Friday, May 4, 2012

#Bersih 3.0 : PANASSS!!! @PDRMsia Kerugian RM1.8 Juta.. 'Triple A' Harus Bertanggungjawab!!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.8 Juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.

Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya. - POLITIK HARIAN


P/S : Siapa yang anjur perhimpunan, dialah yang kena tanggung... Especially 'Triple A' - Ambiga, Anwar, Azmin... Takkan benda ni pun nak kena ajaq jugak??? Muehehehe

Thursday, May 3, 2012

#Bersih 3.0 : Lagi Berita Palsu Berunsur Hasutan Disebarkan... @PDRMsia Sila Siasat!!


Nampaknya semakin menjadi-jadi puak pembangkang mahu jadikan POLIS ITU GANAS sebagai realiti dalam alam mimpi diorang. Tak sedarkah ini adalah satu penipuan yang begitu jelas dan ketara.. Secara tak langsung, ianya secara automayiknya akan menghasut puak mereka untuk merusuh lagi. Anda tidak sayangkan pada negara anda sendiri ke? Saya mohon pihak PDRM dapat membuat siasatan secara terperinci supaya semua dalang-dalang provokasi ini diberkas dengan segera,

Petikan dari blog Jendela Maya
Mungkin ini budak yang baru belajar belajar berblogging... Tak faham etika dan cuba untuk menunjukkan sokongan tahap longkangnya kepada Ambiga & Anwar Ibrahim... Maya harap pihak PDRM menyiasat tuan punya BLOG INI (KLIK!) kerana menyiarkan berita palsu yang boleh dikategorikan sebagai menghasut!


Lawakmu Akan Sentiasa Diingati Bro.. Al-Fatihah Buat Bob Kuman...

Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang tadi.

Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu. - utusan

P/S : Semoga arwah ditempatkan dengan golongan beriman. Al-Fatihah....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD