung sendiri pandai pula menggunakan alasan masyarakat majmuk. 
Apabila terkena pada UMNO, sampai tujuh keturunan maki hamun tak habis. PAS sebagai sebuah parti ISLAM yang menduduki majoriti kerusi di Selangor jelas gagal memainkan peranannya sebagai sebuah parti Islam. 
“HARI INI KITA MENANG, ESOK SUBUH KITA TUTUP KILANG ARAK” 
Begitulah bunyinya semasa Pas berkempen Pilihanraya Umum 2008.
Sudah dua penggal. Jangankan nak tutup, siap tawarkan tapak baru di Pelabuhan Klang sekiranya pihak Carlsberg ingin melakukan ‘extension’. 
Ini disuarakan sendiri Khalid Samad ketika melakukan ‘lawatan kerja’ ke kilang Carlsberg pada 7 Ogos 2010.  
Cakap tak serupa bikin. Dihadapan penyokong bagai nak terlondeh serban memaki hamun UMNO tidak Islamik. 
Adakah dengan menyokong Pesta Arak, tidak berpegang pada janji untuk menutup kilang malah menawarkan tapak yang lebih luas merupakan perjuangan Islam? 
KLXPRESS
Apa itu Oktoberfest? - (RUJUK SINI)

Oktoberfest 

FAKTA & SEJARAH 
Oktoberfest adalah festival musim gugur tahunan yang berlangsung di Munich, Jerman. 
Festival ini identik dengan sajian bir dalam jumlah besar beserta berbagai makanan tradisional Jerman, serta banyak kegembiraan lainnya. 
Dengan beberapa pengecualian karena perang, Jerman telah merayakan Oktoberfest setiap tahun sejak tahun 1810. 
Banyak masyarakat dengan populasi besar orang Jerman merayakan versi Oktoberfest mereka sendiri, mendorong warga lain untuk turut merayakan warisan Jerman dan bergabung dalam kegembiraan bersama. 
Oktoberfest pertama sebenarnya merupakan acara pacuan kuda yang diselenggarakan untuk merayakan pernikahan Putra Mahkota Ludwig I dan istrinya Therese Saxe-Hildburghausen. 
Perlombaan itu begitu sukses sehingga mereka memutuskan untuk mengadakan acara tersebut secara teratur. 
Seiring waktu, bir turut andil dalam festival hingga akhirnya menjadi fitur utama dari Oktoberfest. Pacuan kuda akhirnya ditiadakan sejak pertengahan abad ke-20. 
Selanjutnya

Berikut adalah video sambutan Oktoberfest sebelum ini..

BAYANGKAN SAMBUTAN PESTA ARAK NI DIADAKAN DI SHAH ALAM?


Friday, August 29, 2014

#KrisisMBSelangor: PAS DAN PKR 'BERLAWAN' MAIN 'U-TURN'?APA CER NI?



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak pencalonan PAS untuk menjadi calon menteri besar Selangor dan menyokong pendirian partinya untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya untuk memimpin negeri terkaya dalam negara itu.

"Namun, saya ingin ulangi pendirian saya dari awal saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR, presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu dalam satu kenyataan hari ini.

Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

PAS tidak sehaluan dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP yang menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan 29 daripada 56 Adun Selangor termasuk 2 Adun PAS.

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnol Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana merasakan keperluan untuk menyelamatkan PR walaupun PAS masih berdolak-dalik dalam krisis menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan menghantar lebih daripada 1 nama kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri terkaya itu.- TMI

Wednesday, June 18, 2014

TO MP PAS RANTAU PANJANG: APA GUNA BERTUDUNG LABUH, TAPI MULUT MACAM SUNDAL!!

APA RESPON AHLI PARLIMEN PAS RANTAU PANJANG TERHADAP PROGRAM PERMATA NEGARA?

Memang tak dinafikan bahawa Program Permata Negara adalah sebuah program yang mulia ilham isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Tetapi, ada pula manusia busuk hati...

MP PAS Rantau Panjang, Siti Zailah telah mengeluarkan kenyataan yang agak negatif dan sama sekali tidak menggambarkan sikap seorang individu berstatus Ahli Parlimen.

Menteri di JPM, DS Shahidan Kassim telah membidas MP PAS tersebut dengan kenyataan yang begitu sinonim dan tepat untuk MP PAS ini.

SUMBER: GPB

Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,”kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

“Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.

“Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

“Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara,” kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf  di peringkat antarabangsa.

P/S: HIPOKRIT!!! APA GUNA BERIMEJ MUSLIMAH DENGAN BERSELINDUNG DIS  EBALIK TUDUNG LABUH, TETAPI MULUT MACAM SUNDAL & HATI BUSUK MACAM SAMPAH!!

TAK GUNA BERAMAL SIANG MALAM, BELUN TENTU ALLAH S.W.T TAALA REDHA KALAU BERSIKAP MACAM TU...

Monday, May 19, 2014

#PRKTelukIntan: PAS CIPTA REKOD SEBAGAI PARTI ISLAM YANG SOKONG PENENTANG HUDUD!! @dyanasmd

PAS menyatakan pendirian untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada DAP bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti. - HARAKAH DAILY (19 Mei 2014)

Mana janji PAS mahu perjuangkan hudud? Inikah yang dinamakan parti ISLAM??

Nampak sangat tidak ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah ni! Jangan hanya pandai berlakon sahaja. 


Belum sampai 3 hari selepas nama Dyana Sofya diumumkan oleh Lim Kit Siang sebagai calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana awal-awal lagi sudah menyatakan hasratnya untuk MENENTANG HUDUD!! 

JOM BACA KOLEKSI HUDUD PAS DI HARAKAH [SINI]


PELIK JUGA, KENAPA PAS MASIH SOKONG DYANA SOFYA? BUKANKAH PAS DAH DECLARE AKAN PERJUANGKAN HUDUD? HAHA! NAMPAK TAK PERMAINAN DISITU?

WAYANG APA NI?
Baca sini untuk lebih lanjut: Undi menentang Hudud sekiranya menang PRK Teluk Intan - Dyana Sofya


Semalam laman berita Astro Awani melaporkan sebab mengapa DAP mencalonkan Dyana di Teluk Intan, saya percaya HUDUD juga adalah terkandung dalam modus operandi mereka.

BACA PETIKAN BERITA DIBAWAH PULA:
Kenapa DAP Calonkan Dyana Sofya?
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, DAP memenangi kerusi tersebut melalui calonnya, Seah Leong Peng mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. 
Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu akibat penyakit barah.
Teluk Intan merupakan kawasan majoriti pengundi Cina tetapi mempunyai saiz pengundi Melayu yang besar. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India. 
Di kawasan majoriti pengundinya adalah kaum Cina, DAP mengenepikan bekas ketua penerangan pilihan rayanya, Hew Kuan Yau dan memilih seorang gadis Melayu yang sangat muda, Dyana Sofya. 
Kenapa Dyana Sofya? Soalan yang lebih tepat lagi: Kenapa calon Melayu dipilih untuk kawasan majoriti pengundinya Cina? Apakah DAP telah ketandusan calon Cina untuk dipertaruhkan? Ya benar, Dyana Sofya yang berasal dari Ipoh itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang. Dia lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia muda tetapi menunjukkan bakat untuk maju -- bijak, ternampak matang dan pandai berhujah. 
Dyana Sofya juga diakui ramai, termasuk di kalangan ahli-ahli UMNO, sebagai seorang gadis Melayu yang comel. Tetapi bukan faktor bijak dan comel semata-mata yang menjadi perkiraan DAP, sebaliknya parti yang selalu dilabelkan sebagai "anti Melayu" dan kononnya "membawa fahaman Komunis" itu menyedari bahawa mereka perlu memenangi undi orang Melayu. 
(Nota: DAP sebuah parti yang membuka keahliannya kepada semua kaum, berfahaman demokrat sosialis, percaya kepada kesamarataan antara semua kaum dan memperjuangkan sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.)


 
DAP menyedari bahawa kaum Melayu adalah majoriti di negara ini dan mahu tidak mahu, mereka perlu mendekati pengundi Melayu, perlu memenangi hati pengundi Melayu. Usaha ini bukan hanya untuk Teluk Intan, tidak, DAP tidak hanya fikir Teluk Intan, tetapi mereka memikirkan dan merangka strategi untuk PRU14. 
Parti yang dilabel oleh banyak orang Melayu sebagai "anti Melayu" dan "membawa fahaman Komunis" itu sedar bahawa mereka perlu memenangi hati pengundi Melayu dalam PRU14 akan datang. DAP sangat tegas menolak pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud di Kelantan. Kerana menolak secara total hukum hudud, DAP bukan hanya dianggap parti yang "membawa fahaman Komunis" tetapi juga dianggap sebagai anti Islam. 
Kerana bertegas menolak hudud, maka DAP dianggap anti Islam dan anti Melayu kerana di negara ini Melayu itu Islam -- biarpun berbuih mulut pemimpin DAP menjelaskan mereka menolak hudud kerana ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan sebab anti Islam atau anti Melayu.
Atas faktor itu iaitu faktor agama, orang Melayu menolak DAP dan kerana menyedari Melayu adalah majorti, maka DAP perlu berusaha mencari jalan untuk terus dekat dengan orang Melayu. Maka kali ini, Dyana Sofya, gadis Melayu lulusan UiTM dipilih sebagai calon. 
Selain faktor Melayu, DAP juga menyedari menjelang PRU14, golongan muda merupakan majoriti di negara ini. Ada dua kelompok majoriti yang perlu ia hadapi: Melayu dan orang muda. Dyana Sofya berusia 27 tahun, selain diakui comel, dia juga masih muda. Bagi generasi muda, selain PKR, kini DAP dilihat sebagai parti yang memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya. 
Parti politik yang membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada orang muda akan mudah lebih dekat dengan golongan muda. Parti ini juga akan dilihat 'cool' kerana yang sudah veteran tidak hanya melihat bahawa hanya yang sudah berusia layak untuk bergelar wakil rakyat tetapi anak muda juga berpeluang menjadi Yang Berhormat yang akan berkhidmat. 
Jadi, 'Projek Dyana Sofya' bukan semata-mata untuk Teluk Intan tetapi ia adalah usaha DAP mendekati golongan muda. Parti yang sering dilabel dengan bermacam-macam yang negatif ini mahu dilihat 'cool' dan memberi peluang kepada golongan muda. Bakat anak muda yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bukan dicantas sehingga hilang dari radar politik negara. 
Usaha memenangi golongan muda ini perlu segera dicontohi oleh UMNO dan juga rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS. Dua parti yang mewakili orang Melayu ini berusaha gigih mendekati anak muda tetapi dilihat tidak memberi peluang kepada golongan tersebut. 
Dyana Sofya simbol usaha DAP mendekati orang Melayu dan golongan muda. Tetapi 'Projek Dyana Sofya' ini bukan projek Teluk Intan semata-mata sebaliknya ia strategi untuk menghadapi PRU14. - SUMBER
SEBELUM SOKONG, KENAL-KENAL LA DULU DENGAN CALON.... JANGAN HANYA TAU PEKIK "HIDUP, HIDUP!!" SAJA...

NI DIA PROFIL CALON.. 
LATAR BELAKANG BIODATA DYANA SOFYA MOHD DAUD SETIAUSAHA POLITIK PEMIMPIN DAP LIM KIT SIANG – MEMPERJUANGKAN HAK BUKAN MELAYU GRADUAN UiTM 
Nama sebenar, Dyana Sofya Mohd Daud. Anak muda ini merupakan Setiausaha Politik Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang telah diperkenalkan dalam satu sidang media di Perak pada Januari 2012. Dyana Sofya pada ketika itu turut diperkenalkan bersama seorang lagi graduan jururusan undang-undang dari UiTM iaitu Fairuz Azhan Amirruddin. 
Biodata Dyana Sofya Mohd Daud
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah. 
Kelantangan Dyana Sofya Mohd Daud
Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu. 
Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam. 
“Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu. Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM. – Dyana Sofya 
Dyana Sofya Dituduh Sebagai Pengkhianat Bangsa
Tindakan Dyana yang memperjuangkan hak bukan bumiputera dan memilih untuk bersama DAP telah mengundang pelbagai pandangan negatif dari sesetengah pihak dan beranggapan Dyana merupakan pengkhianat bangsa. Namun dari sudut positifnya, Dyana dilihat mampu memecahkan tembok yang dibina andata orang melayu dan bangsa cina berikutan Dyana Sofya kini merupakan seorang berjawatan tinggi dalam DAP.  
SELANJUTNYA

Saturday, April 19, 2014

APA KAITAN 'SYUHADAH, AL-FATIHAH & KALIMAH SYAHADAH' PADA KARPAL SINGH? #PASSesat


Daripada apa yang saya lihat.. Petikan Artikel bertajuk "AL FATIHAH : PERGINYA SEORANG SYUHADAH" dari laman blog Unit Amal PAS agak terpesong dari landasan keislaman.. Sampai disebabkan politik pun mereka boleh 'MENSYUHADAHKAN SEORANG KAFIR'....Wallahualam..

Perkara ini kecoh sejak hari mendiang Karpal Singh kemalangan, Sila baca dan nilai sendiri... 

Berikut adalah petikannya:

*Tulisan yang saya 'BOLD' kan itu pada pandangan saya, agak melampau dan perlu diselidik semula.
LINK: http://unitamal13.blogspot.com/2014/04/al-fatihah-perginya-seorang-syuhadah.html
AL FATIHAH : PERGINYA SEORANG SYUHADAH  
Unit Amal PAS Pusat mengucapkan Takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh Ram Singh di atas pemergian mendiang malam tadi dalam satu kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh raya Utara - Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, Perak. 
Unit Amal menyeru seluruh umat Islam menyedekahkan al Fatihah ke atas mendiang YB Karpal Singh. semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhadah. 
Suka Unit Amal tekankan di sini, adalah tidak menjadi kesalahan kita menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang Bukan Islam yang meninggal dunia. Ini kerana Islam adalah agama untuk seluruh umat, Islam adalah agama yang adil, Islam adalah agama yang menganjurkan syak wasangka yang baik walaupun terhadap musuh kita. Al-Fatihah adalah satu bentuk sedekah kita terhadap sesiapa jua. 
 

Malah dalam bual-bual subuh tadi ada seorang sahabat menyatakan mendiang YB Karpal Singh boleh di anggap sebagai seorang syuhadah kerana perjalanannya adalah untuk menjalankan tugas menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman undang - undang yang menekan rakyat marhaen. 
Ini jelas, perjuangan & pengorbanan yang di tuntut keatas setiap umat di muka bumi ini. TIADA dakwa-dakwi perjuangan mendiang adalah ke jalan kebenaran. 
Semoga YB Karpal Singh di saat-saat akhir nafasnya sempat mengucapkan kalimah Syahadah...maka syurga lah tempat yang sebaik-baiknya keatas mendiang. 

Ini pula adalah 'screenshot' penuh artikel tersebut (Takut ada pihak yang kata kita ni edit pula kan...):


Wednesday, April 16, 2014

#GST: BUKTI PAS KERAH AHLINYA HADIR HIMPUNAN BANTAHAN PADA 1 MEI INI..


Dah terang-terang bahawa Good Service & Tax (GST) adalah benda yang mengurangkan beban rakyat. Tapi pelik, kerana pembangkang masih membantah dan tidak setuju dengan perlaksanaannya yang bakal dilancarkan pada april 2015 ini.

Yang menariknya, PAS siap keluarkan surat khas untuk mengerah ahlinya hadiri himpunan bantahan GST yang akan diadakan pada 1 mei ini. Nampak sangat mereka sudah terdesak kerana ramai yang tidak bodoh membantah GST.

Walhal, Anwar sendiri sudah 'declare' bahawa PAKATAN akan laksanakan GST ini sekiranya mereka memerintah.

Kalau BN mereka bantah, kalau mereka nak buat apa pun OK. Grr!!

#HUDUD: HOT!! TG HADI AWANG SUDAH KASI WARNING PADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG KERAS HATI!!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.


"Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. - UTUSAN


Wednesday, February 19, 2014

MUSIM KEMARAU: PENCACAI PAS KATA "INI SEMUA SALAH UMNO!!"


Nampaknya kebodohan puak PAS ini semakin menjadi-jadi!! Kenapa sampai sanggup kata begini?

Takkan sampai disebabkan kesan musim panas dan menyebabkan rekahan tanah, pencacai PAKATAN kata ini semua disebabkan pemimpin UMNO/BN tak dapat selesaikan?

FYI, ini sedikit pun tidaka ada kena mengena dengan politik!!

Untuk lebih menarik lagi, boleh rujuk blog Medan Tempur Kedah & Kedah Ke KL

Monday, December 16, 2013

PERBEZAAN UMNO DAN PAS YANG ANDA PERLU TAHU!!

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

l Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.

l Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

l Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap ‘suara UMNO’ dan ‘suara kerajaan’. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP ‘mendidik’ rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

l ‘Menjatuhkan’ Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

l Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

l Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.

- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu dilihat sekadar ‘pak turut’ dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP.

Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu. Sebenarnya, banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas. Sebab itulah, orang Melayu perlu mengkaji, meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.

Apatah lagi, Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, ”Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.

Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ”…Selagi hayat dikandung jasa, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.”

Oleh itu, sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang, tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.

Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.

Saturday, December 14, 2013

#Syiah: PESANAN IKHLAS BUAT MAT SABU!!

Berkait dengan entri saya sebelum ini, sila rujuk [SINI] dan [SINI].


Nampaknya JAKIM telah keluarkan kenyataan mengenai isu Syiah yang semakin berleluasa dan ibarat dah tak lut dengan undang-undang. Dalam kenyataan itu, penerangan terperinci mengenai ajaran Syiah juga didedahkan.

Baca kenyataan JAKIM dibawah:

Semua Ajaran Syiah Di Malaysia Adalah Menyeleweng Daripada Hukum Syarak

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.

* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Tidak ada Solat Jumaat.

* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.

* Menghalalkan nikah Muta’ah.

* Menolak Ijmak Ulama.

* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.

* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.


Dengan memberi contoh nikah Muta’ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta’ah telah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam,” katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

“Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

“Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

“Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta’ah…boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama,” katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

“Ini angka kita (JAKIM) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya…saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

“Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata ‘tidak boleh’ ubah angka ini, kekal…jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah,” katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.

“Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang,” katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

“Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani…macam barah,” katanya.

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

“Kita telah membuat jerayawara…bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.

“Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian,” katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa,” katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

“Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

“Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri,” katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

“Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

“Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani,” katanya.

SUMBER: SUARA.TV

Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PANAS!! USTAZ KAZIM DEDAHKAN PEMIMPIN PAS GELARNYA 'ANAK BABI'!!

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.


Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC

Tuesday, November 26, 2013

PANAS: AKHIRNYA, PAS BERSETUJU UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN UMNO!!!


Agak terkejut dan tidak sangka bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi buka mulut untuk bermuzakah bersama UMNO. Alhamdulillah, syukur.

TONTON VIDEO DIBAWAH:


Ini adalah satu permulaan yang baik dan diharap ia dapat membuka mata kepada segelintir penyokong melayu "taksub pakatan" bahawa ini adalah nilai yang patut dibuat bagi mengekalkan majoriti melayu di negara kita.

SOKONG!!

Friday, November 22, 2013

[VIDEO] HUDUD: BENARKAH IANYA AKAN DILAKSANAKAN ATAU SEKADAR RETORIK POLITIK?

Daripada kenyataan yang dikeluarkan dari mulut bekas pemimpin atasan Pakatan Rakyat ini dan juga merupakan seorang hakim, Zulkifli Nordin... Memang jelas dan terbukti bahawa PAS hanya menggunakan hudud itu sebagai umpan untuk meraih undi. 

"Hakim dah cakap boleh, tu maknanya hudud dah boleh start"... Tapi apa respon PAS?

[VIDEO] #PemilihanPAS: PAS PARTI KRONI & PAS TAKKAN MAJU JIKA MASIH DI TAKOK SAMA!! #MuktamrPAS59

SILA TONTON SAMPAI HABIS VIDEO DIBAWAH:

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau: AYUH HIJRAH SEMPENA MAAL HIJRAH!! WAJIB TOLAK PAS!!! #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur




Selamat menunaikan tanggungjawab kepada 27,287 pengundi berdaftar di DUN N20 Sungai Limau. 





Sejak hari penamaan calon hinggalah ke hari ini (3/11/2013), dilihat BN mempunyai potensi besar untuk menang pada PRK kali ini. Daripada keperibadian yang dimiliki oleh Calon BN. Nampak gaya, dapat mengatasi mojoriti yang dimenangi PAS pada PRU-13.

Daripada sumber-sumber rakan bloggers lain pula, melalui maklumat yang mereka perolehi, nampaknya cenderung kepada BN. Boleh rujuk dibawah:

Dari laman KEDAH KE KL:

HOT! Penipuan Azam Samat dah terbongkar! #PrkSgLimau

Mula-mula dulu depa dok sebar gambar Azam dengan Allahyarham Ustaz.. dari blog hingga ke masjid-masjid. Kononnya itu untuk membuktikan si Azam ni 'rapat' dengan Allahyarham Ustaz. Ya laa.. masa mula-mula jadi calon dulu, depa dok kata si Azam ni rapat sangat dengan Allahyarham Ustaz, rupanya dia lagi rapat dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz si Phahrolrazi tu.

Kemudian Utusan Malaysia pun keluarkan kisah


Bila dah kantoi si Azam ni memang sah dua pupu kepada Phahrolrazi dan mereka juga satu team di Pas Jerai untuk menekan Allahyarham Ustaz semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, Pas lagi galak keluarkan gambar calon depa bersama Allahyarham Ustaz dalam blog, dan perbanyakan risalah gambar Azam dan Allahyarham Ustaz dikampung-kampung dan masjid sekitar Sungai Limau.

Sedang mereka asyik menjadikan gambar Azam dan Allahyarham Ustaz sebagai modal utama kempen di Sungai Limau. Tiba-tiba,




TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!



Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.






#PRKSgLimau : Undi PAS, DAP Puas!

11/04/2013

Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun di tempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

*Undi PAS, DAP Puas!


Sempena hari mulia Maal Hijrah yang akan menjelang esok, ayuh HIJRAH!!



Saturday, November 2, 2013

PART 1: #PRKSgLimau - SEBAB KENAPA ANDA PERLU #BeraniHijrah UNTUK PERUBAHAN #N20SgLimau!!


Berikut adalah sebab dan jawapan kenapa pengundi di DUN Sungai Limau perlu tolak PAS pada Pilihan Raya Kecil ini. Ini semua adalah demi kesejahteraan dan kebaikan kepada penduduk Sungai Limau sendiri bagi memastikan mereka semua dapat merasa 'hasil kerja' dalam agenda utama negara kita, iaitu TRANSFORMASI.


Part I - AGAMA ISLAM DIJUAL BELI, HUKUM SYARIAH DIJADIKAN BAHAN MAINAN KETIKA KHUTBAH JUMAAT. 

Pada khutbah jumaat pada solat jumaat semalam (1/11/2013), di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau,  Khatib yang menyampaikan khutbah pada waktu itu telah menjatuhkan hukum baru, iaitu WAJIB TOLAK KERAJAAN. Malah, dalam masa yang sama dia turut menghasut dan memburukkan kerajaan pusat agar dapat mencetuskan imej negatif supaya pengundi di N20 Sungai Limau mengundi PAS. 

Saya mahu ajukan satu soalan kepada Khatib tersebut - Pernahkah Majlis Fatwa Negara keluarkan kenyataan rasmi bahawa rakyat Malaysia WAJIB TOLAK KERAJAAN sedia ada? Tidak pernah bukan?

Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah teks khutbah tersebut telah ditulis sendiri tanpa ada kelulusan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Disamping, ada ura-ura mengatakan bahawa doa yang dibacakannya ketika khutbah tersebut tidak langsung mendoakan kesejahteraan Pemangku Sultan Kedah, Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah tetapi mendoakan kesejahteraan calon PAS N20 Sungai Limau Ustaz Azam Samad.

Khatib ini perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah supaya hal 'jual beli agama' seperti ini menjadi perkara yang tidak remeh-temeh dan dapat dijadikan pedoman kepada orang (muslim) lain.

Tonton video dibawah sebagai BUKTI:


Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau: HOT!! TERHANGAT!! KEHADIRAN @anwaribrahim DITOLAK PENYOKONG PAS #N20SungaiLimau!! #BeraniHijrah


PEMBANGKANG TOLAK PEMBANGKANG??

Apa yang lebih memeranjatkan ialah PAS menolak kehadiran ketua mereka sendiri di Sungai Limau. Ini bermakna bahawa mentaliti dan dasar perjuangan PAKATAN adalah TIDAK RELEVAN dan WAJIB DITOLAK!!

Bayangkan apa akan terjadi dan apakah nasib yang bakal menimpa kepada penduduk Sungai Limau sekiranya mempunyai pentadbiran yang berbeza pendapat dan hala tuju. 

Seperti apa yang saya tulis sebelum ini [SINI] mengenai 'serangan' portal pembangkang THE MALAYSIAN INSIDER terhadap tayangan filem patriotik TANDA PUTERA di Sungai Limau malam ini iaitu dengan mensabotaj dengan cara sindiran dan merendah-rendahkan kualiti filem tersebut.

Sekali lagi saya ketengahkan - TMI PATUT MINTA MAAF PADA PIHAK PRODUKSI FILEM TANDA PUTERA.

Walau apa-apa pun, kita tunggu respon dari penduduk Sungai Limau terhadap kehadiran Anwar Ibrahim malam ini. 

CEKIDAUT!

MY SLIDESHARE UPLOAD