Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Lum Yong membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya selama 12 tahun dalam PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai MCA pada Januari 2011.
Menurut beliau, riak wajah Shamsidar pernah dilihat berubah apabila bertembung dengan Wan Azizah yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis anjuran parti berkenaan.
"Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Azizah dan Shamsidar pada ketika itu. Bagaimanapun, saya kurang pasti status hubungan mereka selepas keluar PKR," jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah dan Shamsidar terhadap dakwaan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung skandal moral Anwar.
Menurut Lum Yong, situasi kurang menyenangkan itu mungkin menjadi punca kedua-dua wanita terbabit masih belum membuat kenyataan bersama bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim memberitahu, Wan Azizah lazimnya tidak menunggu lama untuk 'melompat' dan mencabar pihak-pihak lain bagi membela diri atas dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.
Namun, kata beliau, kali ini Wan Azizah dan Shamsidar yang juga isteri Azmin Ali memilih untuk berdiam diri terhadap dakwaan Nallakaruppan itu.
"Mereka sepatutnya tidak perlu takut tampil ke depan untuk memberi kenyataan lebih-lebih lagi yang dipertikaikan kredibiliti itu adalah Shamsidar sendiri dan suami Wan Azizah," ujarnya. -
Utusan Malaysia
P/S : Nampaknya Kak Jijah dah tahu la tu... Cuma malu nak hebohkan keaiban suami tercinta......