Showing posts with label aman kampus. Show all posts
Showing posts with label aman kampus. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Asas Kuasa Politik Mahasiswa Adalah Pemansuhan AUKU : @tunfaisal


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar. - SINAR

Friday, April 27, 2012

HOT!! [FOTO] : #AmanKampus Sokong LGBT?? Hari Tu Kata #AntiLGBT .. Apa Cer Ni??


Apa cer ni sokong LGBT? Kenapa tak join #Bersih3 jer? Follow ikut kepala korang si Ambiga tu. Apa la nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni kan. Contohnya macam gambar kat atas. Kita kena ikut cara macam ni baru betul :


Pagi tadi Aman Kampus telah adakan satu forum yang membincangkan topik bertajuk 'Mahasiswa tolak LGBT dan seks bebas' telah diadakan di Universiti Malaya. Program ini telah dihadiri Tan Sri Lee Lam Thye sebagai panelis. Terbaikkk...












[FOTO] HOT!! #AmanKampus Terjah KL !! Ambiga Terancam??

Mahasiswa Aman Kampus edar risalah tolak demonstrasi jalanan..









[FOTO] #AmanKampus : Sekitar Program Di Universiti Malaya. Mahasewel Ikut Join Sekali?


Damping Kampus telah dihadiri oleh YB Datuk Ibrahim Tambychik
Mahasiswa UM berbilang bangsa yg diketuai mahasiswa India telah bertungkus lumus menghasilkan 'Kolam' (tradisi hiasan luar rumah masyarakat India) dihadapan Pintu Utama Dewan Tunku Canselor, UM

SISWA BUDAYA : Persembahan Nasyid

SISWA BUDAYA : Persembahan Teater

SISWA BUDAYA : Persembahan Teater


SISWA BUDAYA : Permainan Kompang



SISWA CERGAS : Sebahagian mahasiswa Aman Kampus menjalankan aktiviti permainan tradisional pukul pot (permainan tradisional masyarakat India)..di dalam pot itu kebiasaannya diletakkan air kunyit tetapi tidak diletakkan dalam aktiviti ini... - HE

Sunday, April 22, 2012

[VIDEO] Mahasewel Insaf Selepas Dengar Ceramah Ustaz Fathul Bari!!


Ini adalah video yang dirakamkan ketika Program Siswa Taqwa yang telah diadakan di Kolej Pembantu Perubatan, Jalan Rasah, Seremban pada 2 hari lepas. Panelis yang hadir tidak kurang hebatnya.. Salah seorangnya ialah Ustaz Fathul Bari.


Dalam sesi ceramah, beliau ada menerangkan tentang hukum demonstrasi. Kepada yang suka berdemonstrasi tu, bawak-bawak berubahlah yer.. Apa-apa ketidakpuashatian sila bawa berunding.

Jom layan video ni :



P/S : Video ini sangat efektif bagi setiap orang yang menontonnya. Selamat beramal :)

Saturday, April 21, 2012

[FOTO] : Sekitar Himpunan Aman #AntiLGBT .. Apa Reaksi Ambiga?

Perhimpunan Aman membantah LGBT telah diadakan di Stadium Mini UPM Serdang bermula pada pukul 3 petang tadi... Difahamkan, seramai hampir 1000 orang telah hadir.. Nasib baik la diorang ni buat kat stadium... Tak best la kalau tak macam mahasewel... Hehehe.. Jom layan gambar...

















Friday, April 20, 2012

HANGAT!! #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Kena 'Sound' Dengan DS Ali Rustam?? Mahasewel Suka??


Apa cer ni? Tak habis-habis... Asyik muka korang jer yang buat masalah dalam Malaysia ni.. Dasar Anwarism la korang ni.. Mahasewel oh mahasewel... Apa kata korang buat program macam Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus.. Tak menyusahkan orang pun... Jom kita tengok kat [SINI]


Setelah selesai program-program semalam, Pagi tadi telah berakhirlah Program Jelajah Aman Kampus di sekitar negeri Melaka.. Datuk Mohd Seri Ali Rustam telah hadir bagi memberikan semangat kepada anak-anak muda ini.


Beliau juga turut menegaskan kepada mahasiswa-mahasiswa ini supaya tidak mengikut tingkah laku puak-puak mahasewel. Ingat yer, jangan contohi mahasewel. Jadilah mahasiswa yang sebenar.


P/S : mahasewel bila nak berubah?

HOT!! Selepas Diserang Samseng, Mahasewel Diserang Oleh #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Pulak??


Semalam baru saja kita digemparkan dengan berita sekumpulan samseng menyerang 'HABITAT' mahasewel ketika di Dataran Merdeka.. Petang tadi, Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus pula buat 'hal' dengan menyerang semula mahasewel-mahasewel...?? Haihh.... Tapi hal yang Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus buat ni tak la macam mahasewel.... Jauh panggang dari api kalau kita nak bandingkan dengan Pro-Mahasiswa (mahsewel) [SINI] dan [SINI] .. Nak tahu apa diorang ni buat?? Baca bawah ni...


Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg.. ASPIRASI MAHASISWA AMAN KAMPUS telah selamat sampai ke Melaka... Setibanya mereka disana, mereka telah menjayakan beberapa program, iaitu SISWA PRIHATIN, SISWA TAQWA dan DAMPING SISWA di sekitar kawasan Bukit Katil.. Seperti yang kita tahu, Aman Kampus secara terang-terangan tidak memperjuangkan perjuangan Anwarism seperti Pro-Mahasiswa yang diterajui oleh Adam Adli itu.

SISWA PRIHATIN


Program ini ialah sebuah program tolong-menolong, bantu-membantu golongan yang memerlukan. Contohnya seperti rancangan Keranamu di TV3 tu.. Menurut info, mereka telah 'terjah' tiga buah rumah dan Datuk Md. Yunos Husin (ADUN Ayer Molek) turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung... Selain itu, usaha mereka disambut baik oleh masyarakat sekeliling.. Alhamdulillah..



*Mahasewel tak tahu buat program macam ni sebab diorang mana tengok TV3.. Hehehe..

 SISWA TAQWA


Program ilmu yang berteraskan islamiah yang wajib kita contohi. Tadi selepas selesai program Siswa Prihatin, mereka terus beransur ke surau kampung berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan tahlil sempena pembaikan semula sebuah bangunan warisan yang terkenal di Bukit Batil.


Sejurus sampai disana, mereka dikejutkan dengan sambutan meriah oleh adik-adik comel dari Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan.

1 Malaysia !!!!!!
Presiden Aspirasi, Saudara Shahar Abdullah memberikan sedikit cenderahati kepada adik-adik comel ini. Hehe

DAMPING SISWA
Program yang bermotifkan kemuafakatan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. 



Program ini telah berlangsung pada jam 9 mlm di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Warga ILP sangat berbesar hati menyambut mereka dengan begitu meriah. Indian Movement Students telah menganjurkan program ini dan ianya berlangsung dengan jayanya.




P/S : Saya minta maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Saya terpaksa kecilkan saiz gambar kerana kualiti internet disini kurang memuaskan. Sekian.   

MY SLIDESHARE UPLOAD