Wednesday, April 4, 2012

#AmanKampus 2 : Mahasiswa #ProAspirasi Serang Pantai Timur!!!!!


Hari ni (4 April 2012), bermula lah Jelajah Aman Kampus Edisi Pantai Timur... Seperti yang kita tahu, diorang baru sahaja selesai jelajahan mereka di utara kelmarin. Nampaknya keutuhan semangat yang dimiliki oleh mahasiswa-mahasiswa PRO-ASPIRASI ni untuk memperjuangkan perjuangan mereka memang tak dapat dinafikan lagi.. Memang terbaik lah diorang ni beb... Apa-apa pun gua ucapkan tahniah dan semoga selamat sampai ke destinasi...

Antara info berkenaan Jelajah Aman Kampus Edisi Pantai Timur :

SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN IMEJ
Gua harap jelajahan kali ini berjaya dengan cemerlang... Ingatlah bahawa apa yang diperjuangkan kita ini berada dilandasan yang betul dan murni disisi agama. Tak macam apa yang PRO-MILITAN perjuangkan..Diorang tak sedar yang diorang sedang dipergunakan Anwar semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik sahaja. Lastly, tahniah sekali lagi gua ucapkan kepada ''AMAN KAMPUS CREWS'' !!!

**Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Aman Kampus, korang jugak boleh masuk ke [SINI], [SINI] dan [SINI] !!!**

P/S : BERTAMBAH LEBAM LAH MATA ADAM ADLI TU TENGOK PRO-ASPIRASI 'SERANG' SANA SINI... HEHEHEHE :P

Tuesday, April 3, 2012

GEMPAR!! PELAJAR IPTA DICULIK!!!

Nama : Karen Ying
Asal : Papar, Sabah
Pelajar Tahun 3 UKM Kampus KL (Jalan Temerloh)
Menurut info yang gua dapat dari pelajar kampus berkenaan, pelajar ini telah diculik di asrama beliau semasa beliau ke tandas pada pukul 2 tengahari tadi. Untuk pengetahuan korang, semalam ada pelajar telah terjumpa mayat orang dibunuh dihadapan kolej ini. Gempar ni... Ayuh sama-sama kita doakan keselamatan mereka semua... 

MOHON DISEBARKAN.....

MB Selangor @Khalid_Ibrahim Kantoi Menipu Lagi?? Hahahaha!!!


Kerajaan negeri Selangor yang berjanji akan menyelesaikan isu penyambungan kabel elektrik di Kampung Sungai Terentang, Rawang masih gagal berbuat demikian menyebabkan kemungkinan berlaku masalah bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung termasuk ibu kota, bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, janji tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang turut dihadirinya pada 22 Disember tahun lalu.

"Malah, beliau (Abdul Khalid) sendiri berjanji akan menemui penduduk di Kampung Sungai Terentang dua minggu selepas mesyuarat itu, malangnya sehingga hari ini sudah hampir tiga bulan, beliau tidak pergi pun ke kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan negeri Selangor hanya pandai menabur janji-janji kosong untuk menyelesaikan banyak isu di negeri itu selepas 100 hari pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri.

"Pemasangan kabel ini penting untuk negara, kalau tidak dilaksanakan, seluruh negara akan menghadapi masalah elektrik dan bergelap. Kalau masalah lain boleh ditangguh, tetapi masalah ini yang melibatkan infrastruktur rakyat perlu diselesaikan segera," katanya.

Beliau berkata, isu yang sama pernah dinyatakannya pada tahun lalu mengenai kemungkinan beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur bakal 'bergelap' pada Mei ini jika pemasangan itu di bawah projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) tidak disiapkan secepat mungkin.

Kata beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersetuju terhadap sebarang alternatif atau laluan lain bagi memastikan penyambungan itu dilakukan berikutan bantahan daripada penduduk setempat.

"Konsultan dari Australia sudah dilantik, jadi mengapa masih belum ada penyelesaian berhubung perkara ini," ujar beliau.

Projek CAR yang menelan kos RM300 juta dimulakan sekitar 2005 melibatkan pembinaan menara pencawang elektrik sepanjang 60 kilometer, namun baki satu kilometer yang melalui kawasan kampung berkenaan tertangguh sejak empat tahun lalu berikutan bantahan penduduk.

Projek berkenaan bertujuan menyalurkan bekalan elektrik dari stesen-stesen janakuasa di Perak ke kawasan tengah Semenanjung untuk mengurangkan beban di stesen bekalan elektrik sedia ada.

Ia merupakan langkah susulan TNB ekoran gangguan bekalan elektrik serius yang melibatkan kawasan tengah Semenanjung hingga ke selatan pada 13 Januari 2005. - utusan

MY SLIDESHARE UPLOAD