Tuesday, April 24, 2012

Panasss!! Mahasewel Dibayar Gaji Untuk Turun Berdemo???

Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik telah menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Sebelum dihantar mengikuti kursus 'demonstrasi jalanan' itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan.

Seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan pada setiap demonstrasi jalanan yang membabitkan parti politik itu, turut dihantar bersama mereka ke Indonesia.

Selain itu, mereka juga dihantar ke lapangan bagi memerhatikan bagaimana peserta demonstrasi melakukan provokasi dan menimbulkan kekacauan kepada ketenteraman awam serta pihak berkuasa selain diajar mengenai doktrin manipulasi bagi mendapat perhatian awam dan paling utama media dan NGO asing.

Difahamkan parti itu semakin giat menghantar mahasiswa untuk tujuan itu, sejak tahun lalu.

Mereka juga dijanjikan pelbagai habuan termasuk wang ringgit dan semua perbelanjaan ditanggung oleh parti politik itu. 

"Mereka juga diberi jaminan akan dibela dan 'dijaga' jika dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang daripada pihak universiti dan pihak berkuasa.

Mahasiswa itu memberitahu, provokasi yang dilakukan amat penting bagi mendapat perhatian media asing yang kemudian akan merakamkannya sebelum menyiarkan ke seluruh dunia.

Mahasiswa itu turut ditanamkan dengan doktrin bahawa mereka dijulang sebagai wira jika gambar demonstrasi mereka disiarkan media antarabangsa.

Pendedahan mahasiswa ini memberi pengesahan dakwaan ada parti politik di negara ini menerima dana asing yang disalurkan NGO luar bagi menimbulkan kekacauan dalam negara ini.

Jika tidak masakan mahasiswa bersetuju dengan arahan dan menerima ideologi mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan jika tidak dijanjikan kemewahan hidup selain dihantar ke luar negara untuk dilatih berdemonstrasi dengan segala perbelanjaan ditanggung.

Difahamkan pelajar institusi pengajian tinggi ini dihantar secara berperingkat sekurang-kurangnya 10 orang setiap perjalanan dan tinggal di negara yang dipilih kira-kira dua minggu.

Ada juga di antara mereka yang pulang ini melatih pelajar lain termasuk dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Source : http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/04/mahasiswa-dedahkan-mereka-ditaja-oleh.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Adakah Benar Penafian Shafie Apdal Tentang Pemberian Wang Kepada @zahida_rafik ??

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal semalam mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang kepada seorang artis, Zahida Rafik.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya mengikuti rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. KP. 740214-14-6237) no repot AMPANG/007017/12 bertarikh 13hb Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebar luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. - utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isu #VideoAisKrim : Anwar Lari Ke Luar Negara???

Senator Datuk S Nallakaruppan telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

"Jagalah ini betul-betul," kata Nallakaruppan kepada Shafee,ketika menyerahkan satu sampul berwarna coklat.

Walaupun ditanya wartawan, Nallakaruppan enggan mendedahkan kandungan pita video itu, dan hanya berkata semuanya akan didedahkan semasa prosiding mahkamah.

Anwar memfailkan saman tersebut awal tahun ini terhadap bekas ahli PKR itu, serta akhbar harian Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan muka depan yang memetik Nallakaruppan.

"Saya mahu kes ini bermula secepat mungkin. Saya tidak boleh tunggu. Beliau telah menyaman saya sebanyak RM100 juta, tetapi itu tidak cukup. Samanlah saya sebanyak RM500 juta! Saya berpegang dengan keterangan itu," kata Nallakaruppan.

Katanya, ini adalah bukti kedua yang beliau serahkan kepada Shafee, yang "akan memberitahu mahkamah tentang Anwar, (Timbalan Presiden (PKR) Azmin Ali dan isterinya Shamsidar ".

Ditanya sama ada beliau akan memfailkan saman balas terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu, Nallakaruppan berkata: "Kita akan tunggu."

Source : http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/04/video-ice-cream-shamsidar-merupakan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD