Pada awal pagi tadi sekitar jam 7.30AM, Jelajah Destini Anak Bangsa telah bergerak dari UiTM Segamat ke Pekan Segamat.
Semasa disana, mereka telah mengadakan survey untuk mengenalpasti pelajar tidak berkemampuan sambung pelajaran ke pengajian tinggi.
Untuk pengetahuan anda, Puteri UMNO dari daerah berkenaan juga turut memberi sokongan. Mereka telah mengiring peserta untuk membuat survey ini bersama-sama. Demi anak bangsa, "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing".
Selain itu, Rektor daripada UiTM juga turut berganding bahu menggalas tanggungjawab ini bersama-sama. Terima kasih diucapkan kepada beliau.
Untuk maklumat penuh mengenai program MDAB ini, sila layari : www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini
P/S : MELAYU DAH MAKIN TERTINDAS SEKARANG, RAMAI YANG TAK SEDAR. PROGRAM NI CUKUP MEMBANTU UNTUK PASTIKAN BANGSA KITA SENTIASA DIHADAPAN.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, May 10, 2012
Wednesday, May 9, 2012
#JDAB2012 : Kronologi Hari Pertama
Hari ini telah berakhirlah sudah program Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa 2 (JDAB 2012) untuk hari pertama pada hari ini.
Pada pagi tadi lebih kurang jam 9.00 pagi, telah diadakan sidang media dan 'flag-off' oleh setiausaha politik menteri pengajian tinggi, Tuan Haji Khairy Malek di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam.
Konvoi memulakan perjalanan ke checkpoint pertama di Terminal 1, Seremban untuk mengedarkan 'flyers' supaya dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kemudahan yang telah diberikan oleh MDAB ini.
Sesi fotografi bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah |
Wakil dari Skuad Sayang memberikan taklimat sebelum membuat 'terjahan' memasuki kampung-kampung berdekatan |
Skuad Sayang menyambut meriah kedatangan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa di UiTM Kuala Pilah. |
Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan lagi ke SMK Dato Mohd Yusoff, Linggi. Ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada calon-calon SPM di sekolah tersebut.
Kemudiannya, jelajah diteruskan lagi ke Dewan Sri Rembau untuk program bersama ADUN Chembong.
Untuk pengetahuan anda, JDAB2012 telah menerjah kawasan perkampungan sekitar Kuala Pilah. Yang lebih mengharukan ialah ianya disokong padu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO. Tahniah diucapkan buat semua yang menjayakan program ini!
Lagi gambar-gambar sekitar program hari ini :
Program di Dewan Sri Rembau bersama ADUN Chembong. |
Peserta baru sampai di SMK Datuk Yusoff, Linggi. |
Gelagat calon SPM yang diberikan pendedahan tentang JDAB. |
Reaksi pelajar di Terminal 1, Seremban. |
Peserta baru tiba di Terminal 1, Seremban. |
Sidang media di Bangunan Canselori, UiTM Shah Alam. |
#Bersih 3.0 : Rakyat Malaysia Diberi Amaran Keras Di Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Mekah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini.
"Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi," katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, semalam.
Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Mekah dan Madinah.
Anifah kesal dan kecewa kerana perhimpunan haram itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia malah mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati umat Islam negara ini ketika menunaikan ibadat itu di sana. - utusan

Subscribe to:
Posts (Atom)