Tuesday, April 24, 2012

Adakah Benar Penafian Shafie Apdal Tentang Pemberian Wang Kepada @zahida_rafik ??

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal semalam mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang kepada seorang artis, Zahida Rafik.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya mengikuti rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. KP. 740214-14-6237) no repot AMPANG/007017/12 bertarikh 13hb Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebar luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. - utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive