Showing posts with label Bersih 3.0. Show all posts
Showing posts with label Bersih 3.0. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

PENGERUSI BARU #Bersih DILANTIK ADALAH DEMI MEMPERKASA COMANGO?

Maria Chin Abdullah dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi bersama BERSIH 2.0 bersekutu dengan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Maria dicalonkan sebagai Pengerusi baharu oleh NGO The Association of Women Lawyers (AWL), Centre for Independent Journalism (CIJ), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (CRC – KLSCAH), Dapur Jalanan, ENGAGE, Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Islamic Renaissance Front (IRF), Kelab Bangsar, LLG Cultural Development Centre (LLG), Suara rakyat malaysia (SUARAM), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) dan Women’s Aid Organisation (WAO), lapor bersih.org.

Selain jawatan Pengerusi, lapor The Malaysian Insider turut dipertandingkan adalah jawatan Naib Pengerusi, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dijangka akan dipilih pada 29-30 November di Perpustakaan Petaling Jaya.

Lapor portal itu, bagi jawatan Naib Pengerusi BERSIH 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi & Pengarah IRF) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM).

Untuk jawatan Bendahari pertandingan antara Masjaliza Hamzah (Pegawai Eksekutif CIJ) dan Nahar Md Nor (Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat).

Lima calon dilaporkan telah bersaing untuk dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam (Pengerusi bersama SUARAM), Ng Chak Ngoon (Bekas Presiden Malaysia Site Investigators Association), Farhana Halim (Majlis Peguam/SUARAM), Hishamuddin Rais (Pengasas Radio Bangsar Utama) dan New Sin Yew (Majlis Peguam).

Pengerusi jawatankuasa Pemilih BERSIH 2.0 pula dipengerusi oleh Stanley Yong, Setiausaha Umum Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Menurut Stanley Yong, walaupun tiada pertandingan bagi jawatan Pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa BERSIH itu akan hanya dibuat pada 30 November.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

The Malay Mail Online melaporkan, Ambiga dan seorang lagi Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A. Samad Said telah melepaskan jawatan mereka pada 30 November.

Wikipedia menyebut Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, University of London.

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Selain itu, EMPOWER juga merupakan Sekretariat kepada BERSIH 2.0.

Maria juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010.

Dalam tribute kepada suaminya, Yunus Lebai Ali, Maria mengaku bertemu dengan suaminya ketika berada di London pada tahun 1979 dan kembali ke Malaysia pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu Maria bersama suaminya menubuhkan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

Menurut laman mafrel NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

Selain itu NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) yang berpangkalan di Filipina juga merupakan rangkaian ANFREL.

NAMFREL dinamakan oleh bekas pegawai CIA, Philip Agee sebagai ‘tool CIA’ menggunakan slogan ‘kuasa rakyat.”

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. - AIDC

Friday, May 4, 2012

#Bersih 3.0 : PANASSS!!! @PDRMsia Kerugian RM1.8 Juta.. 'Triple A' Harus Bertanggungjawab!!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.8 Juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.

Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya. - POLITIK HARIAN


P/S : Siapa yang anjur perhimpunan, dialah yang kena tanggung... Especially 'Triple A' - Ambiga, Anwar, Azmin... Takkan benda ni pun nak kena ajaq jugak??? Muehehehe

Wednesday, May 2, 2012

#Bersih : Sampai Bila Peguam Negara Mahu Jadi Alat Pembangkang???


Aku mohon Peguam Negara, si Gani Patail membuat tindakan dengan kadar segera!! Jangan jadi tiket untuk pembangkang lepaskan diri dari kesalahan.. Banyak kesalahan telah dilakukan oleh peserta Bersih 3.0 baru-baru ini... Bukannya hanya sekadar peserta sahaja, bahkan rusuhan tersebut juga telah dimulasuarakan oleh pemimpin mereka sendiri, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Berikut adalah video bukti :


