Tuesday, April 3, 2012

GEMPAR!! PELAJAR IPTA DICULIK!!!

Nama : Karen Ying
Asal : Papar, Sabah
Pelajar Tahun 3 UKM Kampus KL (Jalan Temerloh)
Menurut info yang gua dapat dari pelajar kampus berkenaan, pelajar ini telah diculik di asrama beliau semasa beliau ke tandas pada pukul 2 tengahari tadi. Untuk pengetahuan korang, semalam ada pelajar telah terjumpa mayat orang dibunuh dihadapan kolej ini. Gempar ni... Ayuh sama-sama kita doakan keselamatan mereka semua... 

MOHON DISEBARKAN.....

MB Selangor @Khalid_Ibrahim Kantoi Menipu Lagi?? Hahahaha!!!


Kerajaan negeri Selangor yang berjanji akan menyelesaikan isu penyambungan kabel elektrik di Kampung Sungai Terentang, Rawang masih gagal berbuat demikian menyebabkan kemungkinan berlaku masalah bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung termasuk ibu kota, bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, janji tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang turut dihadirinya pada 22 Disember tahun lalu.

"Malah, beliau (Abdul Khalid) sendiri berjanji akan menemui penduduk di Kampung Sungai Terentang dua minggu selepas mesyuarat itu, malangnya sehingga hari ini sudah hampir tiga bulan, beliau tidak pergi pun ke kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan negeri Selangor hanya pandai menabur janji-janji kosong untuk menyelesaikan banyak isu di negeri itu selepas 100 hari pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri.

"Pemasangan kabel ini penting untuk negara, kalau tidak dilaksanakan, seluruh negara akan menghadapi masalah elektrik dan bergelap. Kalau masalah lain boleh ditangguh, tetapi masalah ini yang melibatkan infrastruktur rakyat perlu diselesaikan segera," katanya.

Beliau berkata, isu yang sama pernah dinyatakannya pada tahun lalu mengenai kemungkinan beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur bakal 'bergelap' pada Mei ini jika pemasangan itu di bawah projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) tidak disiapkan secepat mungkin.

Kata beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersetuju terhadap sebarang alternatif atau laluan lain bagi memastikan penyambungan itu dilakukan berikutan bantahan daripada penduduk setempat.

"Konsultan dari Australia sudah dilantik, jadi mengapa masih belum ada penyelesaian berhubung perkara ini," ujar beliau.

Projek CAR yang menelan kos RM300 juta dimulakan sekitar 2005 melibatkan pembinaan menara pencawang elektrik sepanjang 60 kilometer, namun baki satu kilometer yang melalui kawasan kampung berkenaan tertangguh sejak empat tahun lalu berikutan bantahan penduduk.

Projek berkenaan bertujuan menyalurkan bekalan elektrik dari stesen-stesen janakuasa di Perak ke kawasan tengah Semenanjung untuk mengurangkan beban di stesen bekalan elektrik sedia ada.

Ia merupakan langkah susulan TNB ekoran gangguan bekalan elektrik serius yang melibatkan kawasan tengah Semenanjung hingga ke selatan pada 13 Januari 2005. - utusan

#AmanKampus : Pelajar USM Balun Mahasewel Sampai Tercungap !!


Rakaman sekitar program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 di USM dan sessi Info Siswa yang dijalankan di bandar Goergtown.

Ikuti bicara YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamal yang memberi sedikit komen mengenai tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak serta komen dari mahasiswi berbangsa cina yang turut menyertai program jelajah Aman Kampus.


SUMBER : DOUBLE-Y

MY SLIDESHARE UPLOAD