Disini pula aku tayangkan balik luahan pendapat blogger tersohor pro-pembangkang (Ameno World) yang menceritakan semula kejadian ketika rusuhan di Dataran Merdeka :
Konspirasi serangan dataran merdeka terdedah.
Bersih neh under sapa? 
Ambiga dan kali neh kita ada A.Samad Said. Dengar citer a.samad said terduduk di satu sudut dengan wajah yang sayu dan bagitau dia kepenatan ketika berdemo. Betul ke itu hal sebenarnya? 
Kalaupun ada orang yang layak memberikan arahan untuk langgar penghadang, orang itu hanya ambiga atau a.samad said ataupun kedua2 insan neh. Tiada orang lain berhak. Apatah lagi ambiga dah keluarkan arahan kita takan langgar sekatan polis. 
Angah kbsb, better ko delete kembali memori wassap kita tadi. Aku dah menyesal sekarang. Menyesal habis.
Nak salahkan sb yang rempuh dataran merdeka? Betul ka sb yang pergi memandai2 rempuh? Lue salahkan dulu sapa yang bagi arahan. Patutla member2 gua dah bagi hint.. kalau taktau jangan cakap der.. gua pun pelik gak. Tatau apa? 
Perhimpunan neh sepatutnya perhimpunan aman. Tapi ada orang otak senget menjadikan ia huru hara. Ambiga, kali neh saya bersetuju marilah kita bersama2 mempertimbangkan semula dengan siapa kita bersama. 
Seterusnya klik [SINI]
TAK CUKUP LAGI?

Ini pula analisa isyarat tangan Anwar Ibrahim ihsan daripada blogger ANGIN PERUBAHAN :





Lelaki bernombor 4 ini sudah ditahan, adakah ianya mampu untuk memeterai kebenaran???


Dipetik dari blog POLITIK HARIAN :

Rusuhan BERSIH 3.0: Anwar Tersenyum Melihat R Thangam Di Tahan
Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari. 
Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. 
Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut. 
Seterusnya klik [SINI]

Disini pulak ada bukti mahasiswa pro-pembangkang, Khali Mohd Ismath yang mahukan semua polis dibunuh :

Kata-kata ugutan yang dikeluarkan oleh :

Nama : Khalid Mohd.Ismath
Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
Umur : 22 tahun
Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)



korang nak tau apa yang si mamat syiah nie cakap??

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan" 

Seterusnya klik [SINI]


Masih tidak cukupkah dengan apa yang diberi? Sebagai Peguam Negara, sila bangun tegakkan kebenaran.. Jangan lena dibuai mimpi.....


Tuesday, May 1, 2012

#Bersih : Ambiga Tak Mahu Bertanggungjawab, Dia Lepaskan Semuanya Kepada Anwar!!!



Berikut adalah video ketika persidangan media bersama Ambiga sehari selepas hari rusuhan. Daripada video ini, jelas menunjukkan bahawa Ambiga ialah seorang yang penakut dan mahu memberikan seketul batu besar untuk dipikul Anwar. Haha!! Lu sudah anjur perhimpunan yang dah rosakkan keamanan kat negara ni, lu takmau tanggung sama-sama. Lu sebagai penganjur kena tanggung lah der. Kemungkinan besar Bersih 4.0 akan menyusul pula selepas ini. Adakah ianya adalah perhimpunan untuk membalas dendam?? nantikan..... Jom tengok kat bawah, detik ketika rusuhan bermula, yang dipetik daripada blog APA.



Anwar memberi isyarat kepada Azmin untuk merempuh halangan Polis
Ribuan gambar dan video berbagai persepsi membanjiri ruang maya berhubung insiden Bersih 3.0 Sabtu lepas.Tapi semuanya tidak dapat mengatasi dua gambar ini yang aku petik dari klip video yang kini unggul diruang youtube.


Azmin menunggu isyarat Anwar..
Dua wajah iblis yang tidak mahu melihat negara ini aman dan rakyatnya hidup makmur.Anda saksikan sendiri betapa Anwar dan Azmin telah merancang lebih awal lagi akan kekecuhan yang berlaku Sabtu lalu walaupun aku rasa ramai yang turun hari itu hanya ingin DUDUK dan BANTAH dengan aman sambil berkarnival.

Video dibawah menceritakan segalanya dan anda perhatikan detik detik saperti gambar yang aku petik diatas dimana DUA SETAN berkomunikasi dengan isyarat badan dan tangan untuk cuba mencipta sejarah mencetuskan Dataran Tahrir di Dataran Merdeka...tapi kuasa Allah Taala mengatasi kuasa manusia.

INIKAH JENIS MANUSIA YANG INGIN ANDA ANGKAT MEMIMPIN NEGARA INI?

Monday, April 30, 2012

[VIDEO] #Bersih : 7 Minit Yang Membuktikan Segalanya. Tahniah @PDRMsia !!!




Video ini telah ditayangkan semasa sidang media wartawan bersama ketua polis negara. Video ini jelas membuktikan bahawa peserta bersih memulakan provokasi dahulu. Siapa salah??

#Bersih : DEDAH!! Persoalan Kenapa @PDRMsia Bertindak Ganas Terjawab!!




Berikut adalah video yang membuktikan Anwar Ibrahim memberikan isyarat supaya peserta bersih merempuh benteng polis. Polis mula bertindak selepas peserta bertindak agresif dan mula melakukan provokasi. Sejak dari malam 27 april lagi polis tidak memberi apa-apa tindakan walaupun peserta mula memberikan respon awal provokasi.


TAPI KENAPA??
Sebab tindak-tanduk peserta bersih masih boleh dikawal dan masih tiada pertumpahan darah berlaku. 

KENAPA POLIS MULA BERTINDAK GANAS??
Simple jer benda ni.. Cuma peserta bersih je yang buat benda ni jadi kompleks. Seperti apa yang kita tahu, polis takkan bertindak jika peserta tidak bertindak dahulu. Contohnya seperti kes tembak-menembak. Polis tidak boleh menembak pesalah sekiranya pesalah itu tidak mempunyai senjata atau melepaskan das tembakan dulu. Satu lagi, kita perlu faham bahawa polis itu juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan kesabaran.

APA KESAN POLIS BERTINDAK GANAS??
Kita boleh klasifikasikan kepada dua. Kesan positif dan kesan negatif.

Kesan positif - Polis dapat hentikan pemberontakan peserta dalam masa yang singkat. Dapat memastikan peserta yang bertindak agresif ini tidak melampau-lampau.

Kesan negatif - Dapat melahirkan prasangka buruk yang boleh memburukkan imej PDRM.

INIKAH KEGANASAN POLIS YANG DIMAKSUDKAN??

APA KITA PERLU BUAT??
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ingat satu perkara!!! Tudas polis ialah menjaga keamanan negara. Cuba anda bayangkan jika tiada seorang pun polis bertugas ketika 28 April lepas?? Agaknya apa dah jadi pada negara kita?? Sedangkan masa polis ada pun mereka boleh buat macam-macam, lagikan masa polis takdak...

Aku taknak cakap panjang, ini juga adalah sebab utama mengapa kerajaan malaysia menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Kita sama-sama ada otak, ada akal, fikirlah dengan waras. Jangan hanya jadi hero yang berotak kosong. Malulah kalau godfather tengok.

So, Look what you've done.....


PANASSS... Malaysiakini Ialah Dalang Provokasi Puak #Bersih !!


Video ini telah dibuat untuk dijadikan perbandingan dan rujukan. Kejadian ini telah dirancang oleh Malaysiakini untuk memburukkan PDRM. Benarkah?? Macam-macam dialog kasihan yang keluar daripada suara awek tu. Mengucap, istighfar semua cukup, tapi pada awal video, bukan main lagi maki hamun. Bersihkah macam tu?

MALAYSIAKINI sila jawab soalan saya :

MANA MANGSA KEMALANGAN?

KENAPA VIDEO ASAL MALAYSIA KINI AMBIL VIDEO DARI SIDE BUMBUNG KERETA ITU JATUH?



[VIDEO] #Bersih3 : Pemandu Cina Ini Balun #Bersih Kaw-Kaw Beb!!!



Video ini telah dirakam secara spontan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Antara kata paling pedas dan berasap yang lahir dari mulutnya ialah :

 ''CINA NI BAB MENIAGA PANDAI, TAPI BAB POLITIK BODOH!!''

Sunday, April 29, 2012

Kesan Kemusnahan Selepas #Bersih3 Sekitar Jalan Masjid Jamek








Disini ada beberapa gambar yang aku sempat snap sekitar Jalan Masjid Jamek 15minit lepas. Nama jer perhimpunan BERSIH, tapi makin mengotorkan permandangan dan boleh menjatuhkan imej negara kita dimata dunia.

Saturday, April 28, 2012

#Bersih3 : Kenderaan PDRM Dihancurkan, Hidup BERSIH!!!

Inilah yang Bersih janjikan kepada kita. Duduk dan Bantah.. Sekarang tengok la apa jadi? Kita sama-sama ada akal, sama-sama boleh fikirkan.

Pembangkang mendakwa kereta polis ini telah melanggar 2 orang rakan mereka. Padahal ini adalah lakonan sama macam lakonan Mat Sabu ketika Bersih 2.0 dulu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#Bersih3 : LATEST PHOTOS FROM PETALING STREET !!

Kawasan sekitar Petaling Street dipenuhi dengan golongan berbangsa cina dan kelihatan mereka semua bertindak macam KL ni diorang punya pulak. Mereka tidak berhenti-henti physcho pihak PDRM supaya bertindak. Namun tindakan mereka gagal. Tahniah PDRM!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD